Wednesday, November 4, 2015

ATASI LETIH KETIKA HAMIL


Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan ditambah pula dengan masalah alahan (morning sickness), banyak angin dalam badan dan banyak lagi masalah lain semasa hamil

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. 

Tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau; bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden:





Sebab dan punca berlakunya masalah cepat letih dan kelesuan semasa hamil

  • Tidur yang tidak cukup – disarankan ibu mengandung tidur secukup-cukupnya iaitu dalam 7 hingga 8 jam.  Kembalikan tenaga anda dengan selalu mengambil nap time.

  • Tak cukup tenaga – ibu mengandung harus mengambil diet sihat dan makanan yang mencukupi. Diet yang seimbang membantu mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Paras glukosa dalam darah tidak boleh rendah, ibu mengandung akan terus menjadi lemah dan mungkin pitam kalau tahap glukosa dalam darah rendah.

  • Skip breakfast– ibu-ibu jangan skip breakfast! Jika rasa seperti tidak lapar, tidak boleh mengambil sarapan yang berat, sila makan sekeping roti, beberapa keping biskut mahupun  hanya minum segelas susu.  Anda perlukan tenaga untuk mengharungi kerja harian yang perlu disiapkan.

  • Anemia (kurang darah merah) – anemia akan menyebabkan seseorang itu mudah pitam, lesu, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, atau bekerja akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran/kerja. Apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low). Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan


** Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.


  • Gangguan Emosi – Ibu hamil senang menghadapi gangguan tekanan emosi.Kehamilan boleh membuatkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. Ia berlaku kerana perubahan hormon ketika kehamilan yang mengganggu penghantaran mesej ke otak, selain dipengaruhi emosi sebelum bergelar ibu bapa. Gangguan emosi bukan sahaja meletihkan seseorang, ia juga memudaratkan kesihatan. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, meningkatkan peratusan kelahiran bayi pra matang dan seterusnya risiko meroyan.

  • Alahan (disebabkan hormon)- Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di Petaling Jaya, Dr Liew Fah Onn, kehamilan adalah tempoh berlakunya banyak perubahan dalam badan wanita. Hormon mempunyai kesan besar terhadap sistem imun atau daya ketahanan badan yang akan turut mempengaruhi masalah alahan.

  • Dehidrasi – jika kurang minum air, ibu-ibu akan rasa dehidrasi Dehidrasi ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Dehidrasi akan menyebabkan aktiviti enzim/aktiviti penyerapan protein di dalam badan menjadi perlahan dan seterusnya menyebabkan seseorang terasa amat penat dan letih. Dehidrasi teruk di kalangan wanita hamil boleh menyebabkan peningkatan suhu dalam tubuh dan seterusnya memberikan kesan negatif pada bayi di dalam rahim terutama ketika awal kehamilan.

Atasinya dengan menjaga Pemakanan 
Anda tidak perlu mula “makan untuk dua orang” sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.


Minum 8 gelas air setiap hari. Perlu mendapat nasihat doktor jika mempunyai komplikasi kehamilan yang lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetis ketika mengalami dehidrasi
Minum sebelum rasa haus.

Kurangkan aktiviti fizikal yang agak lasak dan elakkan dari aktiviti di luar rumah yang panas.

Jadi, secara ringkasnya ibu-ibu perlu menjaga pemakanan, dan bersenam setiap hari untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...