Monday, June 1, 2015

Persediaan Pesakit Diabetes Menghadapi Ramadan

Assalamualaikum semua..

Ramadan bakal tiba tak lama lagi kan?..kejap je masa berlalu kan..rasanya macam baru je lepas raya tahun lepas..huhu..

Hari ni nak berkongsi beberpa tip sebagai persediaan untuk pesakit diabetes menghadapi persediaan berpuasa tak lama lagi.

Pesakit kencing manis dikalangan umat islam berkemungkinan menghadapi risiko komplikasi berkaitan penyakit tersebut seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi yang lebih tinggi ketika mereka berpuasa.

Biasanya pada mereka yang sering mengamalkan berpuasa sunat sebelum ini, mungkin tidak mempunyai masalah utk menghadapi Ramadan ini.  Pengalaman Ayah saya berpuasa, dia mengambil bacaan gula dalam darah pada hari pertama sebelum bersahur, hari kedua hingga hari hari ke lima sama ada lepas sahur dan lepas berbuka.  Dengan cara itu beliau dapat kenalpasti apa yang boleh dan tidak boleh di makan.  Mengenalpasti makanan apakah yang menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi amatlah penting.

Bilangan kemasukan ke hospital bagi kes kecemasan berkaitan kencing manis meningkat mendadak pada bulan Ramadan.  Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kencing manis oleh penghidapnya berada di bawah paras optimum dalam tempoh 30 hari berpuasa.

Kajian Epidiar menunjukkan peningkatan sebanyak lima kali ganda akibat Hiperglisemia yang teruk atau kandungan gula dalam darah yang tinggi menyebabkan pesakit diabetes jenis 2 perlu dimasukkan ke hospital.  Hiperglisemia mungkin terjadi akibat kesan ubat yang berkurangan.

Samada didiagnosis dengan diabetes jenis 1 atau 2, penting bagi pesakit mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mereka berhasrat untuk berpuasa.

Bertemu doktor dan melakukan puasa sunat akan dapat mengurangkan perasaan tidak selesa akibat kesan sampingan yang mungkin dialami.



Kenalpasti Keadaan HIPOGLISEMIA, HIPERGLISEMIA dan DEHIDRASI

Hipoglisemia
  • menggigil
  • terlalu lemah
  • amat lapar
  • berpeluh
  • pucat
  • berdebar-debar
  • gelisah
  • koma (tidak sedarkan diri)
Hiperglisemia
  • kerap buang air kecil
  • terlalu dahaga
  • sangat letih
Dehidrasi
  • amat dahaga
  • kulit dan lidah terlalu kering
  • fikiran terganggu

Panduan Kepada Pesakit Diabetes yang dibenarkan Berpuasa

Diet - elak makan berlebihan ketika berbuka & bersahur.  Karbohidrat dan makanan lemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes

Senaman - melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mudarat.  Perubahan terhadap diet dan ubat ketika sahur harus dibuat mengikut nasihat doktor bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - dapatkan nasihat doktor tentang perubahan dos serta waktu pengambilan ubat.

Suntikan - suntikan exenatide diberi semasa berbuka dan waktu sahur.  Dos sahur perlu diubah suai setelah berbincang dengan Doktor.  Liraglutide yang diberi sekali sehari diberikan pada ketika waktu berbuka puasa tanpa sebarang perubahan.

Insulin - dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah.

Seharusnya kita boleh Mengawal Kencing Manis (Diabetes) dengan pengambilan Suplimen yang sesaui. Boleh rujuk pakar sekiranya anda ingin mengambil sebarang suplimen.



info: mingguan malaysia (kesihatan: 19/4/2015)

Sunday, May 31, 2015

Bila Jantung Asyik Berdebar

Pernahkah anda rasa jantung anda berdegup terlalu laju sehingga sesak nafas?  Pernahkah anda rasa pening sampai hendak pitam?  Jika pernah, anda memerlukan pemeriksaan doctor kerana anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Aritmia Jantung.



