Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Friday, December 31, 2010
Tahun Baru...Rumah Baru..Tempat Baru...
spt tajuk kat atas..ya..kami sekeluarga akan berpindah ke Bertam/Sungai Petani..InsyaAllah hujung bln 1 balik KD untuk angkut barang...Bulan 2 start dok rumah baru...rumah baru???blom tau lagi kat mana..rumah sewa la nampaknya kan...hihi..tgh survey area bertam & SPS..
so....ibu pun leh la start cari kerja kan????hihi..
pada kawan2 semua ..SELAMAT TAHUN BARU YE..blom berkesempatan nak update blog mcm dolu2..sgt2 bz..hukhuk
Tuesday, December 28, 2010
Rahsia semakin hari semakin sayang
Laporan khas ini mendedahkan mengenai punca-punca perceraian termasuk suami isteri curang, pengaruh laman sosial di Internet dan jahil agama.
Namun, cukup mengkagumkan apabila ada kalangan pasangan yang mampu mempertahankan ikatan suci mereka hingga mencecah lebih 20 tahun dan terus kekal bahagia.
Sebenarnya, setiap pasangan mampu melakukan begitu asalkan mereka memahami tanggungjawab masing-masing.
Antara tips yang perlu diketahui ialah dengan memahami bahawa keluarga adalah amanah Allah di samping memantapkan diri dengan ilmu agama serta melakukan persediaan rohani, fizikal dan mental untuk hidup berumah tangga.
Bagi pasangan Azmi Abdul Malek, 51, dan Siti Zabidah Setia, 51, suami isteri seharusnya sentiasa berikhtiar untuk melakukan sesuatu yang terbaik agar Allah memberi ganjaran dan rumah tangga sentiasa dirahmati.
Menceritakan kisah rumah tangga mereka, kedua-duanya melangsungkan perkahwinan pada 1982 selepas tiga tahun berkenalan ketika menuntut di Universiti Malaya.
Bagi pasangan 'cinta kampus' ini, mengekalkan hubungan selama 28 tahun bukanlah sesuatu yang mudah khususnya dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan.
Ketika melalui fasa 'permulaan' itu, mereka berdua sering dihimpit masalah kerana terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga yang semakin bertambah bagi membesarkan lima anak yang masih kecil.
Ketika itulah kedua-duanya membuktikan diri masing-masing sebagai pasangan yang bertanggungjawab dengan banyak bersabar serta tidak memperbesar-besarkan perselisihan faham yang sering timbul antara mereka.
"Petuanya ialah kena banyak bersabar, bertenang dan paling penting ialah bertolak ansur.
"Selain itu, banyakkan muhasabah diri dan jadikan anak-anak sebagai pengikat kasih sayang" kata Azmi yang bertugas sebagai Ketua Komunikasi Korporat, Kementerian Sumber Manusia.
Berkat kesabaran dan tolak ansur tersebut, lima anak Azmi dan Zabidah iaitu tiga lelaki dan dua perempuan berusia 13 hingga 26 tahun kini telah berjaya dalam bidang masing-masing yang mana empat daripadanya adalah lulusan ijazah.
Namun dalam usia perkahwinan yang semakin meningkat, Azmi mengakui, perasaan malu untuk berlaku romantik terhadap isteri seperti ketika 'zaman bercinta' mula timbul disebabkan anak-anak sudah dewasa.
"Masa mula kahwin dulu jalan berpegangan tangan tetapi sekarang kurang sikit sebab malu dengan anak-anak, tapi saya tetap berpegangan tangan atau peluk pinggang isteri apabila menyeberangi jalan ketika anak-anak tidak ada di sisi kami.
"Malah kalau nak tidur saya sering bisikan kepada isteri yang saya sayangkan dia dan bila balik daripada berjalan jauh saya cium pipi isteri," katanya yang mengakui amalan itu adalah antara faktor kebahagiaan rumah tangganya.
Sebagai seorang yang sudah 'lali' dengan asam garam perkahwinan, Azmi sering menasihatkan anak-anaknya dan pasangan muda lain agar sentiasa bersikap jujur dengan pasangan.
