Showing posts with label TIPS KESIHATAN ANAK. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN ANAK. Show all posts

Saturday, December 3, 2016

CARA KURANGKAN SUHU BADAN ANAK KETIKA DEMAM

Pernah terjadi..dalam perjalanan nak balik perlis dengan adik..Along dengan Angah ikut sekali la. Tiba-tiba je badan Angah panas sangat..tengok dia pun dah letih tak larat nak buka mata. Ibu dah cuak waktu tu.


Amik beg besar tengok apa yang ada. Alhamdulillah ada lagi Nutriferon..terus bagi Angah 1 sachet dia makan. Pahtu suruh dia minum air banyak. Tawakal je lah sebab tengah highway kan.


Sepanjang hampir 3 jam dalam kereta dia tidur je. Sampai rumah nenek pun badan masih panas tapi dah kurang sikit. Alhamdulillah..bagi dia rest..jelom kepala semua nak bagi suhu badan surut. Ingat kalau tak ok jugak nak bawa gi klinik.
Malamnya tengok dia dah ok..dah serela makan..dah nak main..jadi tak jadi gi klinik. Sekali lagi bagi dia 1sachet Nutriferon. Alhamdulillah..esoknya dah tak demam. Nasib baik ada Nutriferon. Sekarang dah wajib bawa ke mana sahaja.
Tengok la dalam beg tu..penuh dengan vitamin jer. Ni lah keperluan mak tang sebelum ni. Kalau sekarang dah kurang sikit, amik yang perlu jer lebih-lebih lagi suplemen yang boleh tingkatkan imun anak-anak.
Ada ke yang nak cuba? Mana tau..nak cuba untuk anak-anak dulu. Boleh je hubungi Fiza 012 4513311

Saturday, November 26, 2016

6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN

6 TIPS KAWAL ANAK MAKAN JAJAN

Apa tu Jajan? Hehe..buat-buat tanya pulak yer. Anak-anak sekarang ni memang sangat tededah dengan snek dan makanan kurang sihat ni. Ramai juga ibu bapa ambil jalan mudah belikan untuk mereka tanpa fikir masa akan datang.

Kanak-kanak disogokkan dengan pelbagai makanan seperti sosej, daging burger, kentang putar dan makanan ringan yang lain. Kita mungkin boleh kawal kalau di rumah. Kat sekolah macam mana pulak? Kantin sekolah..luar kawasan sekolah?




Akak memang tersangat jarang nak belikan untuk Along Angah. Saja-saja nak beli memang tak la. Kalau boleh memang tak nak ikut kemahuan mereka nak membeli. As a parent, kita memang wajib kawal selera mereka terhadap makan kurang sihat macam ni.

1. Keluarga contoh terbaik
Nakkan makanan sihat untuk anak-anak, kita kena mulakan dari rumah dan kita sebagai ibu ayah kena amalkan makanan sihat. Nak makan nugget, hotdog boleh..jom kita buat sendiri. Bukan susah pun. Akak pernah kongsikan resepi homemade nugget sebelum ni.

Kita tak nak anak makan jajan?. Jangan la dibeli dan kita sendiri STOP dari membeli semua tu.

2. Buah-buahan/Sayuran
Jadikan menu wajib dirumah..jadinya bila selalu ada dan biasa..insyaAllah mereka pun akan suka. Pasti gubahan yang menarik yang boleh buatkan mereka teruja nak makan.




Hari-hari nak ngadap bento yer. Untuk anak-anak apa salahnya. Jadi lah ibu yang kreatif.

3. Reading Bòok
Boleh juga dibeli buku-buku yang berkaitan. Dari situ mungkin mereka akan lebih berminat. Buku mewarna contohnya. Anak-anak kan suka main color. Mungkin kita juga boleh libatkan diri dengan aktiviti mereka kan.