Apa itu Aritmia Jantung?..kita belajar sama-sama yer..:)
Bermaksud anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur.  Jantung yang normal berdegup mengikut aturan ritma yang teratur.  Jantung berdegup perlahan ketika anda berehat / dalam keadaan tenang.  Ia berdegup pantas ketika anda teruja, risau atau ketakutan.  Ritma jantung dikawal sistem kawalan ritma kompleks yang terddiri daripada neuron dan aktiviti hormone.

Kadangkala sistem ini mungkin bemasalah dalam sesetengah individu lalu menyebabkan dengupan jantung yang paling kerap terjadi dikenali sebagai fibrilasi atrium (AF). 

Apa yang terjadi jika anda ada fibrilasi atrium (AF)
Apabila anda mempunyai AF, jantung anda berdegup dengan tak efektif.  Ini menjadi punca darah bergumpal di dalam jantung dan gumpalan darah boleh naik ke otak, menyebabkan strok atau angin ahmar.  Inilah penyebabnya jika nada mempunyai AF, doctor akan menasihati anda supaya mengambil ubat pencair darah.  Ubat ini berfungsi untuk menghalang darah bergumpal di dalam jantung.

Mengapa AF terjadi?
AF biasanya terjadi apabila anda mempunyai penyakit jantung seperti jantung iskemik dan tekanan darah tinggi kronik.  Peningkatan hormone tiroid, pengambilan alcohol berlebihan secara berpanjangan dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan kerancuan degupan jantung.  Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan orang menghidap AF-tiada punca yang dijumpai.

Apakah rawatan AF?
Doktor mungkin cuba mengembalikan ritma jantung normal menggunakan ubat atau arus elektrik.  Dalam masa yang sama, anda akan ditawarkan ubat pencair darah juga.

Doktor akan mengenalpasti terlebih dahulu gejala-gejala yang mungkin dialami dan memeriksa tubuh anda untuk tanda-tanda abnormal, kemudian mereka akan menjalankan siasatan yang melibatkan pemeriksaan darah atau merekod ritma jantung menggunakan mesin elektrokardiogram (ECG).  Bergantung kepada dapatan pemeriksaan dan siasatan klinikal – adakalanya anda mungkin perlu menjalani sisatan lanjut seperti merekod ritma jantung 24jam (pemantauan Holter) atau Echocardiogram (prosedur pengimejan ultrabunyi untuk mencari abnormality dalam struktur jantung).

Kebiasaannya, jika anda mengalami AF anda mungkin boleh meneruskan aktiviti normal harian selagi mana anda berpegang kepada nasihat doctor dan mengambil ubat mengikut jadual.

Kepada rakan2 yang sudi singgah, boleh juga ke entry fiza sebelum ini mengenai jenis pemakanan yang baik untuk jantung di SINI.

set kesihatan untuk Jantung anda di SINI.


Sumber: Mingguan Malaysia (Ahad 22/05/15)

ABOUT SHAKLEE

Assalamualaikum...hari ni nak bercerita mengenai serba sedikit sejarah shaklee.  Di entry yang lepas di SINI ada fiza ceritakan..jangan jemu membaca yer..

Shaklee bukan dicipta tahun lepas, tapi ia bermula sejak 100 tahun yang lalu, di mana Dr Forrest Shaklee telah membangunkan multivitamin pertama yakni VITAlized MINeral pada tahun 1915! Disinilah bermulanya sejarah Shaklee dan kemudiannya beliau bersama dua orang anaknya memulakan perniagaan pembuatan dan pemasaran produk nutrisi suplemen melalui syarikat Shaklee Corporation pada tahun 1956.

Shaklee memilih untuk menggunakan kaedah perniagaan secara 'Multi Level Markerting' atau MLM sebagai kaedah jualan walaupun pada masa itu ianya kurang dikenali tetapi beliau melakukannya demi menjaga kualiti dan status ekslusif produk.

