Thursday, November 26, 2020

PLAN SIMPANAN - PRUBSN ASPIRASI

 SAVING PLAN!

SAVING + PERLINDUNGAN




Apa yang anda simpan, akan dapat semula beserta dividennya sekali..pakej sekali dengan perlindungan dari takaful. 


Dan ini adalah DIVIDEN WAJIB terima setiap tahun bermula tahun ke 2..

Contoh pengiraan bagi sum covered rm50,000.

3% x RM50,000= RM1500.

6% x RM50,000= RM 3000.

9% x RM50,000= RM 4500.

99% xRM50,000= RM49,500.


Woww!! Meriah kan..Best tak?

Ini adalah dividen yang bakal anda terima. Gerenti!!

Jadi, tak perlu risau. Hanya bersenang - lenang dan nantikan notifikasi wang dikreditkan.


Terima:

✅Rm1500x9 thn = RM13,500

✅RM 3000x10thn=RM30,000.

✅RM 4500x 9thn =RM 40, 500.

✅RM 49,500 x 1thn=RM 49,500.


✅RM 133,500 in total.


Ini baru dividen wajib terima tau. Terima atau tidak, wang tetap dibayar ke akaun anda.

Jika anda suka kepada perancangan kewangan for next 30yrs later, dividen tersebut boleh dilaburkan semula bersama #savewithpru.


Di bawah ini projection compounding interest yang apply to your money by years.

Dari total RM133,500 berkembang menjadi ✅RM377,765!!

✅Terima juga sejumlah wang maturity plan pada tahun terakhir berjumlah RM140,000 lagi.


Tidakkah ini membahagiakan? Nikmati hari tua tanpa masalah kewangan.


Pasti ada yang sinis, betul kah semua ini?

Bangsa lain pegang ekonomi kerana mereka melakukan perancangan kewangan yang hebat. Berbanding orang kita yang sering kelihatan hebat!


Ini bukan skim MLM scam. Ini dipantau BNM.


Merancang lahπŸ‘.


Afriza

Prudential bsn takaful 

0124513311

Monday, November 16, 2020

HIBAH WARISAN PLUS DARI PRUBSN TAKAFUL

Satu pelan Takaful yang menyediakan keselamatan dan jaminan legasi anda untuk yang tersayang.

 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 012 4513311..

Maklumat Produk

Tempoh Sumbangan

5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang.

Kelayakan Umur

1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

20 tahun atau umur 70 , 80, 90 atau 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM250,000

Manfaat Matang

Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
a) Jumlah Perlindungan Asas; atau
b) Jumlah amaun dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA)

ditambah baki dari Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi.

Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ciri-ciri

1. Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum setinggi RM250,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD).

2. Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.

3. Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda didiagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:
KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit
• Measles
• Chikungunya Fever
• Hand Foot Mouth Disease
• Typhoid Fever
• Rabies

KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit
• Zika Virus
• Ebola
• MERS-CoV
• SARS
• Malaria
• Creutzfeldt - Jakob Disease
• Influenza A - Avian Influenza AH7N9 & AH5N1
• Nipah Virus Encephalitis
• Japanese Encephalitis

4. Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.

5. Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.

6. Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.

7. Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.

8. Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun.
Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan.

9. Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.

Lampiran Riders

Hajj Protection
Level Term
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Crisis Shield
Crisis Protector
Takaful Saver
Takaful Saver Kid
Ihsan

Nota Penting

Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.

Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

Saturday, August 15, 2020

Pengalaman Exam PCEIA

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menaip.

Hujung bulan 7 hari ada KakFiza story pasal exam TBE kan. Alhamdulillah lulus cukup-cukup makan je dapat C. 11hb baru ni ada satu lagi exam Pre Contract Examination Insurance Agent (PCEIA). Ada Insurans Am, Insurans Hayat, risiko apa semua tu. Banyak jugak la dan kalau buka note dia ada 225 muka surat (16bab). Nahhh kau nak baca semua tu.

Terus terang sempat tgk note dan baca sampai bab 6 je..lagi 10bab sambil lalu gitu je buka dan bila last minit mcm ni, kakfiza buat contoh soalan je lah.πŸ˜‚

Pulak tu, hari nak ambil exam ada problem dengan laptop. Jadinya terpaksa dari Sungai Petani pergi ke Tanjung Pinang plak sbb nk guna laptop suami.

