Tuesday, December 19, 2017

KENALI APA ITU ADHD DAN PUNCA TERJADINYA ADHD?

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsi mengenai ADHD. Ehhh..apa tu?

Normal kan kalau kita tengok kana-kanak sepahkan mainan, melompat-lompat, berkejaran sana sini dan melasak dengan segala jenis aktiviti mereka. Itu tandanya mereka adalah normal dan dalam proses membesar.


Tetapi, ibu bapa perlu beri perhatian lebih sekiranya tiba-tiba, mereka menunjukkan tanda-tanda sukar fokus, terlampau aktif (hyperactive), mudah terganggu atau sering melakukan sesuatu dalam diam atau sering kali cuai. Gejala ini merujuk kepada ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti Dan Kurang Daya Tumpuan.

Apa itu ADHD?
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Dan kebanyakannya kanak-kanak lelaki yang mengalami ADHD berbanding kanak-kanak perempuan.

Tanda dan Gejala ADHD

Gejala utama ADHD adalah hiperaktif, tiada tumpuan dan impulsif. Perilaku ini adalah normal untuk kanak-kanak lain, tetapi untuk kanak-kanak dengan ADHD, perilaku ini sangat melampau dan mengganggu kehidupan seharian.

Untuk seorang kanak-kanak itu didiagnos ADHD, kanak-kanak tersebut mesti mempunyai gejala selama sekurang-kurangnya 6 bulan dan kemunculan gejala boleh jadi pada sebarang usia sebelum 12 tahun.



Gejala-gejala ADHD termasuklah:

1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti:
  • tak duduk diam dan lasak di kerusi
  • tak henti-henti bercakap
  • suka berlari ke sana ke sini
  • menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
  • tidak boleh duduk tetap semasa makan
  • sentiasa bergerak
  • sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap
2. Tiada tumpuan. Biasanya kita terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan.
  • sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru.
  • mudah hilang fokus, 
  • terlepas perincian, 
  • lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
  • sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
  • cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
  • mengalami masalah menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
  • sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
  • tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
  • selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
  • sukar  memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan sukar menurut arahan

3. Impulsif. Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri seperti:
  • sangat tidak sabar
  • menjawab soalan dengan gelojoh
  • komen tidak sopan
  • menunjukkan emosi tanpa tapisan
  • melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
  • sukar menunggu perkara yang dihajati atau menunggu giliran ketika bermain
  • sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain.

InshaAllah next entry KakFiza akan kongsi Rawatan bagi pesakit ADHD.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...