4. Aktiviti Sekolah
Kantin sekolah memang banyak jual jajan kan. Kita mungkin boleh mengambil peluang menghadiri sesi perjumpaan dengan guru sekolah seperti mesyuarat PIBG sekolah dan menyarankan dengan tegas bahawa makanan jajan tidak seharusnya dijual di kantin sekolah. 

5. Hadiah/Token
Berikan 'physical token' kepada anak-anak anda apabila mereka mula makan sayur, buah dan makanan berkhasiat yang bukan kegemaran mereka. Kadang-kadang benda macam perlu untuk kita encourage mereka berbuat sesuatu yang baik kan. Pasti mereka akan teruja memiliki token tersebut. Gunakan token tersebut untuk hadiahkan mereka perkara yang disukai mereka seperti permainan.

6. Ellakkan membeli Jajan dan Makan tidak perlu untuk program sekolah /birthday party anak-anak.

Macam mana? Ok tak perkongsian hari ini? Akak pun sedang amalkan untuk anak-anak. Masih juga educate abah mereka untuk tidak lagi membeli makanan yang tidak sihat. Semoga kesihatan anak-anak kita terjaga dan mereka mendapat nutrisi yang lengkap untuk perkembangan minda mereka.

Friday, November 25, 2016

AKTIVITI MENARIK SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum..

Jenuh la akak fikir..apa la aktiviti Along dan Angah sepanjang cuti sekolah ni. Ok..untuk hari ni pun dah sakit tekak akak ni..sebabnya, adik Qisya memang asyik-asyik berjaga tak boleh tidur terganggu dek kebisingan abang-abangnya.



Start esok dah kena ada activiti khas untuk diaorg.

1. Aktiviti melukis
Lama jugak fikir ni..apa nak buat kan. Since mereka tersangat la suka melukis so sediakan kertas A4 satu rim la. Kalau tengok kan, macam-macam yang mereka lukis. Dari segala jenis kereta, raksasa, ultraman..haaa semua tu kacang dah..hihi

Yang lain-lain nanti boleh la kita guna cik google nanti. Sambil melukis boleh mewarna.

Beraktiviti dengan clay ni pun best jugak. Belum pernah cuba lagi. Jeng-jeng! Wajib cuba ni.

2. Memasak
Masak? Since Along suka makan kek..apa kata kita buat kek ama-sama nanti. Amboi sukanya dia. Angah tak nak. Angah nak lukis kereta jer. Ermmm itu lah kerja Angah yer.


3. Membaca
Yang ni akak memang akan wajibkan mereka. Dua beradik ni lemah sangat English. Nak kena pergi kedai buku cari buku untuk reading. Memandangkan Along dah nak masuk tahun 1, memang kena struggle ckit la kan. Tapi nak ke mereka ni dengar cakap ibu sebab Along cakap ibu bukan cikgu...haaa sudah..dilema ni.



4. Indoor/outdoor activities
Ok jugak kan untuk mereka. Sambil-sambil boleh buatkan mereka berfikir. Sekali kita leh main sekali kot.


Outdoor..macam biasa la kan. Bawak gi taman je lah petang-petang. Ronda pusing-taman naik basikal. Lagi la suka Along Angah ni nanti.

5. Belajar menulis dan bercerita
Ok..since Along dah nak masuk year 1..kita boleh la mantapkan gaya penulisannya. Tapi dia cakap kat ibu..dia dah pandai..huhu


Ok..itu antara 5 aktiviti yang sememangnya dah pun akak rancang dari bulan lepas lagi untuk mereka. Jadual malam lepas Maghrib hingga Isyak memang mereka ada IQRA'. So malam tiada aktiviti. Tidur awal wajib!

Semestinya semua aktiviti ni untuk perkembangan minda mereka kan. Tak de mereka asyik dengan TV je. 

Macam banyak je aktiviti. Kalau ada yang share aktiviti yang best-best dipersilakan. Mana tau kita boleh kita boleh tukar-tukar pendapat.