Melalui falsafah "Living in Harmony with Nature®" Shaklee berkembang pesat dalam tahun 1970-an dan terus kekal sebagai peneraju produk kesihatan yang bermutu, selamat, dipercayai dan mesra alam demi kehidupan yang sihat dan bahagia sehingga kini.

Shaklee Corporation yang beroperasi di Pleasanton, California telah berkembang ke peringkat global di mana cawangan Shaklee kini terdapat di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia. Shaklee Malaysia memulakan operasinya pada Ogos 1995 di Subang Jaya, Selangor.

Kemudian pada tahun 1960, pencuci yang boleh di-biodegrasi pertama, yakni Basic-H telah dicipta. Pada tahun ini juga ESP telah dihasilkan. Vitamin C pula dihasilkan pada tahun 1981.

Shaklee bukan saja pemakanan tambahan untuk seisi keluarga, malah ia telah memperkasa perwira hebat di seluruh dunia.

Kini dimiliki oleh Roger Barnett iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation dan di sokong oleh lembaga eksekutif dan kumpulan korporat. Mempunyai rangkaian di Kanada, Mexico, China, Jepun, Indonesia, Taiwan dan Malaysia.


Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu. Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.



SIAPA PULA ROGER BARNETT?

Roger Barnett adalah seorang billionaire muda, CEO dan juga Chairman kepada Shaklee Corporation. Beliau juga pemilik beberapa syarikat besar seperti  Burberry, Beauty.com, Activated Holdings LLC dan banyak lagi. Mr Barnett menerima ijazah sarjana muda dari Yale College (Summa Cum Laude), ijazah undang-undang dari Yale Law School (Editor Kanan, Yale Law Journal), dan MBA dari Harvard Business School.

Mr Barnett telah dipilih sebagai “Global Leader for Tomorrow” oleh Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) (Davos). Beliau juga telah dipilih sebagai Young Leader Fellow di Jawatankuasa Kebangsaan AS-China Perhubungan dan merupakan ahli Pertubuhan Presiden Muda(Young President’s Organization). Selain itu, Encik Barnett berkhidmat sebagai ahli di Harvard dan Yale Sekolah Kesihatan Awam Majlis Kepimpinan, Majlis Universiti Yale Presiden pada Aktiviti Antarabangsa, Lembaga Pengarah Yayasan Elie Wiesel for Humanity, Lembaga Penasihat 2004 Nobel Peace Laureate The Green Belt Movement Wangari Maathai, Lembaga Pengarah Pengarah Sekolah Bandar San Francisco, dan Lembaga Pemegang Amanah Seni Halus Muzium Yayasan San Francisco. (sumber)


Perbezaan Shaklee

Sentiasa Selamat (Always Safe)

1. Lebih daripada 80 000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan.
2. Potensi terjamin-pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
3. Ketulenan terjamin- 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru.
4. 100% kepuasan terjamin

Sentiasa Berkesan(Always Works)

1. RM300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan
2. Terdapat 70 kajian klinikal bercetak
3. Terdiri daripada 60 saintis Shaklee.
4. Terdapat 55 paten dan paten tertunda.
5. Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung.

Sentiasa Semulajadi Sentiasa Mesra Alam ( Always Natural/Always Green)

1. TIADA perasa-perasa tiruan
2. TIADA pemanis tiruan
3. TIADA pewarna atau lemak trans
4. TIADA bendasing tersembunyi
5. TIADA ujian terhadap haiwan
6. TIADA bahan-bahan yang diharamkan
7. TIADA peluntur klorin

Itu lah serba sedikit sejarah shaklee..details ada saya ceritakan pada entry yang lepas di SINI


TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=41c831141b8539bbbfc233928f6bf831
Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:  

Shaklee ID: 949698
sms/whatsapp: 012 4513311  
FB / Page: Afriza Abu Hasan / Qisya E Shoppe 
email: eijamw@gmail.com

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...