Tuesday, October 13, 2015

KENAPA BAYI TIDAK BOLEH DIBERI MAKAN SEBELUM 6 BULAN?


Saya pernah disarankan oleh makcik utk memberi nestum kpd anak saya yg ketika itu baru berusia 3 bln. 3bln OK!!! Huhu. Namun memang saya tak endahkan. Mak saya pun melarang. Alhamdulillah masih ada yang memahami.

WHO menyarankan agar pemberian makanan kepada bayi seharusnya dimulakan pada usia 6 bulan ke atas. Begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendek kata semua badan-badan ini menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka secara ekslusif, iaitu tidak perlu dicampur dengan makanan lain termasuk air masak ataupun susu formula sehingga bayi berusia 6 bulan.




Ramai ibu2 diluar sana menganggap bila anak nangis jer sebab anak lapar. Ala, susu tak cukup tu..kena top up nestum!..hihi

Diakui, masih ramai ibu yang tidak mengikut saranan dan polisi ini kerana beberapa sebab berikut:

  • Bayi dianggap bersedia untuk menerima makanan pejal daripada mulutnya yang suka mencicip-cicip.
  • Menganggap bayi lapar dan susu ibu tidak mencukupi.
  • Menganggap perut bayi adalah kuat seperti perut orang dewasa dan boleh menerima makanan lebih awal.
  • Menganggap bayi akan cepat kenyang dan boleh tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya, bayi bukanlah orang dewasa yang bersaiz kecil dan sudah tentu organ-organ dalaman bayi tidak sekuat orang dewasa. Tanggapan-tanggapan di atas memang amat salah sama sekali.

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedian untuk menghadam makanan-makanan pejal yang lebih kompleks termasuk kanji dan karbohidrat. Proses penghadaman ini memerlukan enzim-enzim tertentu dan tubuh bayi belum menghasilkan enzim yang cukup untuk proses ini.Walaupun bayi mempunyai enzim amilase dalam air liurnya namun enzim ini belum cukup bagus untuk menjalankan proses percernaan.

Tubuh bayi juga masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi daripada sumber telur, daging dan susu lembu. Manakala protein dalam susu ibu adalah berbeza kerana turut mengandungi enzim pencernaan sendiri.

Apabila proses penghadaman ini tidak berjalan dengan baik, bayi boleh terdedah kepada masalah usus tersumbat atau ‘istestinal obstruction’. Bukan sedikit kes bayi yang terpaksa ditebuk perutnya kerana masalah ini.

2. Kesihatan jangka panjang

Menurut kajian yang dijalnakan oleh Universiti of Buffalo, salah satu penyebab penyakit kronik ialah akibat pemberian makanan terlalu awal kepada bayi.

Jadi tak hairanlah, kalau anda terjumpa orang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan dengan baik, rajin bersenam tetapi tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal akibat penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang sudah diberi makan, sudah tentu akan kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana bayi akan menolak untuk menyusu dengan lebih banyak. Keadaan ini juga mungkin boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan jika tiada rangsangan.

Fikir-fikirkan lah tentang masa depan anak kita. Ada mesej kenapa Rasulullah diserahkan kepada ibu susuan dan masih tinggal bersama Halimatul Al-Saadiah meskipun usia baginda sudah melebihi 2 tahun.

Sayangi masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah melihat bayi ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuk terima. Ikutlah saranan yang telah dicadangkan sebagai 1 usaha untuk memastikan anak kita membesar dengan kesihatan yang terjaga.


Bila boleh mulakan makanan kepada bayi?

Saya memulakan makanan pejal kepada bayi saya seawal usia mereka 7-8bulan. Bukan lah bertujuan menahan mereka dari makan tp pada ketika itu, saya amat pasti apa kehendak bayi saya. Tapi masuk jer 6 bulan memang saya dah perkenalkan cuma tidak secara kerap. Bermula dengan mengajar mereka secara sedikit2.

Usia yang disarakan untuk memulakan makanan pejal adalah 6 bulan kerana pada usia ini organ dalaman bayi semakin matang dan bayi memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi untuk tumbesaran dan susu ibu tidak lagi mampu untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan ini.

Pada usia 6 bulan, makan separa pejal ataupun puri dimulakan dahulu dan ditingkatkan secara perlahan-lahan. Dalam masa beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur dan suhu berlainan boleh diperkenalkan. Ibu juga boleh menambah sumber protein daripada ikan, ayam, daging dan sebagainya untuk menggantikan protein susu. 

Diharapkan info diatas sedikit sebanyak memberi impak kepada ibu2 diluar sana terutama bakal ibu2 nanti. Sayangi anak anda...

Semoga berjumpa lagi dilain entry..

Monday, October 12, 2015

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

oppsss...berat badan anak terlampau obes? macam mana nak menanganinya? Jangan la pula disuruh anak tu diet mcm kita yang dewasa ni kan..cuma ibu bapa perlu kawal corak pemakanan diaorg.

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan tidak sepatutnya menjalani kawalan pemakanan terlalu ketat. Hal ini kerana emosi kanak-kanak tersebut perlu dijaga. Perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan ialah elakkan mereka mengambil makanan segera. Selain itu, jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran kepada anak-anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Seelok-eloknya, pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan bagi mengelakkan mereka memilih snek yang tidak berkhasiat.

sweetnyer.blogspot.com



1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.



