Tuesday, August 31, 2010

Kempen 1 Blog 1 Bendera


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN
YANG KE 53..




jom sama2 kita kibarkan bendera...

Friday, August 27, 2010

4 bulan dah..

Alhamdulillah...Hadif Irsyad dah masuk 4bulan dah...kejap je masa berlalu...ibu masih ingat saat pertama kali menatap wajah mulus kesayangan ibu nie..thn ni sambut raya ber3..ibu sgt2 hepi

semoga Hadif Irsyad sihat..membesar dengan sempurna...jadi anak yang soleh & taat ye sayang..

nanti ibu update pic..

Sunday, August 22, 2010

seminggu berlalu...

waaaaaaaaa...mcm dah lama tak update blog...dah seminggu ibu kena chicken pox..besar2 plak tu..tang muka paling dasyat ( tak sukanya sbb dah nak raya)...huhuhu

kat muka dah kering..cuma tinggal PARUT je' huhuhu
kat bdn/tgn masih lom kering..blom boleh nak pegang Hadif Irsyad sgt2

genap la seminggu ibu berjauhan dari anak ibu...tido pun asing2..sedeh..sedeh...sob3

Alhamdulillah..dalam seminggu ni, mak dtg sini semata2 nak uruskan si kecik..tqvm to my mum...love u sooooooooo muchhhh

bila la dpt nak gomol2 si kecik tu..sepanjang minggu asyik merengek je..mungkin dia terasa ditinggalkan...

seminggu nie jugak lah dpt ajar Hadif Irsyad pengunaan botol sepenuhnya...Alhamdulillah dah xmcm dulu..

ermm...bila la nak baik...agaknya lagi seminggu nie...huhuhu

Sunday, August 15, 2010

Plz Help Me!!!

dah 2 hari ibu demam...so hari ni perasan ada biji2 naik kat badan..mcm bulat kecik & dlm tu air berbisa (kalo picit rasa air bisa tu pedih)..dah suspect campak!!!! huhuhu..dah risau dah...lps je buka puasa terus gi klinik..sah mmg kena virus infection & campak (chiken pox)...

fiza: mcm mn DR sbb saya direct BF baby..baru 3bln+..ada effect tak?

DR: mmg xleh BF baby kalo mcm ni..u kena bagi FM la..huhu

fiza: mslhnya sy BF je DR..kalo botol pun susu yang di pump/EBM..

DR: kena ajar dia FM ni..nanti u sakit susah plak..

(dlm hati..DR ni suka2 hati je suh bagi baby org susu tepung...huhu)

DR: jap saya try search maklumat
(DR pun xtau ke????)

jumpa la maklumat yang mengatakan boleh BF baby tp DR siap2 pesan kalo ada naik benda alah tu kat badan baby trus bawa gi klinik...
semoga anak ibu sihat & tak berjangkit gn ibu ye sayang....Hadif Irsyad kena kuat tau...

so..dia bagi ubat gatal makan & sapu dan ubat demam...

*** sebelum tarik pintu nak keluar DR tu siap pesan suh ibu ajar Hadif Irsyad minum FM..ibu dengar tak dengar je..huhuhu

######################

1- ibu dah start bagi EBM sejak mlm semalam...biasa lah dgn pengunaan botol..kdg tu bagi trus je dia isap..kdg dia main2 gak..so far Alhamdulillah..agaknya dia tau ibu dia x sihat..hehehe

2- tp tgh risau dgn breast yang membengkak sbb smlmam Hadif Irsyad tak direct BF..nak pumping pun risau gak..mcm mn ye???aduhhhh..pening

Selamat berhujung Minggu

hujung minggu yang memenatkan..sbb apa?dah 2 hari ibu demam..moga2 Hadif Irsyad tak ikut jejak ibu ye...sayang kena kuat tau...

hujung minggu la masa utk membeli keperluan dapur utk seminggu..disebabkan deman so Mr Hubby yang turun pasar @ uptown KD..

Thursday, August 12, 2010

1st step

2nd Ramadan:

~ hari ni Hadif Irsyad dah dpt mengiring ke kanan dgn sendirinya...chaiyok2..xsabar nak tunggu seterusnya...

