Assalamualaikum semua..
Hari ni ada terbaca ‘paper lama’
mengenai panduan makanan untuk kesuburan…jom fiza kongsikan di sini. Semoga
bermanfaat utk semua rakan-rakan yang berjuang utk dapatkan anak / menambah
bilangan anak. Best kan..fiza tgh usaha jugak ni..:)
Pemakanan segar dan berkhasiat
yang diambil sepatutnya berpandukan pada keperluan kalori serta mengikut pyramid
makanan adalah paling terbaik…ermmm..dulu mmg belajar pasal pyramid makanan ni
tp jarang sangat amalkan…huhu
Pengambilan ubat hormone kesuburan
bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung
kepada jenis dan dos ubat hormone berkenaan. Tanpa ubat hormone kesuburan,
ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita
yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kilang
terbabit.
Segelintir wanita yang tidak
mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak
berlaku kepada wanita berusia tanpa mengira pemakanan mereka.
Amalan mengelakkan makanan ‘Tajam’
atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepada kepercayaan masayarakat.
Kesahihannya daripada sudut perubatan belum terbukti. Tidak menjadi kesalahan
mengelakkan makanan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukanlah
makanan ruji kita.
Keperluan Vitamin juga seharusnya
mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat
larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan
dilupuskan menerusi air kencing atau najis.
Bagi sesetengah vitamin lain
(yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan
dan member kesan negative kepada sifat janin. Contohnya Vitamin A.
Amalan kesederhanaan perlu
dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan.
Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya dating daripada formula makanan
ibunya. Tidak semua adik-beradik (yang dikandung ibu yang sama) mempunyai tahap
kepintaran yang sama.
SET KESUBURAN SHAKLEE?..Klik SINI
utk keterangan lanjut
Sumber: Professor Dr Nik Hazlina Nik Hussain (mingguan Malaysia ahad, 20/10/13)
No comments:
Post a Comment