Alhamdulillah, dapat jugak jawab semua soalan dalam masa sejam je. Masa sebenar 2jam. Haha. Jenis dah malas nak fikir lama-lama. Bila jawapan tak pasti, kita ikut logik je lah.

Berdebar bila dah submit nak tgk result. Lama plak tu dia calculate result. Berdebar gila kot result yang ni. Tapi Alhamdulillah lulus jugak. Cukup2 makan la jugaπŸ˜‚



C pun jadi la kan. Asalkan lulus. Nak kata gena lagi kan..🀭

Lepas ni..suami kata jangan hangat2 taik ayam sudah..πŸ˜‚


Tuesday, July 28, 2020

Alhamdulillah..lulus Exam TBE

Assalamualaikum...lamanya kak fiza Tak bersiaran kan..🀭🀭

Sejak2 dah kurang aktif bershaklee ni..dah jarang nak up blog, fb bagai..tapi sesiapa nak Shaklee kak fiza masih on tau. Cumanya jarang2 promo. Untuk mkn sendiri sambil selit order untuk yang dah biasa order..

Nak story pengalaman semalam ambil exam Takaful Basic Examination (TBE).🀭..

Ehhh..tetiba pulak boleh seat exam TBE plak..πŸ˜€. 

Awalnya, sahabat poli dulu yang ajak..kak fiza ni on je walaupun nak tak nak..sebabnya dah malas nk study bagai ni. Last2 contact ex ofis lama terus on nak seat exam..kena plak time covid sekarang ni, jadi exam pun online je lah..

Rasanya dah 2 minggu sahabat kak fiza ni bagi nota dan contoh soalan semua tp biasalah last minute punya kerja.. 3hari nak exam baru sekali imbas je untuk part C.

Ohh ya..ada 2 part..Part A Dan Part C. Dua2 part ni wajib untuk yang nak jadi agent bagi produk Takaful hayat Dan Perubatan. Kak fiza ambil yang ni dulu la.

Sehari sebelum exam dah ada orang invite kita masuk group wassap dan bagi details semua la.

Kena download zoom apps. Setengah jam sebelum exam semalam diaorg bagi link untuk masuk zoom meeting.

Kena guna laptop/pc bersama phone juga. Kak fiza pakai hotspot redone je. Walaupun awal2 lagi diaorg dah mention tak digalakkan guna hotspot sebab takut line 
problem. Dah nyaris nak pi beli Broadband tapi tawakal je lah sebab itu je pilihan yang ada kan..

Alhamdulillah pukul 2 masuk zoom..line smooth je..semua ok. Bilik anak2 la jadi port sat sbb ada meja tulis semua. Pemeriksa check nama dan tgk tempat kita seat pun semua ok. Alhamdulillah semua lancar.

Nasib baik hubby ada dan off duty hari ni..so ngasuh jap la anak2 kecik 2org tu. Bilik memang kunci..kalau tak satgi ada plak yang terjengoii...πŸ˜€

Start exam pukul 2.30..rasanya 1jam 30min exam ni tapi tak pasti plak sbb tgk masa yang tinggal lagi 40minit, kak fiza dah settle dan terus submit..haha

Malas nk pikiaq lama2 sebenarnya..ada je soalan yang tak sure tp nak patah balik semak memang tak la kan..so kita tawakal her.

Alhamdulillah lulus akhirnya..kalau tak lulus confirm tak tulis entry ni kan...πŸ˜€. Lulus dapat C je..boleh la kan..🀭

KEY RESULT TO GRADE

APASSED WITH DISTINCTION
BPASSED WITH CREDIT
CPASSED
YFAILED BY A NARROW MARGIN, WITHIN 10% OF THE PASS STANDARD
ZFAILED BY A CONSIDERATION MARGIN, MORE THAN 10% BELOW THE PASS STANDARD

Ok..dah layak jadi agent la kan...dah boleh promo produk takaful lps ni..chaiyok2..

Lepas ni ada nak ambil lagi 1 exam....PCEIA..semoga dipermudahkan la kan..kalau lulus boleh la KakFiza taip entry baru plak
..🀭

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...