Sunday, April 25, 2010

Masalah Yang Mungkin dihadapi Selepas Bersalin

Sakit pada Faraj

Sekiranya anda mengalami episiotomi atau koyakan semada melahirkan, anda akan mengalami sakit pada faraj. Kesakitan mungkin akan belarutan sehingga 2-3 minggu terutama semasa anda berjalan atau duduk. Koyakan yang panjang mungkin akan mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya.
Tip untuk mempastikan luka koyakkan cepat baik

  • Letak pad sejuk atau berais di sekitar tempat luka.
  • Pastikan tempat luka kering dan bersih- Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas.Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu.
  • Semasa kecing, cuba duduk secara "squat" dan siram air suam semasa kencing.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk pastikan ia tidak terlalu tegang. Ia mengurangkan sakit dan mengelakan jahitan terbuka.
  • Duduk perlahan lahan, jaga pergerakkan punggung semasa duduk. Kalau masih sakit, guna bantal berbentuk donut untuk mengurangkan tegangan.
  • Buat senaman kegel. Ia menolong menguatkan otot pelvis. Cuba selepas sehari bersalin dengan mengemutkan otot faraj seperti tahan kencing. Buatlah 4-5 kali setiap sesi selama 40-50 kali sehari.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

  • Darah nifas

    Anda akan mengalami pengaliran darah nifas sehingga 6 minggu selepas bersalin. Pada mulanya ia merah dan banyak, tapi lama kelamaan ia akan beransur kurang menjadi berwarna coklat. Sekiranya anda duduk atau baring buat seketika, anda mungkin perasan pendarahan yang keluar terutama semasa semasa dan selepas menyusukan bayi. Itu normal dan anda janganlah panik pula. Pastikan pad sanitari ditukar dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Jangan cemas sekiranya keluar darah beku sekali sekala. Ia kerap terjadi.
    Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah ini, jumpalah doktor dengan segera.
    • Pad sanitari dipenuhi darah walau ditukar setiap setengah jam
    • Darah yang keluar berbau busuk
    • Darah beku yang keluar lebih besar dari bola golf
    • Mengalami demam 38 darjah atau lebih

    Sakit rengat

    Sakit pada rahim sebaik melahirkan memang kerap terjadi tapi puan jangan risau kerana ia cuma dari rahim yang mengecut dengan kuatnya. Kecutan rahim menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Sakit juga sering berlaku semasa anda menyusu dan ia lebih kerap terjadi pada kandungan kedua dan seterusnya. Walaubagamanapun, sekiranya sakit rahim makin kuat disertai dengan darah yang berbau busuk. Eloklah anda jangan membuang masa lagi. Jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada rahim.

    Susah kencing

    Bengkak dan calar pada tisu sekitar ruang faraj dan pundi kencing kadang kadang boleh menyebabkan anda sukar kencing selepas melahirkan. Cuba buat senaman kemutkan faraj semasa kencing dan letakkan pad suam atau sejuk pada faraj untuk kurangkan bengkak. Sukar kencing terjadi tidak lama kerana ia hilang dengan sendiri selepas beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya faraj menjadi pedih dan anda kerap terasa hendak kencing setiap 1 jam ia mungkin tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Jumpalah dengan doktor ye.

    Terkencing tanpa kawalan

    Kehamilan dan kelahiran menyebabkan tisu sekitar faraj dan sekeliling pangkal pundi kencing tegang secara keterlaluan dan luka. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dipersekitarannya menyebabkan kawalan kencing terganggu dan anda akan mudah terkencing apabila batuk, bersin atau ketawa. Tapi anda bernasib baik kerana keadaan ini terjadi untuk sementara waktu sahaja dan anda selalunya pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Amalkan senaman kegel kerana ia mempercepatkan proses pemulihan dan pakai pad wanita sekiranya perlu.

    Buasir

    Sekiranya anda merasa sesuatu keluar dari dubur dan sakit setiap kali buang air besar, anda mungkin mengalami buasir. Buasir terjadi akibat tekanan yang tinggi semasa meneran yang menyebabkan salur darah sekitar dubur menjadi kembang. Untuk megurangkan rasa tidak selesa, puan disarankan menggunakan pad berais, diletak pada bahagian dubur. Sekiranya sakit keterlaluan atau buasir menjadi semakin bengkak, anda disarankan berjumpa doktor. Terdapat ubat yang selamat dan boleh dimakan walaupun anda benyusu badan. Untuk mengurangkan risiko buasir, amalkan memakan makanan berfiber tinggi dan minum air secukupnya. Pastikan anda sentiasa aktif semasa hamil dan sekiranya najis keras, anda boleh meminta preskripsi doktor untuk ubat lembutkan najis.

