Thursday, September 30, 2010

New Carter's Romper

smlm ibu online shopping..dah lama gatai tangan nak klik2..(skrg byk shopping brg anak je' huhu)

ibu beli kat CuteBaby Collections

## kalau sape2 jumpa yang best2 lagi leh inform ibu ye...:)

nak dijadikan cerita..ibu nak beli yang 9m punya tapi dah sold out...so pk punya pk last2 ibu decide amik yang 12m punya sbb ibu refer dianyer size kat carters.com

dah lama nak beli..buat pakai kat rumah..dah xde baju dah..makin hari anak ibu makin membesar kan..


pic ni amik dr cute baby FB
* ibu beli yang 12M(J)



**taraaaaaa...ni la dia

ingatkan besar..rupa2nya ngam2 gn hadif irsyad..huhu

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Me

New iPhone!!


buka je blog mlm nie..tgk iklan Nuffnang..ada pic iPhone 4G..yes!menang besar..Alhamdulillah rezeki lepas raya.. sekali baca kena join contest la...hahaha...ingatkan dah menang..

........................

maklum la selama ni pakai hphone nokia pesen lama daaa...

................

sambil taip entry nie tiba-tiba hphone Nokia berubah wajah jadi iPhone 4G..siap ada lambang DiGi lagi..biar btol???..salah tengok ke??belek lagi sekali...terus gelak sendiri...
berangan tak sudah2..

.........

tengok lagi...masih terbayang iPhone 4G yang cun tue..huhu



sesape nak join contest ni leh la cuba nasib ye...mana tau

http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/09/24/digi-iphone-4-the-win/



Friday, September 24, 2010

Pengasuh sibuk memasak..bayi 3bulan maut tercekik susu!!!

sedehnya ibu dengar tajuk berita kat TV3 sebentar tadi...

Bayi tiga bulan maut tercekik botol susu di Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan menemui ajal dipercayai akibat tercekik botol susu yang diberikan pengasuhnya di sini Selasa lalu.

Selepas diberikan susu, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.


Bapa bayi berkenaan Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata pada hari itu, isterinya Haney Usmiza Abdul Hamid, 30, seperti biasa menghantar bayi mereka kepada pengasuh pada jam 8 pagi sebelum pergi kerja.


"Farisha baru saja sembuh daripada selesema dan isteri saya sudah memaklumkan perkara itu kepada pengasuh berkenaan. Kemudian kira-kira 10.30 pagi, isteri saya menerima panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak kami tidak sedarkan diri.


"Isteri saya bergegas ke rumah pengasuh tetapi dimaklumkan jiran pengasuh itu, bayi saya sudah dibawa ke Hospital Putrajaya. Di unit kecemasan, isteri saya dimaklumkan bayi kami sudah meninggal dunia," katanya.


Mohd Fairuz berkata Farisha adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan dihantar untuk dijaga pengasuh berkenaan sebaik isterinya habis pantang selepas bersalin.


Menurutnya, beliau difahamkan bahawa pengasuh berkenaan mempunyai sijil latihan dan lesen untuk mengasuh kanak-kanak serta dipantau sebulan sekali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.


Selain Farisha, pengasuh berkenaan yang mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam penjagaan kanak-kanak, turut menjaga lima kanak-kanak lagi.


Fairuz berkata beliau menganggap kejadian berkenaan sebagai takdir dan belum bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu.


"Pengasuh itu juga sudah memohon maaf. Namun saya berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan semua pengasuh perlu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.


Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Mohd Khairun Aseh yang turut mengunjungi keluarga mangsa hari ini berkata, pihak bertanggungjawab perlu bertindak tegas dalam perkara berkenaan dengan memastikan semua pengasuh sama ada pengasuh di rumah atau Taska diberikan latihan sepatutnya untuk mengelakkan lebih banyak kejadian yang sama berlaku.- Bernama

http://www.hmetro.com.my/

Thursday, September 23, 2010

Abah..pulang la..Hadif Rindu...

tajuk menikam kalbu...hahaa...
dah hampir seminggu Mr Hubby o/station @ Kedah...ketara sgt perubahan HI bila tiada Abahnya disisi mlm2..kuat merap & susah nak tido..paling awal kul 12mlm baru nak tido...

sabar ye sayang..nanti Abah pulang...leh lepas rindu..ibu pun rindu/sedeh & mcm2 lagi yang dirasa...hukhuk

hari ni gi inject 5bln..berat xnaik byk pun..7.7kg..Alhamdulillah baru je baik dr demam+batuk+selsema yang dpt dr kg (hari raya yang lalu)..