Tuesday, November 22, 2016

CARA TINGKATKAN IMUN ANAK-ANAK

Bagaimana nak jaga imun anak-anak? tambahan plak dengan baby yang baru nak masuk 6bulan ni. Paling susah nak jaga baby kecik ni sebabnya bila abang-abang dah mula batuk-batuk, selsema bagai..itulah part paling takut. Antibodi masing-masing kan lemah lagi..😅

Penting untuk kita amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Anak-anak ini kebanyakkan memang tak suka sayur kan. Huhu..tapi cuba la jugak masak sayur..kadang-kadang memang kena paksa makan. fastfood/process food ni memang kena kurangkan. Sangat tak bagus tau.



Dah namanya jual vitamin..kita apply kan untuk keluarga dan anak-anak kan..😅

Sustainable Vita C Plus (vitamin c) memang akak tak pernah miss langsung sebab sangat-sangat penting untuk imun kita. Bila hari-hari makan..insyaAllah baby pun dapat khasiatnya sebab masih menyusu kan. 



Nutriferon pun wajib ada. Seminggu sekali kunyah. Abang-abang pun suka Nutriferon. Pantang di offer, laju jer. Nutriferon ni ada interferon semulajadi yang berfungsi memberikan isyarat di dalam badan untuk membunuh virus sekiranya ia menyerang.

Vitamin C untuk mereka pula akak bekalkan Chewable Vita C Plus. Boleh kunyah jer. Rasa pun sedap. Kanak-kanak memang suka. Kaya dengan antioksida sekaligus meningkatkan imun mereka.

Omega Guard pun selalu amalkan. Selain untuk otak yang cerdas, ianya juga bagus untyk pertahanan badan kanak-kanak. InsyaAllah kalau demam, batuk, selsema biasanya tak berlarutan dan teruk sangat.

Penting sangat kan?. Untuk anak-anak memang sanggup berhabis duit, tenaga semua. Paling susah hati kalau diaorg dah start demam. 

Dan..jangan lupa bawa diaorang main petang-petang..tinggalkan gadget. Bagi diaorg aktif sikit..😂

Sebarang pertanyaan mengenai Set untuk anak-anak, boleh hubungi saya Fiza 0124513311 sekarang juga.

Atau KLIK dibawah untuk pembelian online.


Sekiranya anda berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani: Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Giant Sungai Petani

Wednesday, November 16, 2016

VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Vitamin wajib untuk anak-anak tersayang. Kalau dulu minyak ikan omega tu memang diaorg tak berapa suka tapi setelah dipaksa dah jadi suka la. Yang vitamin c tu pun sama jugak la..sekarang pun memang kena ingatkan diaorg..kalau tak memang tak mkn pun..



Kalau abang ngah memang pantang tengok vitamin c tu. Abang long ngelat ckit..tapi Alhamdulillah..bila dah terbiasa hari2 makan..dah jadi mcm rutin la. Nutriferon pun memang wajib dalam simpanan. Standby takut2 demam menyerang. Dah habis stok plak..wajib shopping ni esok lusa..☺

Apa yang saya perasan..diaorg ni dulu mmg susah nak makan. Makan nasi pun jenuh dipaksa tapi Alhamdulillah sekarang dah makin berselera. Siap demand lagi hari ni makan apa. Request yang sedap2 plak tu. Udang dengan sotong memang paling A la. Kalau ibu beli udang kecik2 tu pun dah tarik muka masam..nak yang besar2 jer..😂

Abang ngah memang selalu sangat demam. Kalau ada Nutriferon memang terus bagi dia..cepat ckit demam kebah. Kalau part batuk memang sesekali tu ada. Wajib la standby 2 benda ni supaya tak melarat. 