"Selain itu jangan tinggal solat lima waktu dan sering solat malam serta berdoa kepada Allah supaya kurniakan kebaikan rumah tangga.
"Walaupun gaya hidup manusia sentiasa berubah mengikut teknologi tapi kita mesti kawal dan disiplinkan diri mengikut ajaran agama Islam kerana kehidupan dunia hanya sementara semua itu adalah ujian daripada Allah," katanya.
- UTUSAN -
Wednesday, December 8, 2010
home sweet home
sebulan lebih tinggalkan rumah...hari ni adalah hari utk mengemas segala habuk2 yang ada...huhu
sabtu kembali ke perlis...aduhh..bila la en.hubby nak dpt surat transfer ni...lagi cepat lagi bagus kan..
****thinking***:
Friday, December 3, 2010
Thursday, December 2, 2010
Gerak Alih Si Manja
BARU LAHIR | Postur badan adalah seperti mana bayi yang baru lahir. Akan memalingkan kepala ke arah dia suka tidak kira dibaring atas perut atau belakangnya dan dia akan melenturtegangkan tangan dan kakinya. |
4 MINGGU | Otot-otot leher masih belum cukup kuat. Kepalanya akan melentuk jika tidak disangga. Jika ditiarap, akan mengangkat dagu untuk beberapa saat, jika didudukkan akan mengangkat kepala buat seketika. |
6 MINGGU | Boleh mengangkat kepala 45 darjah dari katil. Apabila didudukkan kepalanya kurang terlentuk. Lutut dan punggung menjadi lebih kuat dan tidak begitu lembut. |
8 MINGGU | Boleh menegakkan kepalanya ketika dia berdiri atau duduk, atau ketika tertiarap tetapi tidak lama. Jika tertiarap boleh menegakkan kepala selari dengan badan |
12 MINGGU | Apabila tertiarap, sudah boleh menegakkan kepalanya sentiasa. Apabila didudukkan atau disangga kepalanya tidak akan terlentuk. |
16 MINGGU | Simanja suka duduk dan memandang sekitarnya tapi kepala masih perlu di sangga.Simanja boleh menegakkan kepalanya walaupun masih bergoyang . Jika berbaring simanja boleh memandang tepat ke arah anda. |
20 MINGGU | Simanja dapat mengawal sepenuh kepalanya. Walaupun ditarik kedudukan duduk kepalanya tidak terlentuk. |
24 MINGGU | Otot simanja telah menjadi kuat dan boleh meletakkan sebahagian berat badannya di lengan bawah. Boleh menghulurkan tangan nya untuk diangkat.Boleh duduk diatas kerusi selama beberapa minit apabila disangga. |
28 MINGGU | Simanja sudah boleh menampung berat badanya dengan sebelah tangan ketika meniarap.Simanja juga boleh duduk tanpa disangga.Boleh mengangkat kepalanya apabila berbaring. |
32 MINGGU | Simanja cuba bergerak.Dia akan meregangkan tangan untuk mencapai mainan.Dia akan mengoyangkan badan kehadapan dan ke belakang.Jika anda memgang kedua belah tangannya simanja akan melompat. |
Hytex Warehouse Sale kembali...
2 – 11 December 2010 : Hytex Warehouse Sale
2 to 11 December 2010
Hytex Warehouse Sale
From RM1
10 Days Only
Brands Offered
Tenderly
Issue
Disney
Looney Tunes
Winnie the Pooh
Time
Mon – Thurs: 10am – 7pm
Fri – Sun: 10am – 8pm
Location
Dewan Serbaguna
MPS Taman Ehsan
Jalan E3/13
Kepong
STOP TAKAFUL SEBAB AMIK DAH LAMA TAK PERNAH CLAIM, RUGI .
[ STOP TAKAFUL SEBAB AMIK DAH LAMA TAK PERNAH CLAIM, RUGI ] . . Sekiranya anda masih mempunyai mindset atau pemikiran yang macam terhadap t...

-
ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
Assalamualaikum... Pernah tak mummy alami masalah bayi bawah 2 tahun sembelit? Sembelit ni biasanya terjadi sebab bayi anda k...