# skrg HI dah pandai pusing2..buas btol dia tido..kdg2 tu kaki dekat lubang hidung ibu...hahaha
# dah leh mengiring kiri kanan...
# dah leh menerap tp belah kanan je dulu... (tp dia sgt la segan nak menerap...sekali sehari je..kdg2 tak..nape ek??..mula2 dulu je dia xcited - awal sept)
# dah dok mengangkat punggung
# sgt suka ketawa
# suka menonton TV (maklum la hari2 depan TV)
# suka tgk org mkn...(sabar ye sayang..dah xlama dah)



** biarpun byk org ckp anak ibu lambat serba serbi....tp ibu setia menanti..biar lambat asal selamat ye sayang...........ummmmuuuaapppphhhhhhhhh

Saturday, September 18, 2010

Hubby outstation @ K.Muda

hari ni abah ada keja di luar KL (k.Muda, Kedah) utk beberapa hari..myb 4-5 hari...huhuhu
pertama kali berjauhan sejak ada Hadif Irsyad...mesti HI rindu tunggu abah balik keja setiap petang..apatah lagi ibu...sayu je hati hantar abah depan pintu pagi tadi...hukhuk

semoga perjalanan abah selamat sampai ke destinasi..baik2 keja ye...nanti pulang dengan selamat & jgn lupa buah tgn tau...hihihi..

Friday, September 17, 2010

My Sweet Home

Syukur ALhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke kota damansara dengan selamatnya..perjalanan pun xde la jem sgt...bertolak lepas zohor pukul 8mlm dah sampai rumah...

dah penat sgt..hari ni baru nak mengemas...

Thursday, September 16, 2010

16 Sept Cuti Umum Penuh Makna Bagi Semua

Oleh Nur Adika Bujang

KOTA KINABALU, Sept 14 (Bernama) -- Sehingga tahun lepas 16 Sept, tanggal kelahiran Malaysia, merupakan cuti umum bagi penduduk Sabah dan Sarawak sahaja.

Lagipun, di Sabah tarikh itu tidak meraikan hari penubuhan Malaysia secara langsung sebaliknya ia diraikan sebagai harijadi rasmi Yang Dipertua Negeri dengan acara perbarisan dan pengurniaan pingat di Istana Negeri.

Dan tidak ramai yang menyedari bahawa sambutan harijadi Yang Dipertua Negeri ini bertujuan memperakui penyatuan Sabah dalam gagasan Malaysia bersama Malaya dan Sarawak.

Tetapi semua itu berubah Oktober lepas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa cuti umum pada 16 Sept akan dilanjutkan kepada Semenanjung dengan tarikh itu diraikan sebagai Hari Malaysia bermula tahun ini.

Najib berpendapat cuti itu adalah selaras dengan semangat 1Malaysia untuk menjalin perpaduan di kalangan pelbagai kaum, termasuk memperkukuh integrasi nasional antara rakyat di Semenanjung, dan mereka di Sabah dan Sarawak.

SABAH TUAN RUMAH SAMBUTAN JULUNG KALI

Adalah rasional sekiranya sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kali, diadakan sama ada di Sabah atau Sarawak.

Malahan tempat yang paling sesuai untuk sambutan itu adalah tidak lain di Padang Merdeka di Sabah, tempat bersejarah di mana Hari Malaysia diisytiharkan pada 47 tahun yang lepas.

Di tempat itu jugalah di Kota Kinabalu, dulunya dikenali sebagai Jesselton, bermulanya di mana Ketua Menteri Sabah yang pertama Tun Fuad Stephens membuat pengisytiharan pembentukan gagasan Malaysia pada 16 Sept, 1963. Tun Mustapha Harun menjadi pemimpin pertama Sabah.