2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK





Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak.

semoga info yang diberi bermanfaat untuk anda yang mempunyai anak obesiti...:)

Friday, October 9, 2015

8 TIPS MEMILIH BABY SITTER

Kepada rakan2 yang bekerjaya mesti susahkan nak memilih pengasuh anak lebih2 lagi bayi baru lps pantang. Stress's kau..hihi..kalau mak kita sanggup jaga dan masih kuat ok la kan tp takkan kita nk bebankan diaorg plak. 


Saya memang tiada pengalaman mencari pengasuh sebabnya saya berhenti kerja ketika mengandung ketika itu kandungan bermasalah dan dapat plak majikan yg tak boleh terima yg saya kerap MC, saya decide berhenti kerja jer..sampai la skrg anak dah 2..hihi

Terpanggil nak buat entry ni sebab 3 hari lepas ada la sepasang suami isteri ronda2 pusing taman cari pengasuh anak. Sembang lama juga dengan si isterinya. Kerja kilang, shift plak tu. kalau turn shitf pagi ok la..tp bila shift malam susah nak yakinkan pengasuh. Dah kerap tukar pengasuh rupanya sebab berkerja shift. ermmmm kesian kan..

Saya nak tukar bidang jadi pengasuh? hihi..memang tak la..tak mudah mengasuh anak sendiri lebih2 lagi anak orang kan..:)





Jom kita tgk beberapa tips mudah:



  • Bersedia dari awal – Sebaiknya sebelum bersalin anda sudah pun membuat keputusan sama ada akan menghantar bayi anda kerumah pengasuh atau ke pusat jagaan kanak-kanak (taska). Jika anda mengambil keputusan untuk hantar bayi kerumah pengasuh, sebaiknya anda mula cari seawal usia kandungan mula mencecah 9 bulan. Kalau dah lepas bersalin dan tinggal lagi beberapa minggu anda nak mula bekerja baru nak cari, mungkin agak terlambat sikit dan sukar untuk anda mendapat pengasuh yang memenuhi ciri-ciri yang anda inginkan.

  • Tanya kepada jiran, saudara dan kawan-kawan – Jika ini adalah pertama kali bagi anda untuk bergelar ibu, sebaiknya anda bertanya kepada jiran disekitar rumah anda jika ada antara mereka yang bekerja sebagai pengasuh atau jika mereka tahu orang yang ingin mengasuh bayi.

  • Tanya pendapat jiran yang lain – Almaklumlah, bagi mereka yang pagi-pagi dah keluar rumah dan balik rumah pula di malam hari, memang susah nak tau perangai sebenar jiran atau bakal pengasuh anda. Sebaiknya anda cuba juga risik-risik dengan jiran-jiran anda yang lain. Manalah tau jika ada informasi yang mereka boleh beri kepada anda.

  • Lihat persekitaran dan kebersihan rumah – adakah rumahnya penuh dengan pokok bunga sampai nak tengak pagar rumah pun tak nampak? Bukan apa, di bandar ni banyak nyamuk Aedes yang merbahaya. Tak seperti dikampung yang nyamuknya besar-besar tapi tak ada pun yang kena demam denggi. Atau kucing dan binatang peliharaan berkeliaran didalam rumahnya. Seperti yang diketahui bulu kucing boleh menyebabkan bayi menghidap asma.

  • Perangai anak-anak dan suami bakal pengasuh – mungkin agak sukar jika rumah bakal pengasuh anda jauh sedikit dari rumah anda. Tapi sewaktu berkunjung kerumah bakal baby sitter anda, ada baiknya anda perhatikan juga sikap anak-anak dan suaminya. Jika anak-anaknya asyik menjerit dan bergaduh saja, mungkin anda patut fikir 10 kali juga. Takut nanti sikap yang sama akan diikut oleh anak anda nanti.

  • Ikut gerak hati anda – apa perasaan anda sewaktu pertama kali melihat wajah bakal pengasuh anda? Kalau rasa tak sedap hati, sebaiknya anda cuba lagi cari yang lain. Lagipun semestinya anda mahukan satu perhubungan yang baik dan mesra dengan pengasuh anda kerana mereka adalah orang yang akan membantu menjaga anak anda sewaktu anda keluar bekerja. Dan bukan itu saja, pengasuh juga sebenarnya adalah mereka yang akan mendidik dan membesarkan anak anda sewaktu ketiadaan anda sepanjang hari.

  • Tanya beberapa soalan – antaranya jika anda balik lambat, sanggup ke dia jaga bayi anda lebih masa? Ada caj tambahan atau tidak, baju dibasuh oleh pengasuh atau anda perlu bawa balik dan basuh sendiri setiap hari? Bagi yang akan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, anda perlu juga beritahu hal ini kepada bakal pengasuh anda. 

  • Kadar bayaran yang dikenakan – Lain tempat lain caj nya. Asalkan berpatutan dan mengikut kadar semasa, itu sudah memadai. Lagipun jika pengasuh anda menjaga bayi anda dengan baik, pasti sekali-sekala anda tidak ragu-ragu untuk memberikan mereka bonus.


Macam mana? membantu tak? diharap tips diatas membantu anda dan ibu muda yang baru pertama kali ingin mencari baby sitter atau pengasuh.

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...