Saderi adalah sayur jenis batang lembut daripada Apium Graveolens (keluarga Dulce
Umbelliferae) itu kaya khasiat karotena, zat besi, Vitamin A dan Vitamin B
Kompleks.
Saderi juga mempuyai
khasiat tinggi sebagai terapi alternative menurunkan tekanan darah
tinggi. Kajian terhadap Saderi mendapi
ekstrak biji saderi baik untuk merawat masalah tekanan darah ringan sehingga
sederhana tinggi.
Sekiranya anda mengalami
masalah tekanan darah (BP) lebih daripada 140/90 atau ada komplikasi
lain seperti diabetes, penyakit buah pinggang kronik, dengan pengambilan saderi
mampu mengawal BP pada kiraan sehingga 130/80.
Selain itu juga, anda boleh mengawal tekanan darah dengan
menghadkan pengambilan natrium sekitar 1,500mg (minum jus saderi). Ianya sangat membantu mengawal tekanan darah. Saderi mengandungi fitokimia dipanggil phthalides, berfungsi melegakan tisu dinding arteri. Kelegaan ini meningkatkan aliran dan mengurangkan tekanan dalam kapilari darah.
Apabila seseorang pesakit mengamalkan pengambilan saderi setiap hari, amalan ini bagus untuk kesihatan. tambahan pula, setiap bahagian saderi mengandugi nutrien berbeza.
Bahagian batang saderi rendah garam dan serat. Kandungan magnesium dan kalium pada bahagian batang membantu mengawal tekanan darah.
Untuk mendapatkan manfaat penuh, kita perlukan sekurang-kurangnya 4 batang saderi cincang atau secawan jus saderi setiap hari!
wow!!!..jom amalkan..
Cara dan penyediaan JUS SADERI
- Potong beberapa batang saderi (boleh juga dicampur dengan buah seperti epal hijau)
- masukkan dalam blender, then campur air masak..blend hingga lumat
- siap!!..terus tuang dalam gelas dan minum
# jangan tunggu lama takut khasiatnya hilang
Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu.
info: BH mei 2015 ( sihat Alternatif)
No comments:
Post a Comment