Saturday, August 15, 2020

Pengalaman Exam PCEIA

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menaip.

Hujung bulan 7 hari ada KakFiza story pasal exam TBE kan. Alhamdulillah lulus cukup-cukup makan je dapat C. 11hb baru ni ada satu lagi exam Pre Contract Examination Insurance Agent (PCEIA). Ada Insurans Am, Insurans Hayat, risiko apa semua tu. Banyak jugak la dan kalau buka note dia ada 225 muka surat (16bab). Nahhh kau nak baca semua tu.

Terus terang sempat tgk note dan baca sampai bab 6 je..lagi 10bab sambil lalu gitu je buka dan bila last minit mcm ni, kakfiza buat contoh soalan je lah.😂

Pulak tu, hari nak ambil exam ada problem dengan laptop. Jadinya terpaksa dari Sungai Petani pergi ke Tanjung Pinang plak sbb nk guna laptop suami.

Alhamdulillah, dapat jugak jawab semua soalan dalam masa sejam je. Masa sebenar 2jam. Haha. Jenis dah malas nak fikir lama-lama. Bila jawapan tak pasti, kita ikut logik je lah.

Berdebar bila dah submit nak tgk result. Lama plak tu dia calculate result. Berdebar gila kot result yang ni. Tapi Alhamdulillah lulus jugak. Cukup2 makan la juga😂



C pun jadi la kan. Asalkan lulus. Nak kata gena lagi kan..🤭

Lepas ni..suami kata jangan hangat2 taik ayam sudah..😂


Tuesday, July 28, 2020

Alhamdulillah..lulus Exam TBE

Assalamualaikum...lamanya kak fiza Tak bersiaran kan..🤭🤭

Sejak2 dah kurang aktif bershaklee ni..dah jarang nak up blog, fb bagai..tapi sesiapa nak Shaklee kak fiza masih on tau. Cumanya jarang2 promo. Untuk mkn sendiri sambil selit order untuk yang dah biasa order..

Nak story pengalaman semalam ambil exam Takaful Basic Examination (TBE).🤭..

Ehhh..tetiba pulak boleh seat exam TBE plak..😀. 

Awalnya, sahabat poli dulu yang ajak..kak fiza ni on je walaupun nak tak nak..sebabnya dah malas nk study bagai ni. Last2 contact ex ofis lama terus on nak seat exam..kena plak time covid sekarang ni, jadi exam pun online je lah..

Rasanya dah 2 minggu sahabat kak fiza ni bagi nota dan contoh soalan semua tp biasalah last minute punya kerja.. 3hari nak exam baru sekali imbas je untuk part C.

Ohh ya..ada 2 part..Part A Dan Part C. Dua2 part ni wajib untuk yang nak jadi agent bagi produk Takaful hayat Dan Perubatan. Kak fiza ambil yang ni dulu la.

Sehari sebelum exam dah ada orang invite kita masuk group wassap dan bagi details semua la.

Kena download zoom apps. Setengah jam sebelum exam semalam diaorg bagi link untuk masuk zoom meeting.

Kena guna laptop/pc bersama phone juga. Kak fiza pakai hotspot redone je. Walaupun awal2 lagi diaorg dah mention tak digalakkan guna hotspot sebab takut line 
problem. Dah nyaris nak pi beli Broadband tapi tawakal je lah sebab itu je pilihan yang ada kan..

Alhamdulillah pukul 2 masuk zoom..line smooth je..semua ok. Bilik anak2 la jadi port sat sbb ada meja tulis semua. Pemeriksa check nama dan tgk tempat kita seat pun semua ok. Alhamdulillah semua lancar.

Nasib baik hubby ada dan off duty hari ni..so ngasuh jap la anak2 kecik 2org tu. Bilik memang kunci..kalau tak satgi ada plak yang terjengoii...😀

Start exam pukul 2.30..rasanya 1jam 30min exam ni tapi tak pasti plak sbb tgk masa yang tinggal lagi 40minit, kak fiza dah settle dan terus submit..haha

Malas nk pikiaq lama2 sebenarnya..ada je soalan yang tak sure tp nak patah balik semak memang tak la kan..so kita tawakal her.

Alhamdulillah lulus akhirnya..kalau tak lulus confirm tak tulis entry ni kan...😀. Lulus dapat C je..boleh la kan..🤭

KEY RESULT TO GRADE

APASSED WITH DISTINCTION
BPASSED WITH CREDIT
CPASSED
YFAILED BY A NARROW MARGIN, WITHIN 10% OF THE PASS STANDARD
ZFAILED BY A CONSIDERATION MARGIN, MORE THAN 10% BELOW THE PASS STANDARD

Ok..dah layak jadi agent la kan...dah boleh promo produk takaful lps ni..chaiyok2..

Lepas ni ada nak ambil lagi 1 exam....PCEIA..semoga dipermudahkan la kan..kalau lulus boleh la KakFiza taip entry baru plak
..🤭

Tuesday, February 5, 2019

HAPPY BIRTHDAY MR HUBBY

Assalamualaikum...lamanya Kak Fiza menyepi. Blog bersawang2 dah. Alhamdulillah 12 August 2018, KakFiza selamat melahirkan baby ke4. Syukur kehadrat Illahi.


Dah bambam la...nak masuk 6bulan dah 12Feb ni...puteri ke 2...😄

Tahun ni nak aktif semula menulis...rindu sangat. 1st entry nak wish birthday kat mr. hubby..Selamat hari lahir yang ke 45 tahun buat suamiku yang tersayang...terima kasih kerana menjadi ketua keluarga yang terbaik utk kami..semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu..jangan putus berusaha mencari redhaNya..inshaAllah kebahagiaan milik kita sekeluarga utk selamanya...Amin




Pagi2 makan tart cheese montok...nyummy...😁

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...