Pneumonia merupakan jangkitan
pada bahagian paru-paru yang boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak
sihat. Selalunya pesakit akan batuk
berkahak yang berpanjangan dan teruk, demam panas dan kadang-kadang mengalami
kesukaran bernafas.
Bagi kebanyakkan pesakit,
pneumonia boleh dirawat dirumah dan akan hilang dalam tempoh 3 hingga 6 hari. Namun bagi warga tua, kanak-kanak dan pesakit
yang mempunyai penyakit lain yang boleh memudaratkan keadaan pneumonia
berkemungkinan akan terjejas teruk malah boleh membawa maut jika tidak mendapat
rawatan yang betul dan segera.
Menurut statistic, 450 juta orang
di seluruh dunia iaitu 7 peratus daripada populasi dunia menghidap
pneumonia. Hampir 4 juta daripadanya
maut.
Menurut Pakar Perunding Dada,
Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani, walaupun jumlah
mereka yang Berjaya pulih semakin ramai berbanding dulu terutamanya di Negara
membangun, statistic tersebut masih amat menakutkan.
“Antara komplikasi yang berlaku
kepada kes-kes radang paru-paru yang tidak dirawat sepenuhnya ialah kewujudan
nanah dibahagian paru-paru, kebocoran paru-paru, Sindrom Distres Pernafasan
Akut dan akhirnya maut. Pesakit yang
berpotensi mengalami komplikasi tersebut ialah warga tua, kanak-kanak dan
pesakit yang mengalami masalah kesihatan lain.
Contohnya, pesakit yang berkemungkinan masuk hospital kerana penyakit
jantung tetapi kemudian mengalami pneumonia lalu meninggal dunia kerana badan
mereka sedia ada lemah’ – DR MOHAMMED FAUZI ABDUL RANI
Bagi mengelak komplikasi penyakit
yang serius, pesakit perlu segera berjumpa Doktor jika demam dan batuk
berpanjangan atau jika masih belum pulih walaupun mengambil ubat dari
klinik. Rawatan pantas perlu diberikan
jika pesakit mengalami kesukaran bernafas dan gejala yang teruk.
GEJALA
Biasanya bermula dengan jangkitan kuman di bahagian atas kerongkong dan jangkitan ini akan turun kebawah ke bahagian paru-paru.
Jangkitan bakteria pula biasanya bermula dari tekak ke hidung manakala virus pula akibat pesakit terdedah pada jangkitan virus dari udara atau sentuhan.
Antara tanda-tandanya ialah:
- Batuk berkahak
- Demam
- Menggeletar
- Semput
- Sakit Dada
- Kesukaran Bernafas
- Warga tua akan mengalami delirium (racauan)
- Kanak-kanak 12thn ke bawah selalunya mengalami demam, batuk, kesukaran bernafas
LANGKAH PENCEGAHAN PNEUMONIA
- Vaksinasi seperti Vaksin Influenza A dan B
- Vaksinasi kuman Influenza Hemofelus dan Pneumonia Streptokokus
- Berhenti Merokok
- Kurangkan kadar pencemaran di dalam rumah
- Basuh Tangan
- Tutup mulut ketika Batuk
- Menggunakan topeng pernafasan
- Rawat penyakit seperti HIV dan Diabetes
- Pastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi
- Susu ibu untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke bawah boleh mengurangkan risiko
- Amalkan penjagaan kesihatan mulut terutama warga tua
RAWATAN
Kebanyakan pesakit, rawatannya
ialah mengambil Oral Antibiotik, rehat yang mencukupi, analgesia dan air yang
cukup. Namun bagi mereka yang mempunyai
masalah kesihatan yang lain, berumur atau sukar bernafas mereka memerlukan
rawatan di Hospital dengan segera (antibiotic melalui intravena, terapi oksigen
dan air yang mencukupi serta mengubati sistem organ lain yang terjejas).
Melalui rawatan yang sesuai,
pesakit akan pulih tiga hingga 6 hari tetapi ada keadaan yang berlarutan selama
berminggu-minggu untuk hilang sepenuhnya.
Warga Tua atau pesakit yang
mengalami masalah paru-paru selalunya mengambil masa 3 bulan untuk pulih
seperti biasa.
Sumber: Fokus sihat, 05.01.14
No comments:
Post a Comment