Ibu menyusu perlukan lebih kalsium?betul tu dan sangat2 penting bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.
- Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira-kira 1.5% daripada berat badan kita.
- Kita memerlukan kalsium setiap hari, sebab setiap hari kita kehilangan kalsium. Ini terjadi terutama kepada kaum wanita kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400 hingga 600 mg kalsium setiap hari. Disebabkan itu secara purata kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari.
- Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang terutama warga tua wanita. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan tulang. Justeru pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tetapi untuk mencegah. Jadi kalsium perlu ada dalam diet harian kita.
- Kalsium. seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu vitamin B12 dan ia memerlukan vitamin D untuk penyerapan, dan juga vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.
Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory made mengandungi bahan-bahan yang mereputkan tulang.
Khasiat untuk penyusuan ibu
Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah dan ini memberi kesan kepada kebanyakan ibu. Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.
Jadi kepada ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu semasa period, ibu boleh mosteoengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.
Minum susu tak cukup? Tiada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tidak memudaratkan untuk jangkamasa panjang.
Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami masalah susu kurang semasa period.
Ostematrix lebih daripada sekadar kalsium
Jika susu kurang, ibu pun janganlah kurang mengepam. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping. Siapa kata jika ambil suplemen tidak perlu pam banyak kali?
Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan. Pasti anda tidak sanggup hadapi masalah tulang dan osteoporosis nanti kan.
1 comment:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips atasi masalah susu merundum.
Post a Comment