Sunday, May 17, 2015

10 Makanan yang Baik untuk Jantung

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.





Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1. Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3. Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4. Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5. Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond 

6. Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7. Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8. Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9. Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10. Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.


Tips Semasa Pembelian Makanan
  • Pilih makanan yang dilabel dengan ‘rendah lemak’, ‘ rendah garam’, ‘kurang lemak’, ‘ tanpa lemak’, ‘bebas lemak trans’ dan sebagainya. Contohnya : susu rendah lemak, susu skim, yogurt rendah lemak, yogurt tanpa lemak, keju kurang lemak, light mayonis dan sebagainya.
  • Susu rendah lemak dan susu skim adalah disarankan untuk orang dewasa yang ingin mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet mereka. Pengambilan susu adalah digalakkan kerana susu merupakan sumber kalsium yang baik yang penting untuk kesihatan tulang. 
  • Pilih marjerin lembut dan bukan marjerin keras.
  • Pilih daging tanpa lemak dan bukan daging berlemak.
  • Pengambilan makanan segar adalah digalakkan. Elakkan makanan terproses dan diawet, makanan dalam tin dan makanan segera kerana makanan ini tinggi dalam kandungan garam. Pilih makanan yang rendah garam.
  • Pilih produk mil-penuh (wholegrain) di mana kandungan seratnya lebih tinggi seperti cereal dan oat tinggi serat. Ambil sekurang-kurangnya 1 hidangan produk mil-penuh dalam sehari.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi, di mana boleh diambil sebagai snek untuk meningkatkan pengambilan serat harian. Saranan pengambilan adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan dalam sehari.

info: hspkpyu.moh.gov.my 

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...