Tuesday, February 5, 2019

HAPPY BIRTHDAY MR HUBBY

Assalamualaikum...lamanya Kak Fiza menyepi. Blog bersawang2 dah. Alhamdulillah 12 August 2018, KakFiza selamat melahirkan baby ke4. Syukur kehadrat Illahi.


Dah bambam la...nak masuk 6bulan dah 12Feb ni...puteri ke 2...😄

Tahun ni nak aktif semula menulis...rindu sangat. 1st entry nak wish birthday kat mr. hubby..Selamat hari lahir yang ke 45 tahun buat suamiku yang tersayang...terima kasih kerana menjadi ketua keluarga yang terbaik utk kami..semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu..jangan putus berusaha mencari redhaNya..inshaAllah kebahagiaan milik kita sekeluarga utk selamanya...Amin




Pagi2 makan tart cheese montok...nyummy...😁

Sunday, December 31, 2017

PENUTUP TIRAI 2017

Assalamualaikum..

Penutup tirai 2017 dengan pelbagai dugaan ibu anak 3 ni...hihi


Qisya dah nak masuk 2 tahun 2018 ni tapi dah terpaksa jauh dengan Abahnya. Bila dah di transfer ke Johor, alamatnya sebulan sekali la baru nak jumpa. Sian anak2 kan...lagi kesian kat ibunya ni ha...haha

Tapi..ini lah cabaran bila kahwin dengan pekerja dalam bidang kontraktor ni. Sentiasa berjauhan...akak dah letih nak ikut ke sana sini. Anak-anak dah sekolah dah malas nak pindah randah.

Semoga akak diberi ketabahan dan kesabaran untuk jaga anak-anak sorang diri jauh jugak la dari sedara mara. InshaAllah supermom kan...

Selamat Tahun Baru 2018
Maaf andai tersalah bicara..tersentap hasil nukilan KakFiza. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya...Aamin

KakFiza
SungaiPetani

Saturday, December 30, 2017

MANFAAT ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Kenapa ibu hamil perlu amalkan Asid Folic? Penting tau untuk tumbesaran bayi dalam kandungan tu. Bila check up, misi akan bagi vitamin B Complex, Asid Folik, Iron. Shaklee pun ada rangkaian Vitamin B Complex yang dah siap kandungan Asid Folic nya.


B Complex Shaklee mengandungi:

  • 8 kompenan penting vitamin B1, B2, B3, B6, biotin dan asid
  • 100% biotin dan asid folik
  • membekalkan 200mcgasid folik disetiap hidangan


Kelebihan B Complex Shaklee
  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu  pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

B Complex Shaklee juga membekalkan Vitamin B lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah yang sering dialami oleh ibu hamil seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Nak dapatkan B Complex hari ini juga? Boleh terus wsap KakFiza 0124513311.

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...