50 Ransangan utk Menjadikan Anak Bijak

Copy dr Forum HA.com

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kean anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Bengang dgn MAXIS!!!

pepagi buta dah bengang dgn MAXIS...

alkisahnya..Mr hubby balik smlm tnya nape line prepaid dia xleh pakai a.k.a NO SERVIS...
ahad lepas dpt call utk acivate supplimentary line..so mmg dah berhajat lama nak activate no Mr Hubby dlm FAMILY PLAN...lgpun dia ckp ada PROMOSI (xpayah byr 3bln utk supplimentary line tu)...disebabkan dah boleh activate by phone (xpayah gi Maxis centre aku pun setuju la kan..bukannya senang nak gi centre dia..

mlm ni Mr hubby mmg bengang dianya phone xleh pakai..al maklum la..kontraktor..byk pakai phone..org tu call..org ni call..site problem la...itu la..ini la...huhuhu

smlm xteringat nak call customer servis..so bangun sahur pagi ni try call pukul 4.51 pagi' haha..padan muka diaorg

fiza: i ada activate utk supplimentry line..so sampai skrg belum dpt lagi new simcard but my prepaid line dah xleh pakai/no servis..boleh tlg semak utk i??

CS: boleh sy dptkan no tel prepaid tersebut?

fiza: 017-4055...

CS: sebentar ye puan..saya akan semak...

mak aihhh...berjanggut tunggu...

CS: ok saya dah semak...line prepaid dah diactivate kan disebabkan pihak kami telah pun activate line baru..new simcard akan sampai dalam minggu ni jugak..

fiza: tp sy simcard prepaid saya dah xleh pakai..u tau tak berapa my husband rugi sbb xleh nak buat call (saja je tu sbb xtau nak ckp apa..huhu)..u sepatutnya tunggu till new simcard sampai baru u deactivate OR u sepatutnya inform i dulu by phone u nak deactivate dis simcard...so skrg mcm mn??

CS: maaf puan, kita mmg x boleh nak activatekan prepaid tersebut sbb dah activate yang new simcard..

fiza: ye lah..saya tahu..tp u xboleh buat mcm tu...my husband byk pakai phone..mcm mn i resolve this problem..new simcard blom sampai..

CS: sekejap ye puan..

TUNGGU LAGI...aduhhh...geram pun ada..

CS: sy dah semak..puan akan dpt new simcard hari ni @ esok..

fiza: saya nak hari ni jugak..if tak sampai sy pegi u punya centre and batalkan supplimentary ni..

CS: saya akan hubungi puan pagi ni utk pengesahan..

fiza: ok saya tunggu...pagi u tak call..tgahri i pegi maxia centre...

trus letak phone...aci tak???huhuhu

Wednesday, August 11, 2010

Buah Melaka

Ingatkan nak gentel buah melaka utk santapan mlm nie..pesan dekat Mr Hubby suh beli segala yang berkaitan utk siapkan buah melaka via SMS:

ibu: tlg beli tepung pulut, gula melaka, kelapa parut (suh org tu asingkan), pewarna hijau
abah: ermmm...xpayah..byk sgt benda nak beli..hjg minggu ni kita shopping brg dapur..mlm ni beli je buah melaka tu':)
ibu: ok la..tlg belikan sekali tepung pelita + air soya:)

hahaha...baru ada mood rajin nak buat buah melaka...xpe..next week lah

silap sendiri....

nak dijadikan citer..jumaat lepas pos 2 parcel utk customer..sorang kat subang jaya & lagi sorang kat bandar bukit puchong..2 parcel je ok' huhu..biasanya mmg pos kat telco & pos sbb dekat je gn rmh..

isnin 9hb..:

Customer SJ
Customer SJ: fiza..nape tudung lycra yang sampai??kita order shawl!!!
fiza: alamak!!! biar btol...huwaaaaa terkejut + menangis dlm hati..ok xpe nanti fiza check..rasanya tertukar dgn customer lain...
Customer SJ: huhu..ingatkan nak pakai balik ipoh mlm ni..xdpt la...
fiza: sorry byk2 tau..1st time jadi nie...huhuhu (mmg dah gelabah giler time tu)

Customer Pchg
call customer kat puchong...dia ckp blum received sbb dia xde kat rmh...esok dia kena gi amik dekat pej pos PBP..
so disebabkan fiza kenal gn dia nie..kira kwn atas kwn la...dia agree utk pos item tu esok lps dia pick up kat pos opis...Alhamdulillah lega rasanya...

