Sebelum ini dah pun saya kongsikan apa itu Parkinson kan. Kita dah tahu serba sedikit mengenai penyakit Parkinson ni. Jadi..apa pula penyebab ataupun punca berlakunya penyakit ini.
Percaya atau tidak, punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui. Hanya pendapat Saintis dan Teori semata-mata. Antara punca yang dikenalpasti ialah:
1. Persekitaran Beracun / Alam sekitar
Seperti kita semua tahu Penyakit Parkinson disebabkan oleh kerosakan sel. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri..perlu dielakkan tu. Sangat2 berbahaya jika terdedah.
Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik.
2. Genetik
Dipercayai, hampir 10 peratus kes, adalah berpunca dari keturunan, manakala 90 peratus pula, masih belum dikenal pasti. Ermmm..bahaya jugak kan sebab kita tak tahu punca dari mana.
1. Persekitaran Beracun / Alam sekitar
Seperti kita semua tahu Penyakit Parkinson disebabkan oleh kerosakan sel. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri..perlu dielakkan tu. Sangat2 berbahaya jika terdedah.
Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik.
2. Genetik
Dipercayai, hampir 10 peratus kes, adalah berpunca dari keturunan, manakala 90 peratus pula, masih belum dikenal pasti. Ermmm..bahaya jugak kan sebab kita tak tahu punca dari mana.
Di dapati 15 hingga 20 peratus pesakit Parkinson mempunyai saudara mara yang mengalami gejala Parkinson seperti mengeletar (tremor).
Gambar : Muhammad Ali dan Miachael J. Fox antara selebriti terkenal yang mengidap Penyakit Parkinson
3. Kerosakan Oksidatif
Tidak diketahui punca dan tahap umur berlakunya kemerosotan pengeluaran dopamin oleh neuron-neuron. Keadaan ini mempercepatkan lagi berlakunya Parkinson bagi sesetengah individu. Teori ini disokong oleh maklumat di mana kehilangan mekanisme pertahanan antioksidatif berkait dengan peningkatan umur.
4. Perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit ini.
Kebanyakan para penyelidik mempercayai kombinasi empat mekanisme iaitu kerosakan oksidatif, persekitaran beracun, faktor genetik yang mudah terkena penyakit dan perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit ini.
Penyakit Parkinson adalah penyakit yang berlaku pada peringkat pertengahan umur, biasanya melebihi 50 tahun dan secara keseluruhannya pada peringkat umur melebihi 60 tahun. Walaubagaimanapun, sesetengah pakar perubatan mengatakan, bahawa ramai kes Parkinson berlaku lebih awal dan 5 hingga 10 peratus daripada pesakit adalah di bawah umur 40 tahun.
PARKINSON terus menjadi satu penyakit misteri tanpa
Kepastian punca dan penemuan penawarnya.
Faktor alam sekitar/persekitaran beracun dikatakan menjadi punca utama kemusnahan sel dopamine. Penyakit parkinson bukanlah gejala semulajadi pada orang tua dan pengidapnya masih boleh menikmati kesihatan yang baik jika mendapatkan rawatan.
Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai dopamine mengalami gangguan atau rosak. Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.
Pakar Neurologi dan Pakar Perunding Pusat Perubatan Pantai,
Dr. Chew Nee Kong, kesedaran mengenai penyakit itu di kalangan rakyat Malaysia
masih rendah sekali gus menyumbang kepada diagnosis lewat atau tidak lengkap.
Dr. Nee Kong yang juga antara sekumpulan kecil pakar Parkinson
di Malaysia memberitahu:
"Parkinson merupakan salah satu daripada penyakit paling kurang
diketahui di Malaysia dan tanggapan umum bahawa ia hanya menyerang
golongan warga emas adalah salah.
"Usia, kaum dan jantina tidak menjadi penghalang kepada Parkinson
untuk menyerang seseorang. Antara lima hingga 10 peratus daripada
pesakit menunjukkan simptom-simptom sebelum usia 40 tahun.
Dr. Nee Kong menambah, pengesanan awal adalah penting bagi
memastikan pesakit menerima terapi secukupnya bagi menyekat
Penyakit itu daripada terus merebak.
Teori lain pula mengatakan bahawa penyakit Parkinson dapat berlaku pada bila-bila masa.
PESAKIT Parkinson masih boleh melakukan pelbagai
aktiviti walaupun dalam pergerakan terhad.
Macam mana kita nak tahu simptom-simptom Parkinson ni selain dari tangan menggeletar. InshaAllah saya kongsikan di lain entry nanti.
credit:
majalahsains.com
wikipedia
credit:
majalahsains.com
wikipedia
🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
FB: Afriza Abu Hasan
Page: Qisya E-Shoppe
Instagram: afriza_abuhasan
3 comments:
Tak banyak pendedahan tentang penyakit..
Terima kasih atas perkongsian..
Btol kak long. Sangat kurang pendedahan ttg ini..
Btol kak long. Sangat kurang pendedahan ttg ini..
Post a Comment