Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label B COMPLEX. Show all posts

Saturday, December 30, 2017

MANFAAT ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Kenapa ibu hamil perlu amalkan Asid Folic? Penting tau untuk tumbesaran bayi dalam kandungan tu. Bila check up, misi akan bagi vitamin B Complex, Asid Folik, Iron. Shaklee pun ada rangkaian Vitamin B Complex yang dah siap kandungan Asid Folic nya.


B Complex Shaklee mengandungi:

  • 8 kompenan penting vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan asid
  • 100% biotin dan asid folik
  • membekalkan 200mcgasid folik disetiap hidangan


Kelebihan B Complex Shaklee
  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu  pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

B Complex Shaklee juga membekalkan Vitamin B lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah yang sering dialami oleh ibu hamil seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Nak dapatkan B Complex hari ini juga? Boleh terus wsap KakFiza 0124513311.

Friday, December 29, 2017

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Asid folic sangat penting untuk ibu hamil. Malah, ibu disarankan mengambil asid folic 3 bulan sebelum merancang kehamilan.


Pengambilan vitamin asid folik mengikut cadangan ialah sebanyak 400 mcg setiap kali sebelum dan semasa kehamilan mempunyai banyak kebaikannya. Sebaik disahkan hamil, memang dah wajib amalkan asid folik untuk tumbesaran janin.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi ibundan bayi. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin.

Mengapakah ibu perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.


Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Jadi, kalau dah Misi bagi segala jenis vitamin sewaktu check up tu, tolong la makan. Untuk baby jugak nanti.

Shaklee pun ada asid folic tau. Kalau dah tau bagus lah...tapi kalau belum inahaAllah next entry KakFiza story yer..

KakFiza
SungaiPetani

Tuesday, February 14, 2017

VITAMIN UNTUK MENINGKATKAN TENAGA

Assalamualaikum..

Kagum sangat dengan ibu bapa yang bekerja siang malam terutama ibu la kan. Balik kerja nak urus anak lagi. Akak yang dok rumah seharian pun penatnya bukan main lagi. Ada yang balik kerja terus amik anak kat taska/pengasuh..balik rumah dah nk masak pukak. Letih dan mencabar..memang akak respect dengan ibu2 berkerjaya macam ni.

Hari ni..nak kongsikan produk yangvakak amalkan untuk tenaga dan tentunya untuk semua orang mencuba. InshaAllah ia mampu mengatasi keletihan dan meningkat kembali tenaga.



Ada yang selalu travel dan outstation?..ni haaa akak kongsikan apa yang Pn Lyna ni buat utk hilangkan keletihan dan bertenaga walaupun balik dr travel. Puan Lyna ni memang kaki travel tau. Balik travel terus sambung travel lagi..


Kenapa badan kita selalu lemah, lesu dan tidak bertenaga?

Kadang2..kita kurang bersedia untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Ini menyebabkan badan kita lesu. Apabila kekurang nutrien dan mineral penting atau diet tak betul..badan kita jadi lemah dan tak bermaya. Ini lah akhirnya menyebakan kita kurang bertenaga.

Bagaimana nak tingkatkan tenaga?
Akak ada beberapa tips untuk diamalkan sekaligus meningkatkan tenaga tambahan untuk semua wanita anda di luar sana. Ini boleh membantu memulihkan tahap tenaga anda kembali normal.




Magnesium
Magnesium membantu mengekalkan badan yang aktif dan memastikan fungsi normal otot . Ia mengekalkan tulang dan sistem imun yang kuat dan sihat, dan membantu mengekalkan dan mengawal tahap gula dalam darah yang sihat. Ostemtarix adalah vitamin tambahan yang disyorkan.

Vitamin B
Vitamin B12 adalah vitamin yang menghalang penyakit jantung dan membantu dalam sintesis DNA. Ia juga adalah penting untuk penghasilan dan kesihatan sel-sel darah anda. Vitamin tambahan yang disyorkan adalah Bcomplex yg lengkap kombinasi dengan asid folik dan B12.

Vitamin D dan Kalsium
Penting untuk memastikan tahap Vitamin D dan kalsium yang betul di dalam badan untuk tulang yang sihat dan kuat. Wanita boleh mengambil Ostematrix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk penyerapan yang lebih baik. Sangat penting Vitamin ni untuk wanita sebab apabila kita 
melahirkan anak, badan kita mengalami perubahan besar akibat daripada kekurangan kalsium dalam badan. 

