Tuesday, September 20, 2016

KENALI APA ITU PARKINSON

Kenali apa itu Parkinson..

Semasa mengambil program Diploma Politeknik pada 2002, pernah bersahabat dengan seorang pesakit Parkinson yg pada ketika itu baru berusia 23thn. Simptom yg beliau alami hanyalah keadaan tangan yg menggeletar dan hanya berlaku sesekali shj tanpa kita sedari..fuhh...waktu tu memang tak pernah tahu betapa seriusnya penyakit ni.





Pastinya anda semua juga pernah dengar kan? Agak popular juga la penyakit ni. Parkinson ni melibatkan sistem saraf otak


Penyakit Parkinson pertama kali ditemui pada tahun 1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah rencana yang dipanggil The Shaking Palsy. Dalam rencana ini, beliau menyatakan terdapat empat gejala utama penyakit ini yang kemudianya diberi nama Parkinson bersempena dengan nama beliau. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mengenalpasti kerosakan otak merupakan penyebab utama penyakit ini. Ia disebabkan oleh kehilangan sel-sel otak yang berfungsi mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin yang membantu secara terus aktiviti otot.



Gambar : Dr James Parkinson, pakar perubatan yang menemui 

Penyakit Parkinson sempena namanya

Penyakit Parkinson berlaku apabila setengah sel saraf ataupun neuron dalam satu kawasan otak yang dipanggil substantia nigra mati ataupun cedera. Pada kebiasaannya, neuron-neuron ini mengeluarkan sejenis bahan kimia otak yang dipanggil dopamin. 

Dopamin adalah sejenis kimia penghantar (neurotransmitter) yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara substantia nigra dan korpus striatumbagi melembut dan memudahkan aktiviti otot. Kehilangan dopamin menyebabkan sel-sel saraf striatum hilang kawalan dan meninggalkan kesan di mana pesakit tidak dapat mengawal pergerakan dalam situasi normal. 

Kajian menunjukkan, pesakit Parkinson kehilangan 80 peratus ataupun lebih sel-sel pengeluar dopamin di dalam substantia nigra. Sebab-sebab sel ini mati ataupun merosot tidak diketahui puncanya.






Walaupun penyakit Parkinson ini melibatkan gangguan fungsi pada saraf otak tetapi ia tidak melibatkan kehilangan ingatan seperti Alzheimer

Pada kebiasaannya gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghadapinya. Sebaliknya orang terdekat seperti pasangan atau anak -anak yang biasanya menyedari perubahan gejala atau simptom yang berlaku kepada pesakit.





MENGGELETAR adalah antara simptom paling 

sinonim dengan penderitaan pesakit Parkinson.

Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. 

Sangat penting untuk pesakit untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson. Keluarga memainkan peranan penting untuk sama-sama memberi semangat dan sokongan kepada pesakit.

Dah faham apa itu Parkinson? InsyaAllah entry akan datang saya akan kongsikan Punca terjadinya penyakit ini.

credit: 
majalahsains.com
Hmetro


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...