Mealshake plak dah lama tak beli..ada sesekali diaorg tanya...hehe. Byk betul nk kena tambah stok ni..😅

Tapi tu lah kan...untuk anak2 boleh kan saja. Omega ni sangat2 bagus untuk perkembangan minda anak2! Highly recomended..

Berminat untuk dapatkan set kanak2 untuk simanja anda..boleh terus hubungi saya..
Afriza Abu Hasan 012 4513311

Thursday, November 10, 2016

TIPS MERAWAT BAYI KEMBUNG PERUT

TIPS MERAWAT BAYI KEMBUNG PERUT

Pernah tak mommy mengalami masalah bayi kembung?. Mesti pernah kan jika tidak dijaga dengan betul. Bayi 6bln pertama ni perlukan penjagaan yg rapi. Kita sebagai ibu tentunya nak yg terbaik untuk anak2 kan.

Meh..nk bagi tips ckit utk elak bayi kembung atau bagaimana nak berhadapan dengan masalah ini. Banyak tips ni dari cik google..😊


Pernah terjadi pada abang ngah dulu. Salah satu cara yang ibu buat macam gambar tu. Urutan I LOVE YOU. Urutan ini membantu masalah usus yang bermasalah. Urutan ini memang sangat membantu tau. Letak la minyak angin baby ckit.

Selain itu, kita boleh tuam kat area dekat pusat tu. Kalau masa dalam pantang, kita kan bertungku...so ambil sehelai dau sireh..tekapkan pada tungku..then boleh tuam pada bayi. Sebelum tu rasa la dulu pada tangan kita..jgn panas sgt..nanti tak pasal2 anak meraung sebab panas.😂

Boleh juga buat urutan kat betis anak tu. Area labu betis tu. Memang selalu buat time lepas mandi. Diaorg pun syok jer kena urut. Biasanya lepas mandi satu badan si adik qisya ibu sapukan herbalblend. Suka dia..😊

Burp lepas menyusu. Ini memang wajib buat lagi2 dalam pantang. Abang long dulu menghadapi masalah nak burp..dan mmg nk jaga dia time pantang sangat2 teruji. Bayangkan kalau tak burp apa jadi. Sampai nangis masa berpantangkan dia dan sampai sekarang dia memang tolak makanan yg keras. Nak yg lembut2 jer.

Burp ni penting sebab nak buang angin yang kot ada dalam susu ibu tadi. Kadang tu sampai setengah jam pun hadap jelahkan..😂

Penting ni! Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama. Nanti masuk lagi banyak angin, bertambah sakit perut dia, kesian kat baby.

Dan..yang penting, ibu2 kena lah makan makanan berkhasiat. Untuk baby jugak kan. Elakkan makan makanan yg berangin. Tengok keadaan anak kita. Try n error..apa yg boleh kita makan dan apa yang tak boleh..

Pagi2 dah membebel yer..😅

Itu saja tips utk hari ini. Esok tgh pikir nak celoteh apa plak..😆

Semoga bermanfaat utk semua..

Saturday, August 27, 2016

SAKIT TEKAK ATAU TONSIL DIKALANGAN KANAK-KANAK

Minggu lepas si abang ngah batuk on off. Dr ckp dah ada tonsil tp belum teruk. Ermmm patut la makan pun tak selera. Asal mkn je jenuh sejam nak habiskan makanan. Nasib baik bertahan dengan Nutriferon. Badan panas sikit terus lega.



Apa itu Tonsil?



Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang.


Pada awal usia kanak-kanak, saiz Tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil.
Hal yang demikian menerangkan mengapa Tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.




Tanda-tanda kanak-kanak mendapat radang Tonsil adalah
1. Demam
2. Sukar untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenja tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Kelenja tekak akan nampak merah dan terdapat putih-putih di atasnya.

Bahaya ke tak Tonsil ni?

Macam mana nak tahu jika anak kite terkena jangkitan virus atau bakteria?


Jika jangkitan virus:
Anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang.

