Saturday, November 13, 2010

Banjir

Alhamdulillah..kini banjir dah pun reda..syukur sgt2...apa2 pun terpaksa kita semua terima ujian & dugaan dariNya dengan redha dan hati yang lapang...ada hikmah disebalik setiap kejadian...

kampung ibu pun alami banjir yang dashyat...selama ni..hampir 30thn (oppsssss semakin berumur la' huhu)...belum pernah alami banjir yang mcm ni teruk..semua penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke kwsan lebih selamat..syukur alhamdulillah rumah kami selamat dari dinaiki air..mungkin sebab tinggi...yang pasti boleh dok dlm rumah je lah..buka pintu rumah keliling penuh dengan air...hari ke-2 banjir..mkn nasi berlaukkan ikan haruan kering..nyum2 (menurut emak la.)

disaat banjir yang melanda kampung..ibu dah otw nak balik kampung..disebabkan jalan penuh air..malam 1hb tu..ibu, abah & HI terpaksa bermalam di Yan, Kedah..rumah SIL..ptg 2hb baru la ibu bertolak balik ke kampung..

Terima kasih kepada blog Omaq untuk gambar-gambar banjir di Perlis yang tertera di bawah ini...dan byk lagi kat blog Omaq ni..

gambar banjir perlis kedah 1

Banjir kawasan Arau… dekat dengan masjid Negeri Arau

gambar banjir perlis kedah 2

Rumah dekat simpang Arau Gial dekat simpang taman bersatu

gambar banjir perlis kedah 3

Banjir di Repoh

gambar banjir perlis kedah 4

Taman Rekreasi Tasik Melati

gambar banjir perlis kedah 5

Ni daratan ke lautan? - Kawasan sawah...habis semua..:(

gambar banjir perlis kedah 6

Kawasan Sekolah Jaafar Hassan penempatan banjir (inilah dia sekolah ku..)

gambar banjir perlis kedah 7

Sekolah Santan yang dilanda banjir


Highway


KANGAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Perlis meningkat dengan sehingga petang ini seramai 1,096 mangsa dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis. Kebanyakan mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Datuk Jaafar Hassan iaitu seramai 386 orang, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (383), Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi (112), Maktab Rendah Sains Mara Beseri (69) dan Dewan Sivik Arau (60). Lain-lain pusat menempatkan antara tujuh hingga 30 mangsa sehingga pukul 5.30 petang. Hujan masih berterusan di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Bertangkup, Ali Ismail, berkata lima buah kampung telah dilanda banjir sejak petang Sabtu lalu iaitu Kampung Sungai Buluh, Kampung Batu Bertangkup, Kampung Padang Melaka, Kampung Baru Panggas dan Kampung Guar Medan Gatal. Mangsa di lima kampung ini mula dipindahkan pada 4.00 pagi tadi apabila paras air di dua batang sungai ialau Sungai Buluh dan Sungai Batu Bertangkup mula melimpahi tebing.

“Penduduk diarahkan keluar dari rumah masing-masing berikutan jalan ke kampung-kampung tersebut telah dinaiki air di paras pinggang,” katanya. Ali berkata, 10 kenderaan pacuan empat roda dari Kelab Pacuan Empat Roda Perlis membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam menggunakan bot memindahkan mangsa banjir.

JKM turut menyalurkan bantuan berupa tikar, selimut dan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan. Seorang warga emas, Rokiah Awang, 70, dari Kampung Batu Bertangkup terpaksa didukung bagi menyelamatkan diri setelah rumahnya yang didiami bersama seorang anak lelaki dan seorang cucu lelaki dinaiki air awal pagi. “Air di rumah makcik naik paras dada, habis semua kelengkapan rumah seperti perabot ditenggelami air, ” katanya.


Sumber: Berita Harian

Tuesday, November 2, 2010

sekadar renungan bersama...



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Al-Baqarah : 286

Monday, November 1, 2010

My Dear Warehouse Part4





My Dear Warehouse Part3

ermm...nak story ckit...

nasib baik pegi jumaat pagi...org pagi tu mmg x ramai pun..lagipun ibu terpaksa bawa baby sekali so mmg decide pegi pagi la...

brg mmg byk..best sgt..niat nak cari walker je even xde warehouse sale ni..mmg nak cari pun...luckly ada plak sale....jimat duit kan...hehe

ni beberapa item yg sempat ibu survey....

walker w music RM40
walker w/out music RM30
walker RM20

(ibu beli yang sekali gn rocker 20014-015 - RM84)

stroller/buggy 3 tayar RM170
bouncer RM48
mosquito net RM10
Mainan from RM10 - RM45 (ada lagi yang mahal tp best)

Baju: Disney semua flat price RM15 (even yg sepasang)

Carters rompers RM15 - beraloi2 (ada yang RM10 tp better beli kat tenet lagi murah' 5 psg baru RM34....hahaha)

My Dear mama bag backpack RM30 - RM65

stroller+carrier travel combo priced at RM497
bouncer 19040 RM155
infant bed 02608 RM280.00
bath tub 03729 RM52.00
bedding set 02514 73.90 RM48.00
bedding at 02597 39.90 RM10.00

dan byk lagi...xsempa nak tgk...si kecik ngamuk...huhu


My Dear Warehouse Sale Part2










November @ Hometown (perlis)

~ AutoPublish~
sbln en.yusmawi outstation kat bertam, penang...nak ikut sekali ramai pulak geng2 dia..malas ar..so ibu decide balik kg jer...dekat gn perlis kan..lagipun dah nak raya haji.....

tahun ni..buat aqiqah utk muhammad hadif irsyad..pada kawan2 yang tinggal kat perlis jemput la datang ke rumah pada hari raya pertama...boleh contact fiza kalau nak alamat ye...:)

disaat entry ini di publish..myb kitaorg sekeluarga dah pun berangkat menuju ke destinasi...InsyaAllah bermalam kat penang..nak pekena pasemboq penang...dah lama xrasa..sedap lagi ke??huhu

esok pagi2 baru la ibu bergerak ke perlis gn HI jer...huhuhu

semoga perjalanan kami dipermudahkan & selamat sampai ke destinasi...Amin

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...