Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

9 TIPS MENJAYAKAN MISI PENYUSUAN SUSU IBU SI KEMBAR ANDA

9 TIPS MENJAYAKAN MISI PENYUSUAN SUSU IBU SI KEMBAR ANDA

Baru-baru ni ada kawan kat FB lahirkan bayi kembar. Alahai comelnya si kembar. Salah satu impian akak dulu2 sebelum Muhammad Hadif lahir. Padahal tak der plak keturunan kembar ni. Berangan je lah...

Anak kembar? Maksudnya semua kerja nanti double. Huhu. Anak sorang pun rasa mcm susah nk handle...tambah2 pula anak kembar kan. Penatnya mungkin masa baby je lah. Bila besar nnti seronok tgk. Percaya lah..cewahhhh mcm ada pengalaman kan..haha

Tapi part menyusu memang akak tak leh nak bayangkan macam mana..huhu. Ada terbaca dalam Pa Ma mcm mn nak handle..so akak kongsi disini yer..
Semoga niat ibu2 nak menyusukan si kembar berjaya dan dipermudahkan.

1. Waktu kelahiran bayi
Kebanyakan bayi kembar lahir secara pramatang atas sebab-sebab kesihatan ibu. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi persiapan payudara untuk menghasilkan susu kerana ia memerlukan masa lebih lama untuk menghasilkannya.

Dalam hal ini ibu mempunyai dua pilihan sama ada memberikan bayi dengan susu formula terlebih dahulu atau mengepam payudara. Semakin kerap dipam, pengeluaran susu ibu akan semakin lancar dan banyak, maka ibu boleh menyusukan bayi kembar dengan normal.

2. Berkongsi pengalaman
Carilah sebanyak mungkin info dan perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah menyusukan bayi kembar. Kalau tak jumpa di sekeliling anda, cari sahaja di internet. Ada bermacam forum, blog dan laman web tentang ibu menyusu. Bahkan anda juga boleh berkonsultasi dengan konsultan laktasi yang kini ada ramai di luar sana bersedia memberikan khidmat nasihat berkenaan hal penyusuan.

Haa..yg ni memang byk sangat2 group2 ibu menyusu kat FB. Akak pun ada 2/3 org kawan yg berjaya BF anak secara eksklusif sampai 2thn. Steady kan..

3. Buat jadual menyusu
Waktu untuk menyusukan bayi kembar bergantung kepada ibu dan bayi sendiri. Namun kebanyakan ibu lebih selesa memilih waktu yang sama untuk menyusukan si kembar. Ada dua sebab mengapa mereka memilih masa yang serentak iaitu pertama kerana efisiensi waktu.

Walaupun memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi ibu tidak perlu bergantian menyusukan bayi yang pasti mengambil masa yang lama untuk ibu.
Kedua, ibu tidak perlu panik apabila salah seorang kembar menangis ketika sedang menyusukan seorang kembar. Jadi kalau anda memilih untuk menyusukan kembar serentak, lakukan ia sejak awal lagi sehingga pasangan kembar stabil memiliki jam penyusuan yang sama.


4. Memilih posisi selesa
Pemilihan posisi menyusu memainkan peranan penting dalam kejayaan penyusuan susu ibu. Posisi paling selesa dan sesuai untuk ibu beranak kembar adalah football hold ataucradle hold.
Alat bantuan seperti bantal menyusu sangat membantu ibu anak kembar lebih selesa dan tidak penat ketika menyusukan bayi. Dengan bantuan bantal ini, ibu tidak perlu terlalu memagang atau memeluk si kembar ketika mereka menyusu.

5. Selang-seli posisi
Jangan biasakan bayi anda menyusu di payudara yang sama secara terus-menerus. Jika sebelumnya bayi A sudah menyusu di payudara kiri maka untuk sesi penyusuan selepas itu biarkan dia menyusu di payudara sebelah kanan dan seterusnya.

6. Sokongan suami
Tiada siapa yang mampu memberikan sokongan sehebat suami sendiri. Jadi para suami mestilah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada isteri yang menyusukan anak apatah lagi anak kembar. Membantu menyiapkan kerja rumah, menyediakan minuman untuk isteri ketika menyusu si kembar dan sekurang-kurangnya berada di sisi isteri ketika proses menyusukan anak sedang berlaku sudah cukup membahagiakan isteri.