Jika jangkitan bakteria pula:

Anak akan kelihatan lemah dan tidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Tapi jika jangkitan bakteria lagi berbahaya

Sebab jangkitan virus adalah dari salur pernafasan (upper respiratory tract infection) 


Makakala bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Boleh ke diberi produk Shaklee?



Boleh sgt. Untuk kanak-kanak 1 hingga 3 tahun boleh diberikan Mealshake. Manakala utk 3 tahun ke atas boleh diberi chew vit c shaklee bagi mengukuhkan sistem imun dan boleh diberi suku daripada sachet nutriferon untuk imun booster. 


Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.



Abang ngah hari tu batuk dan demam on off lepas bagi 1 sachet Nitriferon terus lega..3 hari lepas tu demam lagi. Sekarang Alhamdulillah..bagi diaorg bykkan minum air kosong. Penting tu!

Inginkan Konsultasi dari akak mengenai produk Shaklee..boleh terus wsap akak yer.

012 4513311

Monday, August 22, 2016

TIPS MEMPERKENALKAN MAKANAN PERTAMA BAYI

Bila ada newborn baby ni seronok dan teruja sangat nak tunggu diaorg masuk 6bulan. Nak masak bagi baby comel ni makan la..hihi  

Anak pertama dan kedua dulu pun sama. Macam2 ibu explore. Macam2 ibu masak..😃 
Mari kita lihat tips/panduan untuk2 ibu2 menyediakan makanan bayi. 

Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan 

1.  Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. 

2. MINGGU PERTAMA Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree. 


Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh. 

Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi 
✅ pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul. 

✅ elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon 
🌹 puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar 
🌹 puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu 
🌹 puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu 
🌹 boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa makanan Pejal Bayi 

3.  Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri: Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium 

4.  MINGGU KEDUA 
Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula. Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak. 

Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi

🍥 Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin. 
🍥 elakkan peria &  petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin). 
🌹puree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar) 
🌹puree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu 
🌹puree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi keras. 

Makanan Pejal Bayi
5.  Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula. 

6.  Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan. Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah 7-10 bulan,

7.  4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan. 4 Day Rule bermaksud memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan. 

Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi. Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi. 

Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi

Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan. 
✅ telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella 
✅ Susu lembu/dairy products – risiko alahan Makanan laut – risiko alahan 
✅ Kekacang – risiko alahan 
✅ Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid 
✅ Yeast, cheese (keju) – risiko alahan 
✅ madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. 

Jadi..ibu2 dah boleh get ready yer..sama jugak mcm akak ni. Tak sabar nak dak qisya 6bln..😃😃

Semoga bermanfaat..

Monday, April 11, 2016

10 SEBAB BAYI ANDA MENANGIS



1. Bayi lapar?

Ini sebab biasa kenapa bayi menangis.  Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu.  Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa.  Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa.


Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin penuh!!
Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinnya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!
Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!
Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur
Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!
Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!
Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.


8. Saya mahu berehat!
Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!
Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!
Ini adalah sebab terakhir, kenapa bayi menangis. Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda. Belajar cara mengatasi bayi menangis agar cepat reda dan tenang.

Tuesday, October 20, 2015

RAHSIA BATUK & SELESEMA ANAK HILANG TANPA UBAT

Minggu ni paling menguji kesabaran disebabkan batuk yang berpanjangan seisi rumah. Paling risau anak-anak la kan.  jom kita tengok rahsia batuk dan selsema anak hilang tanpa ubat mahupun antibiotik?



Rahsia rawatan yang disyorkan adalah:

1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.

2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.

4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

5. Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak..

6. KUNYIT: ditumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

7. BAWANG PUTIH :
Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus,  memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya akan membantu.  Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (hana menggunakan garlic shaklee)

8. NAIKKAN IMUN SISTEM
Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan seperti pengambilan supplement yang meningkatkan antivaral protein.

semoga sedikit info diatas membantu kita sebagai parent. InshaAllah..

