Jerebu ohh jerebu. Kami anak beranak dah demam, batuk, selsema hampir seminggu dah. Memang terseksa jer tgk budak2 tu batuk non stop. Bahaya kan..huhu
Jerebu juga sangat2 bahaya kepada ibu hamil. Banyak kajian di negara asing telah membuktikan bahawa pencemaran udara boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini adalah sebab bahan pencemar yang disedut semasa ibu bernafas boleh sampai masuk ke dalam rahim melalui tali pusat.
Antara bahaya jerebu kepada kandungan adalah:
- Asbut boleh membahayakan perkembangan otak bayi dalam kandungan.
- Berat kelahiran yang rendah
- Kelahiran bayi pramatang
- Kematian bayi dalam kandungan
Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi adalah tiga kali ganda lebih cenderung melahirkan bayi yang mempunyai bibir dan lelangit rekah dan kecacatan injap jantung. Risiko yang paling besar berlaku semasa bulan kedua kehamilan, apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ-organ.
Langkah pencegahan:
- elakkan aktiviti luar ketikapastikan
- Pastikan sentiasa memakai face mask untuk keselamatan diri dan kandungan.
- minum air 3L sehari
- dapatkan rawatan segera jika badan rasa lemah.
Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat utk anda.
No comments:
Post a Comment