Wednesday, January 20, 2016

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI STROK HABA


Dalam entry yang lepas ada di ceritakan mengenai STROK HABA.  Dengan situasi el nino yang melanda negara memang kita perlu sangat2 menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kanak2 antara yang mudah terdedah dengan pelbagai kesan penyakit berikutan keadaan yang panas sekarang. 

Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.  Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.  

Apa yang perlu kita tahu mengenai strok haba dan simptom awal berlakunya strok haba.. Jom kita tengok..




Tanda - Tanda Strok Haba @ Heat Stroke

Gejala strok haba kadang-kadang boleh mennyerupai serangan jantung. Sebelum seseorang mengalami strok haba, terlebih dahulu akan mengalami keletihan haba.

Tanda- tanda Keletihan Haba
Antara tanda-tanda awal keletihan haba yang boleh dikenalpasti adalah:
  • Loya
  • Muntah
  • Keletihan
  • Kelemahan
  • Sakit Kepala
  • Kekejangan otot
  • Sakit & pening

Walaubagaimanapun, sesetengah individu boleh mengalami gejala strok haba secara tiba-tiba dan teruk tanpa amaran. Tanda-tanda gejala ini adalah berbeza mengikut tahap tubuh badan individu masing-masing.

Tanda - tanda awal yang anda terkena strok haba @ heat stroke adalah apabila anda merasakan sakit kepala yang berdenyut , mual , denyutan nadi yang pantas dan kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas . Selain itu anda akan merasakan otot anda lemah dan kejang , mengalami muntah , kulit anda menjadi kering dan kemerahan ,berlaku sawan serta pitam.

Antara tanda-tanda lain strok haba adalah seperti berikut:
  • Suhu badan naik mendadak
  • Tidak berpeluh walaupun di bawah panas matahari
  • Kulit bertukar menjadi merah dan kekeringan kerana kurang air
  • Sukar bernafas
  • Kelakuan pelik
  • Mengalami halusinasi
  • Mengalami kekeliruan (kurang daya tumpuan)
  • Sawan
  • Koma


Punca Strok Haba @ Heat Stroke

Pendedahan yang berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas , kurangnya minum air serta berlakunya dehidrasi pada badan adalah antara punca anda boleh terkena strok haba @ heat stroke .



Siapakah yang berisiko?
Mereka yang paling mudah terdedah kepada haba strok termasuk:
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Warga tua ( selalunya mereka yang mengalami penyakit jantung, penyakit paru-paru, penyakit buah pinggang, atau mengambil ubat-ubatan yang membuatkan mereka terdedah kepada kekeringan dan strok haba)
  • Atlet sukan
  • Individu-individu yang bekerja di luar pejabat dan secara fizikal terdedah di bawah sinaran matahari


Jadi, elakkan dari melakukan aktiviti luar dengan kerap..so dok kat rumah je lah yer..dalam rumah pun suhu panas kadang2 tak tertahan. Sama2 kita jaga kesihatan diri dan keluarga tersayang...



No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...