Lycopene
Lycopene adalah bahan kimia yang tidak diketahui umum yang wujud dalam badan. Ia adalah amat penting untuk kesihatan dan tahap tenaga anda. Lycopene adalah penting untuk mencegah aterosklerosis, kanser prostat, kanser pundi kencing, kanser paru-paru, kanser ovari, kanser kolon, dan kanser pankreas. Walaupun buah-buahan berwarna merah dan sayur-sayuran adalah sumber lycopene, wanita juga boleh mengambil vitamin tambahan seperti Carotomax dan Vitalea.

Jadi, untuk dapatkan vitamin yang mampu meningkatkan kembali tenaga..boleh terus huhungi akak tau..kak fiza 012 4513311

Monday, April 7, 2014

Set Kehamilan Shaklee

hari ni nak story pasal Set Hamil Shaklee..seperti yang kita semua sedia maklum, set shaklee hari ni dah lama popular. Kenapa yer Set hamil Shaklee ni menjadi pilihan ibu2 masa kini...jom kita tgk: 
  1. lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil 
  2. terbukti selamat & berkesan
  3. semulajadi (bukan sintetik)
  4. tiada kesan sampingan
  5. juga sesuai utk set berpantang
  6. harga yang sangat2 berbaloi
  7. boleh diamalkan seisi keluarga juga
  8. bonus kulit cantik

ok..jom kita lihat vitamin yang terkandung dalam Set Hamil Shaklee:

Set Hamil 
(Trimester 1)
  • VitaLea (120tabs)
  • B-Complex (120tabs)
  • Vita-C (180tabs)
  • OsteMatrix (120tabs)
Set Hamil 
(Trimester 2 & 3)
  • VitaLea (120tabs) / ESP
  • B-Complex (120tabs)
  • Vita-C (180tabs)
  • OsteMatrix (120tabs)
  • Omega Guard (90tabs)



Vita-lea (Multivitamin)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan ibu menjadi lemah, mudah nak pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

B Complex
Lengkap 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Mengandungi tambahan asid folic & Biotin yang sesuai untuk ibu mengandung.  Semua sedia maklum bahawa asid folic adalah sangat penting untuk mencegah kecacatan pada bayi
& dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan. Ia juga sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. B-Complex juga membantu ibu mengandung untuk kekal bertenaga serta dapat mengurangkan tekanan perasaan ketika hamil.



Sustaine Realese Vita-C Plus
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna dan bahan pengawet. Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  Membantu mengaktifkan acid folic dan meningkatkan kadar penyerapan zat besi untuk ibu mengandung.  Ia juga membantu meningkatkan antibodi ibu supaya tidak mudah jatuh sakit.  Menurut doktor, wanita mengandung akan mengalami penurunan antibodi.
Ostematrix (Kalsium)
perlu diketahui 1biji Ostematrix adalah bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi. Jadi bagi ibu hamil yang sangat2 susah untuk minum susu amatlah digalakkan mengambil Ostematrix ini.  Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna serta membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Protein(Energy Soy Protein)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. ESP juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
Esp dapat memberikan ibu hamil tenaga bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.  Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
Omega Guard
Sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, February 17, 2014

SET KULIT CANTIK

Jom kita tengok bagaimana Vitamin Shaklee membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan cantik...halus, gebu gitu kan...

Setiap satu supplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain.




#Vitamin C
ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen & dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

#B-Complex
B for "beauty" - penting dalam kestabilan hormon kita..ia juga membantu menaikkan seri wajah. Kekurangan B-complex menyebabkan kita cepat 'moody', letih, marah dan jerawat akan mudah terhasil bila hormon tak stabil.

#Vitamin E
terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. juga terkenal dalam mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga sgt digalakkan utk mengambil Vitamin E

#Protien
sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak yang setiap hari (3Liter/day) insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. perlu diingatkan pengambilan Air sangat penting untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan.

Sebarang Konsultasi Percuma boleh hubungi fiza:
sms/whatsapp: 01245133311
sid: 949698

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...