Bagaimana kita nak tau gejala & simptom batu karang ni?
Biasanya pemeriksaan fizikal perlu dilakukan untuk mengesan terjadinya batu karang. Pesakit perlu menjalani ujian darah dan air kencing bagi memastikan sama ada terdapat sel-sel darah merah atau nanah yang terdapat untuk menunjukkan kewujudan penyakit ini.
Ujian Ultra Sound dapat memberi gambaran terhadap imej batu karang yang terbentuk terutamanya apabila buah pinggang membengkak. Manakala ujian intravenusurography pula dapat memberi imej yang lebih mengenai kedudukan, jenis, lokasi dan saiz batu karang.
TANDA-TANDA PENYAKIT BATU KARANG.
Kadang-kadang sakit batu karang ni tiada signal pun sampai dah sakit sangat-sangat dan tak mampu bergerak.
Yang biasa adalah penghidap akan merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Bagaimanapun, bagi mengenal pasti samada seseorang itu menghidap penyakit batu karang, ia bergantung kepada tanda-tanda yang dihidapi antaranya;
• Pesakit akan merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.
• Loya-loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
• Serangan yang datang secara tiba-tiba.
• Tidak boleh kencing ( bergantung di mana letaknya batu karang tersebut )
• Kencing berdarah.
Pada peringkat yang lebih serius, jangkitan kuman akan berlaku dimana pesakit akan demam, menggigil dan jika disentuh pada bahagian tersebut penghidap akan merasa sakit yang teramat sangat. Ia kemudianya bernanah, menandakan bahawa adanya jangkitan kuman yang parah. Dalam keadaan tertentu, pesakit mungkin akan mengalami kencing yang bercampur nanah.
Pada peringkat yang kronik, pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan dengan gejala buah pinggang telah rosak, keadaan tubuh menjadi lemah, muka menjadi pucat akibat kekurangan darah di samping muka menjadi sembab serta kulit menjadi kering. Bagaimanapun, kesakitan atau tanda yang boleh dikenalpasti bergantung kepada;
• Lokasi di mana terbentuknya batu karang samada di saluran pundi kencing atau buah pinggang.
• Saiz batu karang samada kecil atau besar juga memainkan peranan.
• Keadaan dan umur pesakit, biasanya batu karang dihidapi oleh mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
• Jenis batu tersebut.
Oleh itu, sentiasalah jaga pemakan kita. Banyakkan minum air tau. Kalau ada sejarah keluarga sering mengalami batu karang, anda juga mungkin boleh berisiko mengidapnya.
Sumber: jknperlis.mohgov.my
Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG
HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
Assalamualaikum... Hari ni KakFiza nak share acar rebung mak yang memang sedap. Tiap kali kenduri memang akan ada tempahan tau. Sedap sang...
-
Assalamualaikum...lamanya kak fiza Tak bersiaran kan..ðŸ¤ðŸ¤ Sejak2 dah kurang aktif bershaklee ni..dah jarang nak up blog, fb bagai..tapi ses...
No comments:
Post a Comment