Selepas Sabah, pengerusi bersama penganjur sambutan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum, berpendapat adalah adil jika sambutan Hari Malaysia tahun depan diadakan pula di Sarawak sebagaimana signifikasi Sabah dalam gagasan Malaysia.

Masidi berkata, sambutan itu yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan digunakan sebagai platform untuk mendidik orang ramai terutama generasi muda, mengenai pembentukan Malaysia dan perbezaan antara tarikh 16 Sept dan 31 Ogos (Hari Kemerdekaan), menerusi pameran oleh Arkib Negara dan negeri serta muzium.

Walaupun gagasan Malaysia dibentuk pada 1963, masih ramai sama ada di Semenanjung atau Malaysia Timur masih tidak memahami bagaimana ia terbentuk.

Membawa tema "Menjana Transformasi" sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menggalakkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik dan cekap, kami juga berharap sambutan peringkat kebangsaan ini akan dapat mengubah minda orang ramai agar mereka lebih menghargai negara ini di samping membina semangat berpasukan dan perpaduan, katanya.

Masidi juga berkata, sambutan itu juga boleh mengingatkan orang ramai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bahawa mereka adalah sama di bawah satu gagasan.

MENGIKTIRAF SABAH DAN SARAWAK

Mohamed Nazim Maduarin, 30, berkata langkah kerajaan mengisytiharkan 16 Sept sebagai cuti umum bagi seluruh negara kena pada tempatnya kerana tidak ramai warga Malaysia sedar akan pentingnya tanggal itu dalam sejarah negara.

Peguam daripada masyarakat Bajau ini memberitahu Bernama dengan meraikan Hari Malaysia, penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak bukan sahaja dapat memperingati tarikh kelahiran Malaysia tetapi juga dapat menghargai konsep Malaysia itu sendiri.

Turut bersetuju dengan Mohamed Nazim, Pengurus Komunikasi dan Kawalan Mutu Shanti Doraisingam, 37, berkata langkah itu mengingatkan rakyat yang Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada Malaysia.

"Semua ingat Semenanjung mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos, sementara Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 Sept.

"Jika Sabah dan Sarawak sahaja yang bercuti pada 16 Sept, ia bagaikan kedua-dua negeri itu bukan sebahagian daripada Malaysia," kata beliau.

Shanti, darah kacukan India-Cina, berkata ia juga menunjukkan perdana menteri menepati janjinya untuk menyatukan rakyat dan langkah mengisytiharkan 16 Sept sebagai cuti seluruh negara membayangkan semangat sebenar 1Malaysia.

"Saya harap tiada lagi jurang antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak," tambah beliau.

CUTI UMUM SUMBANG KEPADA EKONOMI

Sementara itu, Lam Chee Wah, 36, pemilik bersama Fook Yuen, sebuah kedai kopi popular di Kota Kinabalu, berkata satu lagi cuti umum bermakna perniagaan baik baginya.

"Apabila penduduk mempunyai masa untuk diluangkan, mereka boleh beristirehat atau rakan-rakan dari Semenanjung boleh menghabiskan cuti di sini.

"Mereka boleh nikmati cara hidup di Sabah, yang mewakili cara hidup di Malaysia di mana sehinggakan di kedai-kedai kopi milik bukan Islam pun orang Melayu boleh dilihat duduk bersama rakan-rakan Cina atau Kadazan menikmati teh tarik dan roti bakar," kata beliau.

Lam berkata tahap penerimaan di kalangan penduduk Sabah adalah sangat tinggi sehinggakan seorang umat Islam sanggup membeli minuman dalam tin di restoran bukan halal hanya untuk berbual dengan rakan-rakan bukan Islam.

"Banyak restoran bukan Islam di sini berusaha memenuhi citarasa pelanggan Islam, khasnya mereka dari Semenanjung yang mencari kedai-kedai makan bersijil halal," tambah beliau.

Lam berkata kedai kopi beliau kelihatan seperti kedai kopi bukan halal lazim kerana nama Cina padanya, tetapi ia tetap popular di kalangan umat Islam kerana ia tidak menghidangkan daging babi.

