Asid amino ni macam blok binaan untuk kehidupan. Jadi, sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot.
Badan kita..lebih spesifik lagi, hati manusia menghasilkan 80% asid amino manakala 20% lagi perlu diambil dari diet seharian kita.
Asid Amino yang dihasilkan oleh badan, kita sebut sebagai 'Nonessential amino acids' dan dari diet, kita sebut sebagai 'Essential amino acids'.
Asid Amino Perlu (Essential)
Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Perlu diambil dari diet pemakanan kita seharian seperti daging,susu, sayuran,buah-buahan dan bijirin.
Terdapat 9 asid amino perlu iaitu:
- Histidine Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah. Meningkatkan tahap penyerapan kalsium, menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.
- Isoleucine Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
- Methionine Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.
- Lysine Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga. Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.
- Leucine Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.
- Phenylalanine Terdiri dari tiga jenis:D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine. Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.
- Threonine Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen. Turut menghasilkan antibodi.
- Valine Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.
- Tryptopan Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.
Asid Amino Tidak Perlu (Non Essential)
Asid Amino yang dapat dihasilkan daripada asid amino yang lain dan tidak diperlukan dari diet pemakanan.
Terdapat 5 jenis asid amino tak perlu:
- Alanine Menghapuskan toksin yang dikeluarkan oleh otot ketika bersenam supaya hati dapat melakukan metabolism penyingkiran toksin daripada tubuh. Mengawal paras kolestrol dalam tubuh.
- Asparagine Memelihara sistem keseimbangan saraf. Terlibat dalam proses detoksifikasi dan mengawal kadar metabolism.
- Asid Aspartic Melawan keletihan dan kemurungan akibat stress. Meningkatkan tahap metabolism. Bertindak dalam sintesis asid amino lain.
- Asid Glutamic Meningkatkan metabolism dan fungsi otak. Penukaran kepada glutamine membantu menyingkirkan bahan toksik ammonia dalam tubuh.
- Glycine Memastikan perkembangan dan fungsi sel baik. Membantu proses penghadaman. Membantu menghasilkan kolagen untuk kulit kekal elastik dan memelihara penyembuhan sel kulit.
Asid Amino Terkondisi
Tergolong dalam kumpulan asid amino tak perlu, tetapi ianya hanya hadir dalam keadaan tertentu sahaja seperti ketika stress dan sakit.
Terdapat 8 jenis asid amino terkondisi:
- Arginine Bertindakbalas dengan nitrik oksida yang penting dalam menggalakkan pertumbuhan rambut. Membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa.
- Cysteine Terlibat dalam detoksifikasi dan antioksidan. Memberi kekuatan pada rambut,kuku dan kulit.
- Glutamin Membantu dalam penghasilan gluthatione. Berfungsi dalam antipenuaan,memperbaki fungsi otak dan imunisasi sistem penghadaman. Meningkatkan daya tahan lapar.
- Pyrrolysine Sejenis proteinogenic misteri yang terlibat dalam pembentukkan kod genetik.
- Proline Membantu regeneratif sel baru bagi mengelakkan kulit berkedut dan sentiasa tegang. Menyokong pembentukkan kolagen dan rawan bagi kelenturan sendi dan otot.
- Selenocysteine Bertindak dalam fungsi antioksidan. Diperlukan tubuh dalam membentuk selenium yang berguna untuk menyingkirkan bahan toksik merkuri dan meningkatkan fungsi hati.
- Serine Meningkatkan fungsi otak,mengawal kestabilan mental dan emosi. Membantu pembentukkan otot dan sistem imunisasi.
- Tyrosine Penting dalam penghasilan hormone tiroid untuk stimulate metabolism sel dan tisu. Terlibat dengan sintesis melanin yang berperanan dengan pigmen kulit, mata dan rambut.
Dan..kalau nak tahu kesemua Asid Amino Perlu tu terdapat dalam ESP Shaklee. Jadi, ESP sememangnya lengkap dan merupakan sumber Protein penting untuk kita semua.
Sebelum ni Kak Fiza dah pun jelaskan apa yang BESTnya pasal ESP ni berbanding soya yang lain. Jadi, pada yang nak dapatkan ESP boleh hubungi 012 4513311.
No comments:
Post a Comment