    Sembelit

    Sembelit kerap terjadi mungkin kerana takut luka episiotomi terbuka semasa membuang air besar atau sebab sakit kerana buasir yang bengkak. Untuk mengelakan dari najis menjadi keras, amalkan memakan sayuran dan makanan berfiber tinggi semasa pantang, dan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jangan dengar tentang mitos orang tua pasal minum air segelas sehari dan tentang sayur sejuk sayur panas dan sebagainya. Dehidrasi dari kekurangan air sebab terlalu berpantang menyebabkan luka anda lambat baik dan air susu menjadi kurang. Sekiranya anda masih lagi sembelit selepas tip diatas, Jumpa saja doktor untuk laksatif yang sesuai semasa pantang.

    Sakit Buah dada

    Selepas beberapa hari bersalin, buah dada akan dipenuhi susu dengan banyaknya dan payudara anda akan mula merasa sakit, berat dan bengkak. Rasa tidak selesa pada buah dada selalunya berakhir sebaik sahaja bayi anda mula pandai mengisap susu. Sekiranya masih bengkak, cuba perah mengunakan ‘breast pump’ yang sesuai. Anda juga boleh meletakan tuala sejuk atau suam pada buah dada untuk mengurangkan bengkak. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstan adalah selamat dan boleh dimakan walaupun anda menyusu. Bagi mereka yang mengalami susu yang keluar terlalu banyak sampai meleleh, jangan tension pula, anggap itu satu kelebihan dan cuba gunakan pad payudara. Bila malam, cuba letakkan tuala pada buah dada untuk serapan yang lebih optimal.

    Rambut gugur

    Semasa hamil, kadar keguguran rambut menjadi kurang disebabkan rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut. Sesetengah wanita pula mungkin mendapati rambut tumbuh lebih lebat dari biasa. Walaubagaimanapun selepas bersalin rambut anda akan luruh 2 kali ganda lebih kerap dari biasa disebabkan rambut yang tumbuh berlebihan tadi. Ini mungkin menyebabkan anda sedikit bimbang kerana takut ia mungkin disebabkan pemakanan atau sebagainya. Tapi puan jangan risau, dalam masa 6 bulan, rambut anda akan gugur dengan kadar biasa. Sementara itu, makan makanan berzat dan elak dari mengering dan mewarnakan rambut secara keterlaluan.

    Perubahan warna kulit

    Anda mungkin perasan terdapat bintik bintik merah pada kulit muka dan leher sebaik sahaja melahirkan, jangan bimbang kerana ia sebenarnya disebabkan oleh saluran darah kecil yang pecah semasa proses meneran. Bintik ini akan hilang selepas 1 minggu. Kesan tegangan pada perut walaubagaimanapun tidak akan hilang dengan senang. Ia akan berubah dari berwarna hitam kepada warna putih cuma selepas beberapa bulan. Perubahan kulit lain seperti jaluran hitam ditengah perut akan hilang sepenuhnya secara beransur ansur.

    Perubahan emosi

    Selain dari perubahan fizikal, ibu juga kerap mengalami ganguan emosi seperti ‘mood swing’, dilanda kesedihan tak menentu, dan risau berpanjangan. Ada juga yang mengalami masalah kemurungan atau dipanggil ‘baby blues’. Ia selalunya berakhir selepas 10 hari dan dalam masa tersebut, cuba dapatkan tidur secukupnya dan mintalah pertolongan dan nasihat dari saudara-mara atau ibu jika perlu. Sekiranya anda merasa kemurungan semakin teruk seperti rasa tiada harapan, berjumpalah dengan doktor.

    Perut buncit dan berangin

    Sebaik sahaja melahirkan, fizikal anda akan masih kelihatan bulat, tidak ramping dan ‘flabby’. Sesetengah masih kelihatan masih seperti orang hamil disebab disebabkan usus yang mengandungi angin berlebihan. Jangan risau. Keadaan ini hanya sementara kerana semua cecair badan dan lebihan lemak yang anda kumpul semasa hamil akan hilang perlahan-lahan. Selepas beberapa minggu, anda sudahpun 60-80% hampir kepada bentuk asal anda seperti sebelum hamil. Sekiranya anda menyusu badan secara eklusif, berat anda akan lebih berkurangan dengan kadar yang lebih cepat. Terimakasih kepada bayi anda.

    Pemeriksaan selepas pantang

    Selepas 6 minggu, doktor anda akan memeriksa keadaan faraj dan rahim untuk pastikan sistem peranakan anda pulih 100%. Ujian Pap dan US mungkin akan dibuat. Ambil peluang ini untuk bertanya tentang kaedah perancang keluarga, sebarang isu tentang penyusuan dan bayi atau apa jua masalah yang menganggu fifkiran. Selalunya selepas 6 minggu anda sudahpun sihat sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri sebagai seorang ibu dalam menjalani kehidupan baru.

    Friday, April 23, 2010

    Kenangan Terindah

    Rajin diaorang nie dok menempek pic2 lama masuk FB..tgh boring xtau nak buat apa..best gak layan pic lama2 nie..hehee..

    nie pic masa Form 3 (1995) @ Sek Men Dato' Jaafar Hassan, Chuping Perlis
    geng 1 kelas..ramai lagi yang xmasuk nie...jumpa tak muka sy?? hihihi

    2003 @ Politeknik Seberang Perai..amik course DPP

    2003 @ KFC Seberang Perai sempena nak berpisah..dah nak habis Dip time nie..