Tuesday, October 13, 2015

KENAPA BAYI TIDAK BOLEH DIBERI MAKAN SEBELUM 6 BULAN?


Saya pernah disarankan oleh makcik utk memberi nestum kpd anak saya yg ketika itu baru berusia 3 bln. 3bln OK!!! Huhu. Namun memang saya tak endahkan. Mak saya pun melarang. Alhamdulillah masih ada yang memahami.

WHO menyarankan agar pemberian makanan kepada bayi seharusnya dimulakan pada usia 6 bulan ke atas. Begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendek kata semua badan-badan ini menggalakkan ibu menyusukan bayi mereka secara ekslusif, iaitu tidak perlu dicampur dengan makanan lain termasuk air masak ataupun susu formula sehingga bayi berusia 6 bulan.




Ramai ibu2 diluar sana menganggap bila anak nangis jer sebab anak lapar. Ala, susu tak cukup tu..kena top up nestum!..hihi

Diakui, masih ramai ibu yang tidak mengikut saranan dan polisi ini kerana beberapa sebab berikut:

  • Bayi dianggap bersedia untuk menerima makanan pejal daripada mulutnya yang suka mencicip-cicip.
  • Menganggap bayi lapar dan susu ibu tidak mencukupi.
  • Menganggap perut bayi adalah kuat seperti perut orang dewasa dan boleh menerima makanan lebih awal.
  • Menganggap bayi akan cepat kenyang dan boleh tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya, bayi bukanlah orang dewasa yang bersaiz kecil dan sudah tentu organ-organ dalaman bayi tidak sekuat orang dewasa. Tanggapan-tanggapan di atas memang amat salah sama sekali.

Kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedian untuk menghadam makanan-makanan pejal yang lebih kompleks termasuk kanji dan karbohidrat. Proses penghadaman ini memerlukan enzim-enzim tertentu dan tubuh bayi belum menghasilkan enzim yang cukup untuk proses ini.Walaupun bayi mempunyai enzim amilase dalam air liurnya namun enzim ini belum cukup bagus untuk menjalankan proses percernaan.

Tubuh bayi juga masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi daripada sumber telur, daging dan susu lembu. Manakala protein dalam susu ibu adalah berbeza kerana turut mengandungi enzim pencernaan sendiri.

Apabila proses penghadaman ini tidak berjalan dengan baik, bayi boleh terdedah kepada masalah usus tersumbat atau ‘istestinal obstruction’. Bukan sedikit kes bayi yang terpaksa ditebuk perutnya kerana masalah ini.

2. Kesihatan jangka panjang

Menurut kajian yang dijalnakan oleh Universiti of Buffalo, salah satu penyebab penyakit kronik ialah akibat pemberian makanan terlalu awal kepada bayi.

Jadi tak hairanlah, kalau anda terjumpa orang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan dengan baik, rajin bersenam tetapi tiba-tiba jatuh sakit atau meninggal akibat penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, strok, kegagalan buah pinggang dan sebagainya.

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang sudah diberi makan, sudah tentu akan kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana bayi akan menolak untuk menyusu dengan lebih banyak. Keadaan ini juga mungkin boleh menyebabkan susu ibu semakin berkurangan jika tiada rangsangan.

Fikir-fikirkan lah tentang masa depan anak kita. Ada mesej kenapa Rasulullah diserahkan kepada ibu susuan dan masih tinggal bersama Halimatul Al-Saadiah meskipun usia baginda sudah melebihi 2 tahun.

Sayangi masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah melihat bayi ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuk terima. Ikutlah saranan yang telah dicadangkan sebagai 1 usaha untuk memastikan anak kita membesar dengan kesihatan yang terjaga.


Bila boleh mulakan makanan kepada bayi?