7. Sokongan Keluarga
Bukan setakat sokongan suami yg kita perlu. Akak yg sorang ni pun sama. Sokongan keluarga terutama mak sangat2 kita perlu. Sebab apa tau..kadang2 ada je mak2 kita boleh suggest bagi FM bila diaorg tgk baby kita asyik2 nk bunyi. Yang ni memang selalu sangat terjadi. Mcm akak pun masa Qisya baru seminggu mak dah suggest. Nasib baik akak kuat semangat tau. So..penting sangat2 sokongan keluarga terutama mak dan mil. Org lain tu lantak lah yer.

8. Educate Pengasuh
Yang ni penting bagi ibu2 yg bekerja. Kena cari yg betul2 boleh handle EBM. Tak kisah la samada sedara kita ke..jiran kita ke. Pastikan mereka tahu nk handle. Kita ajar pun tak per..yg penting mereka boleh jaga anak kita tu dengan baik. Bekalkan diaorg kelengkapan yg cukup seperti warmer. Penting tu.

9. Milk Booster
Kadang2 tak perlu pun milk booster ni tapi apa salahnya bekalkan nutrisi yg cukup kpd bayi kita kan. Dapatkan suplimen utk kita sentiasa cergas, sihat dan cukup vitamin. Nanti semuanya dpt diserap kepada bayi melalui susu ibu.

Boleh jer cari akak utk Set Menyusu. Perlu untuk keperluan anda dan bayi..

Dekat Pa Ma ada 6jer. Akak pepandai sendiri tambah lagi 3..haha.

Apa2 pun..semoga bermanfaat utk kita bersama.

AKIBAT AMBIL SET MENYUSU SHAKLEE

Macam gempak je tajuk entry hari ni kan. Saja2 jer akak nak bagi gempak gitu..😆😆

Haaa..ini lah testimoni terbaru akak manis ni selepas ambil set menyusu shaklee.

Zaman remajanya muka akak ni penuh dengan jerawat batu kan. Masalah ini disebabkan hormon yg tak seimbang. Bila dah kahwin..dah beranak dan mula amalkan supplimen shaklee..wow..flawless gitu muka akak ni.


Kalau korang nak tau..dengan konsisten amalkan set ni dari seawal mengandung akan menghasilkan kulit baby yg memang cun..bersih jer.
Tak percaya?.alahhh..apa kata korang cuba..😆😆

Nak cuba boleh jer wsap akak..
012 4513311

Tuesday, August 4, 2015

IBU MENYUSU PERLUKAN LEBIH KALSIUM!


Ibu menyusu perlukan lebih kalsium?betul tu dan sangat2 penting bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi.


  • Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira-kira 1.5% daripada berat badan kita.
  • Kita memerlukan kalsium setiap hari, sebab setiap hari kita kehilangan kalsium. Ini terjadi terutama kepada kaum wanita kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400 hingga 600 mg kalsium setiap hari. Disebabkan itu secara purata kita memerlukan 1000mg kalsium setiap hari.
  • Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang terutama warga tua wanita. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan tulang. Justeru pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tetapi untuk mencegah. Jadi kalsium perlu ada dalam diet harian kita.
  • Kalsium. seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu vitamin B12 dan ia memerlukan vitamin D untuk penyerapan, dan juga vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.
Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory made mengandungi bahan-bahan yang mereputkan tulang.

Khasiat untuk penyusuan ibu

Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah dan ini memberi kesan kepada kebanyakan ibu. Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.

Jadi kepada ibu-ibu yang mengalami masalah kurang susu semasa period, ibu boleh mosteoengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.

Minum susu tak cukup? Tiada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tidak memudaratkan untuk jangkamasa panjang.

Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami masalah susu kurang semasa period.

Ostematrix lebih daripada sekadar kalsium

Jika susu kurang, ibu pun janganlah kurang mengepam. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping. Siapa kata jika ambil suplemen tidak perlu pam banyak kali?

Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan. Pasti anda tidak sanggup hadapi masalah tulang dan osteoporosis nanti kan.

Wednesday, March 11, 2015

Penyusuan Susu Ibu: Keperluan Ibu dan Bayi

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusui?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolik yang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan.

Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat.

Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda. 

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 



~ fiza~

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...