Friday, June 5, 2015

6 TANDA KANSER SERVIK

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.


Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah.

Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.



Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim:

  • Squamous cell carcinoma

Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

  • Adenocarcinoma.

Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:


  1. Pendarahan selepas hubungan intim (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Pendarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak
Bahaya jika tidak dicegah segera..pastikan kawan2 telah pun menjalani ujian Pap Smear bagi mencegah terjadinya kanser. Ingat!!!..Kanser Rahim pembunuh utama wanita!

Thursday, June 4, 2015

KEPENTINGAN DAN FUNGSI UJIAN PAP SMEAR

Assalamualaikum w.b.t.

Menjawab pertanyaan pada tajuk entry Kali ini...ya..saya sudah..anda? Pastikan kawan2 juga sudah yer..

Kanser servik merupakan kanser kedua yang mampu membunuh wanita selepas kanser payudara. Dan kebanyakkan wanita tidak tahu mereka mempunyai kanser kerana penyakit ini menyerang tanpa petanda atau simptom awal. Kanser servik adalah penyakit di mana sel-sel dalam badan tumbuh di luar kawalan. Apabila kanser bermula di dalam servik, ia dikenali sebagai kanser servik. Salah satu cara untuk mengesan kanser adalah melalui ujian Pap Smear.



Apa itu Pap Smear?

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou yang dicipta oleh Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962). Sedikit tisu diambil dari pangkal serviks ketika ujian ini dijalankan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser.

“Sel serviks biasanya tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel normal akan berubah dalam jangka masa tertentu di antara dua hingga 10 tahun sebelum menjadi sel kanser.” Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Paul Tay Yee Siang



Bilakah seseorang wanita itu harus melalukan ujian Pap Smear?

Adalah disarankan wanita yang telah berkahwin , pernah melahirkan anak dan wanita yang pernah melakukan hubungan sex menjalani ujian ini bagi mengesan sebarang keabnormalan pada sel servik. Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun dan sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali

Waktu yang sesuai untuk menjalankan ujian ini adalah pada hari ke-10 kitaran haid dan ianya tidak boleh dikakukan semasa anda didatangi haid. Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.

PENTINGNYA PAP SMEAR KEPADA WANITA
Dari ujian Pap Smear yang dijalankan, doktor dapat mengesan polip dan jangkitan yang dipelorehi dari sel servik. Pengesanan awal ini dapat membantu mengesan sel-sel yang berpotensi membentuk kanser dan membuat rawatan awal bagi menghalang sel kanser dari merebak serta peluang untuk sembuh adalah cerah.

Wanita yang tidak pernah menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser servik kerana kajian telah menunjukkan bahawa ujian Pap Smear boleh mengesan dan mencegah terjadinya kanser. Kebanyakkan wanita Malaysia sukar untuk menjalankan ujian ini atas dasar faktor MALU dan inilah yang menjadi penyumbang kepada penyakit kanser yang kebiasaaanya berada pada tahap 3 atau 4.

Sebab itu pentingnya ujian Pap Smear ini dilakukan oleh para wanita di Malaysia.. Cegah sebelum ia terjadi dan merebak.

Bertindak segera!..

PUNCA TERJADINYA PNEUMONIA KANAK-KANAK



Entry yang lepas ada saya ceritakan mengenai Tanda-tanda pneumonia dikalangan kanak-kanak. Kita sebagai ibu bapa memang wajib ambil tahu lebih2 lagi kalau yang ada anak kecil kan. Memang mengharapkan anak2 sentiasa sihat dan ceria tetapi tak salah sebagai langkah pencegahan..:)





Banyak organisma boleh menyebabkan pneumonia seperti bakteria, virus, mikoplasma, fungus (chlamydia) dan mikobakteria. Gejala ditunjukkan biasanya lebih kurang sama dan menyebabkan ia sukar dikesan.

Ujian makmal dan radiologi juga kadangkala tidak membantu bagi menentukan punca pneumonia. Rawatan pneunomia berbeza antara pesakit. Bagaimanapun pada peringkat umur tertentu, pengetahuan mengenai punca dapat membantu doktor membuat pilihan rawatan sesuai.
  • Bayi baru lahir (sehingga 30 hari) - Patogen (kuman penyebab pneumonia) mungkin ada di dalam uterus dan bayi mendapat jangkitan ketika dilahirkan atau melalui sentuhan dari orang lain atau peralatan selepas dilahirkan.
  • Bayi kecil - Punca paling biasa ialah virus yang menyebabkan kira-kira 90 peratus jangkitan salur pernafasan bawah. Virus pernafasan sinsitia (RSV) adalah patogen paling biasa diikuti virus influenza jenis 1, 2, 3, A atau B.
Jangkitan bakteria pada peringkat umur ini jarang berlaku. Jika ada pun, biasanya ia disebabkan Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza jenis B (jarang berlaku pada kanak-kanak yang mendapat suntikan imunisasi) atau Staphylococcus aureus.

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan bakteria pneumonia biasanya menunjukkan gejala lesu, tidak selesa, otot menjadi lembik (hipotonia), kekurangan oksigen dalam tisu dan cecair badan menjadi berasid.

Antara kumpulan berisiko ialah:
  1. Kanak-kanak di bawah umur lima tahun
  2. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian
  3. Kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan telinga
Apa pula Rawatan dan Langkah Pencegahan yang sewajarnya?. Kita jumpa di entry akan datang yer..:)

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...