Sekarang, kedai kopi itu mempunyai persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan satu paparan LED yang besar dengan logo halal JAKIM dalam kedai itu memberi jaminan kepada masyarakat Islam akan makanan halal dan khidmat pada harga berpatutan di Fook Yuen, katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, September 15, 2010

cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun

Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

- Bernama

*** ibu bukanlah staff gov
*** pada yang menganggur..lambat la nak dpt masuk keje gov...
***
ibu dikira penganggur gak kan???tp ibu berhenti keje sebab HI..insyaAllah lps ni ibu nak keja semula...alah..keje byk je yang penting jgn memilih/mengharapkan gov semata2

Didik anak sambut Ramadan, Aidilfitri bertunjangkan syariat

Oleh Khairunneezam Mohd Noor
Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

AIDILFITRI hari umat Islam menikmati rahmat kegembiraan dan kebahagiaan lantaran banyaknya anugerah Allah dikecapi sepanjang Ramadan kepada semua hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika Aidilfitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah SWT.”

Tidak dapat dinafikan kanak-kanak adalah golongan paling seronok apabila menjelang Aidilfitri saban tahun. Bagi kanak-kanak yang berlatih berpuasa pada Ramadan, hari raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah menjadi salah satu tunjang Rukun Islam.

Ditambah lagi, budaya menyambut hari raya di Malaysia cukup meriah, menyemarakkan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak. Pada hari itu mereka akan berpeluang memakai baju serba baru, makan pelbagai juadah istimewa, mengutip angpau berisi dan menonton rancangan hari raya.
Tidak ada salah dan silapnya untuk kanak-kanak merasai keseronokan sebegini sepanjang sambutan hari raya. Namun, mereka perlu dibimbing dan difahamkan konsep ‘wasadtiah’ atau bersederhana menyambut Aidilfitri mengikut lunas Islam.

Selama sebelas bulan manusia bergelumang dengan tuntutan keduniaan dan kehendak nafsu, selama itu jugalah fitrah asal manusia sudah tercemar. Maka, dengan izin Allah, manusia dikurniakan ruang terbaik pada Ramadan untuk berpuasa dan melaksanakan amalan menguatkan serta menyucikan semula fitrahnya.

Dari perspektif Islam, sambutan Aidilfitri bermaksud hari yang disambut sebagai tanda kejayaan dalam mengembalikan fitrah seseorang hamba Allah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembalikan fitrah yang suci pada hari raya tidak sepatutnya disulam dengan unsur negatif. Contohnya, boros berbelanja pakaian, terlalu leka menonton hiburan di televisyen, makan terlalu banyak dan membazir, lalai melaksanakan solat dan bermain mercun.
Kanak-kanak perlu diasuh meneruskan kesinambungan amal ibadah yang bersifat khusus atau umum dilaksanakan sepanjang Ramadan pada bulan berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal serta puasa sunat Isnin dan Khamis.

Begitu amalan qiamullail yang diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan perspektif sains. Bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah perlu digalakkan. Ajarkan kanak-kanak memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami maksudnya, berzikir dan berdoa.

Amalan khusus seperti ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak yang ikhlas untuk beribadah, sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya.

Ibadah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) yang sukar untuk ditemui pada bulan lain seperti solat sunat Aidilfitri dan bertakbir juga perlu diterapkan sebagai ‘istimewa’ buat anak-anak kerana kedua-dua ibadah sunat ini menjadi simbolik sifat kesyukuran dan kekuatan umat Islam melaksanakan ibadah wajib berpuasa sepanjang Ramadan.

Pentingnya galakan menunaikan solat sunat hari raya dinyatakan Imam Al-Bukhari dalam riwayat hadis Ummu `Athiyah, beliau berkata: “Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat sunat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin.”

Begitu juga tuntutan bertakbir dan bertahmid mengagungkan kebesaran Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu supaya kamu menjadi orang yang bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan mulia lain seperti menziarahi pusara sanak saudara dan menghadiahkan mereka bacaan ayat suci al-Quran, menyertai perkumpulan marhaban, menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat berbelanja, bersedekah, bantu-membantu orang yang tidak berkemampuan, hormat kepada orang tua, adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak.

