Wednesday, March 15, 2017

OXIDATIVE STRESS, RADIKAL BEBAS DAN ANTIOKSIDAN

Lambakan radikal bebas dalam badan kita menjadikan sel-sel kita 'berkarat' kerana tindakan oxidative stress.

Apa tu Oxidative Stress?

Oxidative stress adalah ketidakseimbangan antara jumlah radikal bebas dengan jumlah antioksidan. Sebab tu bila tidak seimbang boleh membawa kerosakan dan menjadikan sel badan kita berkarat dan boleh merebak ke organ. Ini jugak yang menyebabkan berlakunya penyakit kronik seperti Kanser, Strok, Diabetes dan lain-lain tu. 




Radikal Bebas?
Untuk mudah faham, Radikal Bebas merupakan molekul tidak stabil yang terhasil dari proses pengoksidaan yang merosakkan tubuh badan kita. Molekul ini bertindak jahat dengan memusnahkan sel2 baik yang lain. Ia bertindak seperti parasit yang memusnahkan orang lain.

Bagaimana terjadinya radikal bebas dan bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? 
Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri seperti Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas. Di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan. Dalam keadaan jerebu seperti sekarang, tahap pencemaran berada pada paras kronik dan menyebabkan lebih banyak radikal bebas terhasil.

Radikal bebas yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk mempercepatkan proses penuaan. 

Dan kedua-dua masalah ini dapat dinyahtoksikan atau dapat dilawan dengan Antioksidan.


Apa pula Antioksidan?
Tubuh badan manusia berupaya untuk menghasilkan antioksidan dan pada waktu yang sama melalui proses metabolism badan serta keradangan, sel badan juga menghasilkan radikal bebas. 

Antioksidan berfungsi meneutralisasi kesan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan. Radikal bebas boleh juga diperolehi daripada alam sekitar termasuk radiasi. 

Badan perlu mempunyai keseimbangan di antara bahan reduksi dan bahan oksidasi dan kedua-dua antioksidan serta radikal bebas mewakili kedua-dua bahan ini. Jika salah satu daripadanya berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan badan dan boleh mendedahkan badan kepada pelbagai jenis penyakit. 

Badan boleh terus menghasilkan antioksidan secara berterusan bergantung kepada keperluan. Terdapat dua cara bagaimana antioksidan bertindak :


  1. Merencat pembiakan radikal bebas
  2. Mencegah pembentukan radikal bebas dari peringkat awal



Antioksidan boleh diambil daripada sumber makanan segar seperti buah-buahan dan sayuran, ia juga boleh didapati di dalam bentuk suplemen

Kita boleh membantu tubuh kita dengan cara:
  • Menjaga pemakanan, 
  • Mengawal diri dari stress minda serta
  • Mengamalkan Supplemen yang terbukti berkesan mengurangkan kesan oxidative stress.
Buah buahan seperti berries dan anggur merupakan antara yang tinggi kandungan antioksidannya dan banyak lagi sumber makanan yang tinggi antioksidan yang boleh kita ambil untuk menentang radikal bebas. 

Tapi, bolehkah kita mengambil makanan ini setiap hari dan konsisten? Kita sendiri sedar kebanyakkan buah dan sayuran hari ini tinggi bahan kimia dan racun. Nak dapatkan yang betul2 semulajadi memang susah la kan. Kalau boleh tanam sendiri boleh la. 

Jadi, apa pilihan yang kita ada?
Shaklee merupakan Vitamin / Suplemen alternatif yang semulajadi lagi berkesan. Betul ke semulajadi? Landmark Study dan kajian saintifik telah membuktikan.





VIVIX mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi yang dapat mengurangkan kesan oxidative stress ini.

Untuk mendapatkan kesihatan berpanjangan, amalkan makanan seimbang, ambil banyak sayuran serta buahan, lakukan senaman secara tetap, dapatkan berat badan yang ideal, lakukan ujian saringan dan elakkan gayahidup tidak sihat seperti merokok, meminum alcohol dan stress.


Nak cuba Vivix, boleh hubungi Kak Fiza 012 4513311. InshaAllah yang terbaik kak fiza berikan untuk anda.

2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salams fiza
kak mieja datang sini:)

Fiza Hasan said...

Wsalam...tq kak sudi singgah

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...