Saya memulakan makanan pejal kepada bayi saya seawal usia mereka 7-8bulan. Bukan lah bertujuan menahan mereka dari makan tp pada ketika itu, saya amat pasti apa kehendak bayi saya. Tapi masuk jer 6 bulan memang saya dah perkenalkan cuma tidak secara kerap. Bermula dengan mengajar mereka secara sedikit2.

Usia yang disarakan untuk memulakan makanan pejal adalah 6 bulan kerana pada usia ini organ dalaman bayi semakin matang dan bayi memerlukan lebih banyak zat dan nutrisi untuk tumbesaran dan susu ibu tidak lagi mampu untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan ini.

Pada usia 6 bulan, makan separa pejal ataupun puri dimulakan dahulu dan ditingkatkan secara perlahan-lahan. Dalam masa beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur dan suhu berlainan boleh diperkenalkan. Ibu juga boleh menambah sumber protein daripada ikan, ayam, daging dan sebagainya untuk menggantikan protein susu. 

Diharapkan info diatas sedikit sebanyak memberi impak kepada ibu2 diluar sana terutama bakal ibu2 nanti. Sayangi anak anda...

Semoga berjumpa lagi dilain entry..

Monday, October 12, 2015

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

ANAK OBESITI? KETAHUI LANGKAH MENGAWALNYA.

oppsss...berat badan anak terlampau obes? macam mana nak menanganinya? Jangan la pula disuruh anak tu diet mcm kita yang dewasa ni kan..cuma ibu bapa perlu kawal corak pemakanan diaorg.

Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan tidak sepatutnya menjalani kawalan pemakanan terlalu ketat. Hal ini kerana emosi kanak-kanak tersebut perlu dijaga. Perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan ialah elakkan mereka mengambil makanan segera. Selain itu, jangan jadikan makanan segera atau makanan ringan sebagai ganjaran kepada anak-anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Seelok-eloknya, pastikan rumah anda sentiasa ada buah-buahan bagi mengelakkan mereka memilih snek yang tidak berkhasiat.

sweetnyer.blogspot.com



1. SEDIAKAN SARAPAN YG BERKHASIAT SETIAP PAGI

Sarapan yg berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan anak kita mendapat bekalan tenaga yg mencukupi untuknya menghadapi hari yg panjang. Sarapan anak-anak tidak seharusnya mengandungi lemak dan kalori yg berlebihan. Lemak & kalori yg berlebihan hanya akan memberikan tenaga untuk jangka pendek sahaja. Belum sampai waktu makan tengahari pun nanti, mereka sudah berasa amat lapar kembali!

Antara sarapan yg disarankan untuk kanak-kanak adalah:
  • Makanan berprotein tinggi seperti daging ayam, makanan laut seperti ikan, putih telur hancur, keju rendah lemak dan susu.
  • Makanan yg mengandungi karbohidrat mudah seperti wholemeal pasta, buah-buahan, kentang, roti bijirin penuh, keledek serta kekacang.
  • Makanan yg mengandungi lemak yg rendah seperti keju rendah lemak, minyak zaitun, kekacang serta mentega kacang.



2. ELAKKAN MINUMAN BERKALORI TINGGI

Kalori kebiasaannya mudah diperolehi daripada gula. Jadi, elakkan minuman yg mempunyai kandungan gula yg tinggi seperti minuman dalam kotak, jus buah dalam kotak/botol ataupun minuman berkarbonat. Anak-anak yg obesiti juga amat digalakkan untuk mengambil susu dari jenis rendah lemak.


3. BERIKAN MEREKA SNEK

Cara pemakanan yg sihat adalah makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Malah, snek mereka juga haruslah terdiri daripada snek yg sihat. Contoh snek sihat yg boleh diberi adalah bijirin penuh & rendah lemak, roti bijirin penuh, buah-buahan serta stick keju rendah lemak.