Mlm tu minta tlg cousin pick up brg dekat Subang Jaya..Alhamdulillah dpt..ingatkan nak suh dia pick up kat puchong sekali tp customer tu blom lagi pick up kat pos opis...
aduhhh..mmg serabut...

selasa 10hb..;

Mr Hubby tlg poskan brg yang pick up smlm ke Puchong....selamat 1 hal..

ptgnya customer kat puchong call inform xdpt pick up brg sbb xsihat...aduhhh..time nie mmg gelabah sbb dah janji dgn customer SJ dia akan dpt brg esok..

mlm dok pk apa nak buat???///

rabu 11hb..:
no choice..terpaksa gi puchong..1st gi rmh customer tu & amik surat dr pos laju & then gi collect sendiri kat PBP,...aduh..dah la nak cari rmh dia ckit punya susah..pahtu cari pos opis plak...

dgn baby lagi...sorry ye sayang....sib baik la baby xmeragam & nasib baik jugak cuaca sgt2 la redup...

balik dr puchong ingatkan nak terus hantar ke SJ tp mmg xtau jalan nak gi situ..sudahnya singgah pos opis & pos brg tu....

1st day puasa...byknya dugaan hari ni...pukul 8.30pg keluar rmh...12.30tghari sampai rmh...siannya anak ibu..huhuhu

*** peringatan: tunggu hingga org telco & pos tu lekatkan consgment note tu baru balik...wpun dah siap2 tulis nama kat plastik pos laju tu...
*** org telco & pos tu yang salah..sbbnya bila tgk parcel tu mmg sah dah btol apa yang fiza tulis....mcm mana dia leh silap lekat????INGAT AWEK KE BANG???..aduhhhh..mmg nak kena ni..sib baik bulan puasa..

Tuesday, August 10, 2010

Layannnnn..










Selamat Berpuasa

Assalamualaikum wbt...

Kepada rakan-rakan blogger yang beragama Islam, saya mengucapkan…

Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia & Selamat Bepuasa!

Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini memberi nikmat kepada kita semua ;)


Fiza..

Friday, August 6, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Petua menambahkan Susu Ibu

Petua yang baru nak di cuba...:)
  • Ambil kerak nasi yang panas dan campur dengan garam serta kelapa parut. Makan campuran bahan tersebut setiap hari.
  • Minum air barli panas 2 kali sehari.
  • Amalkan minum air rebusan sawi.
(kredit to http://mysetbersalin.com/blog/2008/12/petua-menambah-air-susu-ibu/)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Petua 1:


Anda amalkan memakan daun keledek dan pucuk betik. Kalau boleh, makanlah setiap hari.


Petua 2:

i. Anda perlukan isi lempoyang. Bagi anda yang tak kenal pokok lempoyang, di bawah ni ada gambarnya.

pokok lempoyang (zingiber zerumbet)

Pokok Lempoyang (Zingiber Zerumbet) - BambooLand.com.au



ii. Isi lempoyang tadi hendaklah ditumbuk sehingga hancur.

iii. Kemudian anda perahkan isi lempoyang yang telah hancur dan tapis untuk mendapatkan airnya. Perahan airnya adalah berwarna kuning dan rasanya agak pahit.

iv. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut. Amalkan meminumnya selagi anda ingin memperbanyakkan air susu.


*** Sedikit info mengenai isi lempoyang - Isi lempoyang ni seakan-akan halia tapi berwarna kekuning-kuningan.


Petua 3:

i. Anda ambillah segenggam daun nangka yang masih muda.

ii. Bersihkan daun nangka tadi dan wapkannya sehingga layu.

iii. Kemudian, tumbuk daun nangka tu sampai lembut.

iv. Tambahkan sedikit air bersama daun nangka yang telah ditumbuk.

v. Seterusnya, anda perahkan airnya ke dalam sebiji gelas.

vi. Akhir sekali, anda tambahkan gula dan garam secukup rasa ke dalam air perahan daun nangka tersebut dan minum.


Petua 4:

Petua terakhir ni juga menggunakan daun nangka. Caranya lebih kurang seperti petua 3. Tapi, anda cuma ambil daun nangka yang telah diwapkan hingga layu tu dan makanlah bersama nasi. Kiranya anda jadikan ia sebagai ulam-ulaman. Nak cecah dengan sambal pun boleh. :)

(kredit to http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/4-petua-banyakkan-air-susu-ibu-lepas.html)

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...