Ermmm..ramai sekarang antara kita mengalami keracunan
makanan kan? Kenapa yer? Terjadinya keracunan adalah akibat daripada
pengambilan makanan yang dicemari bacteria / virus.
Organisma halus itu terus hidup dalam makanan yang dimakan
dan membiak dengan banyak hingga membawa jangkitan. Kuman dalam makanan yang tercemar
mengeluarkan toksin atau racun yang membahayakan kesihatan.
Jom kenali
Jenis-jenis Kuman
Bakteria Salmonella
dan Campylobacter – membawa keracunan dikenali sebagai Salmonellosis dan
Campylobacter enteritis. Bacteria ini
membawa jangkitan di bahagian perut serta usus dan ditemui dalam susu yang
tidak dipasteur, air minuman yang tercemar, daging lembu, ayam serta telur.
Staphylococcus –
membawa gejala Staphylococcus aureus. Bakteria ini biasanya hidup dipermukaan
kulit, kerongkong dan hidung manusia. Ia berpindah pada makanan ketika dimasak
atau disediakan dengan keadaan tangan berkudis atau tidak dicuci dengan
sempurna selepas keluar dari tandas.
Bakteria ini mengeluarkan toksin enterotoksin yang mengakibatkan
keracunan makanan.
Clostridium botulinum
– boleh ditemui di mana-mana termasuk dalam air dan tanah serta tidak mudah
mati walaupun terdedah pada suhu tinggi.
Bacteria ini mengeluarkan toksin neurotoksin yang memudaratkan
kesihatan.
E-coli – membawa gelajala
E-coli enteritis. Bacteria ini membiak
dalam air yang tercemar atau tidak disuling dengan sempurna, atau dalam makanan
yang disediakan dalam keadaan yang kotor.
Ia mengeluarkan toksin endotoksin yang menyebabkan cirit-birit, muntah
dan sakit perut yang boleh membawa maut terutamanya dikalangan bayi dan
kanak-kanak.
Akibat Alahan
Cendawan beracun, kulat dan juga bahan kimia dengan
tanda-tanda yang sama seperti muntah, cirit-birit, adakalanya berdarah, sakit
perut, sakit kepala serta lenguh dan lemah dibahagian tangan, kaki dan
otot-otot. Bagi kes-kes yang serius,
mulut, lidah dan muka terasa kebas dan pernafasan terhenti.
Keracunan makanan akibat alahan biasanya melibatkan makanan
atau minuman tertentu seperti siput dan cengkerang, strawberi, ikan, susu lembu
yang mempunyai kandungan laktosa yang tinggi dan sebagainya.
Keracunan akibat cendawan beracun boleh mengundang pelbagai
komplikasi yang akhirnya membawa maut. Sebab
itu, elakkan makan cendawan yang dipetik di hutan jika tidak kenal mana satu
cendawan yang selamat.
Kulat yang terdapat pada makanan yang disimpan pada suhu
bilik bagi tempoh yang terlalu lama seperti roti dan kek juga boleh menyebabkan
keracunan makanan. Begitu juga dengan
keracunan bahan kimia, contohnya daripada kuali dan periuk yang digunakan untuk
memasak dan juga ubat.
Tanda-tanda keracunan makanan boleh dialami seawal beberapa
minit sahaja selepas makan, terutama yang berpunca daripada bahan kimia hinga
selewat-lewatnya 72jam.
Tempoh pengeraman iaitu dari saat makanan dimakan hinggalah
ke saat pesakit mula muntah. Penting bagi
mengenalpasti punca keracunan yang di alami.
Salmonellosis hanya berlaku antraa 12-48jam selepas makan,
E-coli enteritis antara 24-72 jam dan Clostridium botolinium 18-36jam.
Serius atau tidak keadaan pesakit bergantung kepada factor ketahanan
badan, usia dan tahap kesihatan.
Amalkan LIHAT, HIDU & RASA!!
Sumber: Fokus Sihat (Mingguan Malaysia, 20/10/13)
No comments:
Post a Comment