4. SEDIAKAN BUAH-BUAHAN BEKU SEBAGAI SNEK





Jika anak anda gemarkan snek beku seperti aiskrim, apa kata jadikan buah-buahan sebagai snek beku mereka! Anda boleh membekukan anggur, berries, pisang, tembikai susu dan sebagainya untuk mereka. Mungkin buah-buahan tersebut boleh dipotong mengikut saiz-saiz kecil yg comel ataupun mengikut bentuk-bentuk menarik bagi 'menggoda' anak anda. Anda juga boleh mencelup & membekukan buah-buahan tersebut bersama beberapa bahan lain yg menarik seperti dark chocolate yg kurang manis, jeli rendah lemak ataupun puding coklat rendah lemak.


5. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Seboleh-bolehnya jangan simpan apa-apa stok makanan ringan (ataupun orang Melayu panggil jajan) di rumah. Sebaiknya sediakan snek yg berkhasiat seperti buah-buahan pada tempat yg mudah dilihat & dicapai oleh anak-anak anda. Contohnya, di atas meja makan ataupun di kabinet dapur yg mudah dicapai oleh mereka.


6. LETAKKAN MAKANAN BERKHASIAT DI BAHAGIAN HADAPAN

Sama seperti di kebanyakan pasaraya; letaklah makanan yg berkhasiat di bahagian hadapan susunan stok makanan anda. Contohnya di dalam peti sejuk. Letakkan buah-buahan sejuk beku di bahagian hadapan berhampiran pintu berbanding aiskrim yg lain. Jika di dalam rak dapur pula, letakkan bijirin sarapan yg berkhasiat di bahagian hadapan berbanding stok makanan lain yg kurang berkhasiat. Jadi, anak-anak anda akan lebih cenderung untuk mencapai makanan atau snek yg lebih berkhasiat.


7. BUAH-BUAHAN DALAM BEKAS MUDAH CAPAI

Letaklah buah-buahan yg telah sedia sipotong kecil di dalam mangkuk ataupun bekas yg mudah diambil dan dipegang oleh anak-anak anda. mereka mungkin mahu membawanya ke ruang tamu untuk dikunyah sewaktu menonton televisyen.


8. MAKAN DI RUMAH

Makanan terbaik adalah yg disediakan sendiri di rumah oleh si ibu. Makanan yg dimasak di restoran ataupun di gerai kebiasaannya mengandungi bahan penambah perisa, garam & gula yg banyak. Ini adalah penyumbang utama kegemukan! Masakan yg dimasak sendiri di rumah adalah lebih selamat & lebih teliti penyediaannya. Malah, kita mempunyai pilihan sendiri untuk memasukkan apa-apa bahan ke dalamnya.


9. JANGAN PAKSA MEREKA MELICINKAN PINGGAN!

Jangan biasakan memaksa anak-anak menghabiskan kesemua makanan yg ada di atas pinggan mereka. Jika mereka mahu berhenti disebabkan mereka telah berasa kenyang, maka jangan paksa mereka untuk terus makan. Bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh mula dengan meletakkan makanan dalam kuantiti yg tidak terlalu banyak.

semoga info yang diberi bermanfaat untuk anda yang mempunyai anak obesiti...:)

Thursday, July 2, 2015

TINGKATKAN IMUN DENGAN NUTRIFERON

Nutriferon...memang wajib ada kat rumah saya..bagus sebenarnya untuk anak2..keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kita perlu tingkat imun tubuh..



Apa manfaat utama Nutriferon?

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan system imun tubuh dengan menerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
  • Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan Stres & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.



  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon Shaklee merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon Shaklee dalam menmerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit  belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
Setiap keluarga wajib simpan stock Nutriferon ni...:)..entry yg lepas ada Tips Anak Demam dan beberapa langkah mudah menjaga anak demam. Semoga bermanfaat.

Berminat mendapatkan stok Nutriferon wsap fiza 012 4513311
Ingin menjana pendapatan bersama shaklee dialu-alukan...:)

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...