Tujuannya supaya mereka faham konsep ‘amal makruf, nahi mungkar’ iaitu memperbanyakkan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan dilarang.

Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang Ramadan tidak akan bermakna jika ibu bapa atau penjaga tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan mereka meraikan Aidilfitri.

Bersederhana dan wujudkan suatu anjakan paradigma untuk beramal ibadah bertunjangkan syariat Islam semasa menyambut hari lebaran ini.

Didikan tepat akan mengubah tanggapan anak-anak yang selama ini menyatukan makna Aidilfitri dengan duit raya, mercun dan bunga api semata-mata kepada terbitnya kemanisan iman serta rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Ilahi.

- BERITA HARIAN

Google Instant lebih pantas


Enjin pencari Google Inc kini lebih pantas apabila mempamerkan keputusan carian sebelum pengguna habis menaip.

Teknologi baru digelar ‘Google Instant’, berupaya memproses dua saat hingga lima saat lebih pantas setiap carian Internet, kata Google sambil menambah ia akan menarik lebih ramai pengguna membuat lebih banyak carian pada laman web.
Dengan peningkatan persaingan daripada peserta Internet lain seperti Microsoft Corp, Yahoo Inc dan Facebook, teknologi itu memberikan Google kelebihan kepada pelayar web dan pengiklan dalam talian.

“Bagi kami belum ada sesiapa menyediakan ‘search-as-you-type’ kepada pengguna,” kata Marissa Mayer, Naib Presiden Penyelidikan dan Pengalaman pengguna Google di Museum of Modern Art San Francisco, Rabu lalu.

Sewaktu pembentangan mendedahkan Google Instant, Mayer mengandaikan teknologi baru itu seperti stering berkuasa pada kereta.

“Sejurus anda biasa dengannya, amat sukar untuk berpatah balik,” kata Mayer.
Teknologi itu kini sudah diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) sejak Rabu lalu, bererti enjin carian Google boleh melayan ramalan cuaca tempatan sejurus pengguna menaip huruf ‘W’ di kotak carian.

Sekiranya pengguna menaip perkataan ‘weather’ di dalam kotak carian, keputusan pada muka enjin carian dengan serta merta akan membuka semula dan menukar keputusan sewajarnya.

Google sebelum ini menawarkan satu ciri yang mencadangkan pertanyaan carian popular sewaktu pengguna menaip perkataan dalam kotak carian, tetapi ciri baru ini memberikan keputusan dengan lebih pantas lagi.

Penganalisis berkata, teknologi baru itu boleh membantu Google, enjin carian nombor satu dunia, meningkatkan penguasaan pasaran.

Penganalisis di Stifel Nicolaus, Jordan Rohan berpendapat Google Instant berpotensi merubah penggunaan Internet pada masa depan.

– Reuters

Tuesday, September 14, 2010

Raya & Demam

Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari ke 5 kita semua menyambut aidilfitri...semoga lebaran tahun ini memberi sinar bahagia buat semua...

yang tak bestnya...sampai je kampung..mak sedara HI selsema..seboleh2nya ibu x nak HI berjangkit...tp apa nak buat kan...akhirnya berjangkit juga...dgn ibu sekali kena selsema..sib baik jugak la HI xde la teruk sgt..yang teruknya ibu...

disebabkan demam + selsema..Abah malas nak bawa gi beraya...dok rumah je lah...

nak layan pic..lambat lagi kot..xbawa balik cable la...

sekarang kami sekeluarga beraya di kampung ibu di utara perlis...ikut jadual lusa baru nak balik tp En. Hubby nak balik awal sehari..malas nak bersesak2 nanti...so InsyaAllah awal pagi esok bertolak balik...

