Saturday, August 26, 2017

SAKIT TUMIT KAKI ATAU PLANTAR FASCIITIS

Assalamualaikum...

Rasanya ramai yang sering mengalami sakit pada tapak kaki, terutamanya apabila baru bangun tidur, terpijak lantai akan rasa menikam jer dan rasa sakit yang teramat.

Sakit pada tumit kaki atau nama lainnya Plantar fasciitis biasanya sering terjadi pada orang dewasa terutamanya warga emas. Tetapi, sekarang ni dah tak kira usia dah. Ramai yang terkeliru dan berpendapat plantar fasciitis dan heel spurs adalah sama tetapi sebenarnya ada bezanya.


Plantar fasciitis merujuk kepada sindrom sakit pada tumit kaki yang terjadi akibat radang atau kecederaan pada tisu plantar yang membentuk lengkok pada tapak kaki, dan ‘heel spur’ pula adalah tulang berbentuk duri pada tulang tumit (calcaneum) di mana tisu plantar melekat. 

Kebanyakkan pesakit yang ada masalah plantar fasciitis mempunyai ‘heel spur’ dalam X-ray kaki mereka.

Apa yang menyebabkan sakit tumit atau planar fasciitis?

Berat Badan Berlebihan
Apabila berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan dan menyebabkan regangan di bahagian kaki.
Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu). Bahagian kaki kita cuma dapat menampung berat tertentu sahaja. Akibatnya risiko kecederaan pada tisu plantar adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Penuaan
Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut dan kurang fleksibel dan menyebabkan tisu plantar mudah tercedera

Aktiviti fizikal yang aktif
Ahli sukan terutamanya lebih terdedah kepada plantar fasciitis. Contohnya, dalam kes berlari, plantar fasciitis terjadi akibat kecederaan tisu plantar pada tapak kaki kesan beban hentakan berulang-ulang ketika berlari.

Simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam.

Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.


Bagaimana nsk merawatnya dan sekaligus mengurangkan rasa sakit. InshaAllah akan Kak Fiza kongsikan pada entry akan datang.

Semoga bermanfaat untuk semua..😘😘

1 comment:

Unknown said...

Apa ubat untuk sakit tumit ni ek

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...