    2003 @ Majlis Pra-Graduan Jabatan Perdagangan..
    xsuka pic nie sbb mataku terpejam...hihihi (x ready k)

    latest pic August 2008..Konvo @ UM
    byk lagi nak kongsi..kena carik dulu kat mana pic2 lama ni tersimpan...hehehe
    rindunyaaaa kat semua...

    Thursday, April 22, 2010

    Tanda-tanda Bersalin

    Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

    Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

    Bersedia untuk kelahiran

    Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
    Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
    • Menghadiri kelas antenatal
    • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
    • Tonton video kelahiran
    • Amalkan pernafasan and relaksasi.

    Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

    Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
    Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

    Tanda-tanda hendak bersalin

    Kontraksi Rahim

    Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
    Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

    Sakit Belakang

    Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

    Pecah ketuban

    Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
    Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
    Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

    Bloody Show

    Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

    Serviks terbuka

    Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

    sumber: alam hamil

    Wednesday, April 21, 2010

    Check Up @ 37w +

    19hb check up cm biasa kat klinik desa kg...Head Not Engaged lagi..huhuhu..esok kena jumpa DR + minum air gula..diaorg ckp sbb umur (tu kena minum 2 x)..hampeh btol..

    20hb gi klinik beseri..daftar dulu pahtu gi buat MGTT..amik darah..minum air gula..kena tunggu 2jam utk amik darah lagi...8.30 pg..nak tunggu lagi 2jam..berjanggut kat situ la..
    pahtu gi jumpa DR..dia xscan pun sbb dah ada report dari Hospital Sg Buloh (HSB)..baru jer scan kan...still sama baby lom engage lagi..sepatutnya dah masuk..tp Dr tu ckp dah nak masuk tu...huhuhu...

    balik rmh survey2 kat tenet pasal nie...adakah aku bakal czer???oh..tidakkk..minta dijauhkan..agaknya baby ibu nak suh ibu amik exam dulu kot sabtu ni...sabar ye sayang...

    apa2 pun aku terima..apa yang terbaik utk ibu dan baby...moga dipermudahkan..Amin

    Wednesday, April 14, 2010

    Check Up @ 36W

    last friday 9/4/2010 jumpa DR pakar kat HSB...sbb dpt surat refer dr KK kelana Jaya...lama gak..bosannya menunggu...scan dpt EDD bulan Mei...dia tnya DR kat KK tak scan ke?huhuhu..mana ada scan...scan masa nak tau EDD je..tu pun time 15w...

    DR tu bising2 kat ckp dr kat KK tu xbuat keja..pttnya dia scan dulu sebelum refer kat Hospital...diaorg ptt pakai EDD 7/05/2010...sbb apa tau..bukan sebarangan DR yang bagi EDD tu..Pakar O & G lagi..hehehe

    seb baik mula2 dulu dok check up kat pakar..glemer gak DR Idris ni kan..mana tak glemer nye..pakar kat PMC apa...

    kita yang blur ni dengar je DR Mohan tu bising2..siap suruh staff dia buat report pahtu hantar kat KK kelana Jaya...

    so..conclusionnya...masa 9/4/2010 tu baru 35W + 4days..dia ckp bb pun blom matang lagi kan mcm mn nak engage..huhuhu.

    seb baik gi hospital hari jumaat coz sabtu nak balik kg...kalo pegi sabtu alamatnya lambat la sampai kg..dok hospital pun dekat stgh hari...

    10/4/2010
    dah kat kg...panasnya hanya Tuhan yang tahu...lps mandi pun boleh lencun lagi..berpeluh siap leh perah baju..hahha..

    13/4/2010
    start check up kat Klinik Desa kat rmh...36w + 3days...head baby lom engage lagi...
    nex week kena jumpa DR kat sini lagi sekali...sbb kes refer dari KL kan...kena la jumpa DR

    Thursday, April 8, 2010

    Check Up @ 36W & 37W

    31March Check up ~ Alhamdulillah semua ok..head baby lom engage lagi..xpe baru masuk 36W kan..

    7April Check up ~ trace gula plak dlm urine..sbbnya pagi sblm gi klinik mkn kueh..manis plak tu..hehehe..head baby still blom engage (masih goyang2)..2org cik misi dok godek2 kan...apa lagi kena la masuk bilik DR..dia pun ckp blom engage lagi..sepatutnya dah sbb dah 37w kan..so dpt surat refer ke HOSPITAL...dia ckp b4 u balik kg make sure pegi hospital dulu..ermmm

    InsyaAllah..semoga semua selamat..Amin

    JOM SERTAI KAMI TAMBAH PENDAPATAN

     ANDA INGIN MENCARI SIDE INCOME❓ ANDA INGIN BERNIAGA DENGAN MODAL MINIMA❓ Jom sertai kami sebagai Perunding Takaful di Muqmeen Group (MG). A...