Tuesday, September 7, 2010

SALAM LEBARAN



KEPADA RAKAN2 YANG MENGENALI FIZA SECARA LANGSUNG @ TIDAK...FIZA & KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SALAM AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN

Jadual Aidilfitri 2010:

9hb pagi~ bertolak balik Jeli (Kg Batu Melintang)

12hb pagi ~ bertolak balik Ladang Tebu, Perlis (Kg Batu Bertangkup)

16hb pagi ~ bertolak balik ke Kota damansara

*** kpd rakan2 semoga selamat sampai ke destinasi ya.
***semoga perjalanan kita semua di permudahkan..Amin

Saturday, September 4, 2010

Shopping Raya

esok nak shopping raya...(PESANAN UTK EN. HUBBY)

venue:
Jusco mid valley megamall OR Jusco One Utama (plg best kat mid valley)
time:
pagi la
brg yang nak dibeli???:
disebabkan semua belum beli..ibu listkan kat sini dengan harapan En Hubby membacanya....hihi
~ blouse ibu
~ jeans ibu
~ kasut ibu
~ t-shirt/kemeja Abah
~ jeans Abah
~ baju HI (Abah dah janji nak beli more than 3pcs kan???)
~ kasut HI
~ mainan HI (xluak pun bonus Abah...:))

*****kalo sempat nak singgah jalan TAR jap ye...


#### JANGAN LUPA ESOK PETANG NAK SERVIS KERETA TAU!!!

Wednesday, September 1, 2010

Chicken Pox lagi

dah lama ibu tak update blog...ibu dah lama baik dari chicken pox cuma yang tinggal parut je lah..kat muka plak tue...huhuhu..x sanggup nak tgk muka sendiri...

sabtu lepas 29 Aug, ibu dah perasan ada biji2 kat ketiak Hadif Irsyad...OMG...xkan dia plak kot...Abah ckp ruam kot...ok lah kalo ruam kan..pahtu ibu bogelkan dia & belek2 1 badan..xde apa pun..tgk kat kepala..ada sebiji kat belakang telinga...

Ahad..gi beli brg dapur kat Giant KD..masa mandikan Hadif Irsyad pagi tu tak perasan lagi...bila dah siap semua masuk dlm keta baru perasan kat kepala hero ibu dah ada byk biji2 yang mcm chicken pox....huhuhu..ibu dah cuak..

balik ingatkan nak gi klinik...ibu ckp kat abah better kita cari klinik pakar kanak2..Abah on je lah kan..tp memandangkan hari dah petang n cuaca pun nampak mcm nak hujan Abah ajak balik dulu...

balik rmh..ibu dah perasan kat kepala mmg dah byk...risau2..

pagi isnin bangun pagi..tunggu tghari bawa hero ibu gi klinik pakar kanak2...check2 semua..DR ckp mmg sah chicken pox..cuma belum naik byk lagi..Alhamdulillah dia tak demam..

start isnin..mmg Hadif Irsyad dah start merap/nangis/garu2 telinga (gatal la tu)..sedehnya ibu tgk...ibu tau sayang...mmg gatal..

mlm2 mmg dia susah nak tido..asyik terjaga je...sepanjang 4bulan ibu jaga Hadif Irsyad baru hari nie ibu rasa sedeh/bergenang air mata tgk Hadif Irsyad gelisah/menangis..

selasa...mmg dah penuh 1 badan, kepala paling byk (leh nampak sbb rambut lom penuh kepala)...ubat demam DR bekalkan tp Hadif Irsyad tak demam..cuma kdg2 mlm je panas kepala dia..check suhu..xde la demam sgt..apa2 pun mmg kena pantau suhu dia..

ubat gatal pun DR bekalkan..tp DR nasihatkan jgn bagi kalau dia tak gelisah/mengamuk sgt...Alhamdulillah setakat hari nie ibu belum bagi lagi ubat tu...lagipun tak sesuai baby kurang setahun dengan ubat2 ni..DR sendiri ckp..kalau terpaksa je leh bagi..

cuma ibu guna ubat sapu je..sehari 4kali ibu sapukan ubat Antiviral Agent yang DR bekalkan..

Alhamdulillah hari ni ibu tgk mcm dah naik habis..tp xtau la kan..harap2 anak ibu cepat sembuh ye sayang..

semuanya sbb ibu kan..dlm dok berjaga2..1 minggu lebih ibu tak sentuh, tak susukan pun boleh berjangkit juga..

semoga anak ibu cepat sembuh tau...nak balik raya nie...baju raya utk Hadif Irsyad pun belum beli lagi..



SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...