Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

Friday, November 10, 2017

MEAL SHAKES PENAMBAH SELERA BUAT SI MANJA

Meal Shakes shaklee penambah selera buat simanja anda.

Sebagai ibu semestinya kita nak yang terbaik buat anak-anak kan. Ada sesetengah budak ni sangat cerewet memilih makan. Kalau kena yang ok, semua makanan dia bedal je..hihi


Tapi bagi yang memilih atau tak de selera nak makan susah jugak tu. Ada banyak cara untuk tambah selera makan mereka ni sepeti yang dah kak fiza cerita pada entry sebelum ini.

Cuma hari ni nak huraikan panjang sikit tentang pengambilan sumber nutrisi yang cukup lengkap untuk simanja anda. Penyelesaian kepada masalah anak-anak susah makan ni, boleh la amalkan Meal Shakes dari Shaklee.


Kenapa Meal Shakes?
Meal Shake memang kesukaan anak-anak tau. Rasa Vanila memang nyummy sangat. Ianya mengandungi sumber protein serta, Kalsium, Vitamin dan Mineral penting, Meal Shakes memang pilihan terbaik bagi mengembalikan selera makan anak. 

Meal Shakes juga memberikan mereka nutrisi yang lengkap dan sempurna. Kalau dah cuba sekali pasti repeat berkali-kali. Dah ramai parent yang memberi anak mereka cuba Meal Shakes ni dan berjaya menaikkan selera makan. 


Bukan sahaja untuk menambah selera makan, ibu-ibu pasti teruja bila dengan amalnya Meal Shakes ni, anak-anak dah jarang sekali nak sakit atau demam. Sememangnya Meal Shakes juga bagus untuk kuatkan imun mereka. Parut-parut luka juga cepat sembuh. 


Banyak lagi manfaat Meal Shakes ni tau. Bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi orang dewasa juga boleh amalkan.

Mealshake sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas hinggalah orang dewasa. Nak Multivitamin dalam bentuk selain dari pil, Mealshake adalah pilihan tepat dan terbaik.

Berminat nak dapatkan Meal Shakes Shaklee buat keluarga anda boleh roger Kak Fiza 012 4513311. Call/wsap/sms..insha Allah akak layan nanti.


Wednesday, November 8, 2017

PETUA MUDAH ATASI BAYI SEMBELIT

Assalamualaikum...

Pernah tak mummy alami masalah bayi bawah 2 tahun sembelit?



Sembelit ni biasanya terjadi sebab bayi anda kurang pengambilan makanan berserat. 

Sejak Kak Fiza jadi baby sitter kat sorang anak jiran ni, terpaksa la google macam2 cara sebab si debab ni selalu sangat sembelit. Mungkin sebab faktor FM yang dia minum dan kurangnya air dan makanan berserat tadi.

Baby Qisya setakat ni Alhamdulillah tiada masalah membuang ni. Hari2 tanpa miss dia buang...haha

Ni salah satu tips pemakanan yang pernah dicuba. Memang menjadi..

Bahan:
- 50 gram daun bayam, cincang halus
- 500 ml air
- 50 gram avokado dilenyek halus
- 1 sudu besar margerin

Caranya:
1. Rebus bayam sehingga layu.
2. Masukkan margerin, masak sekejap dan angkat.
3. Masukan avocado dan kacau rata, siap dimakan!

Foto: Pa&Ma

Dan disaat nak siapkan entry ni, terjumpa satu lagi tips dengan menggunakan satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dan dicampurkan ke dalam susu anak. Bancuh dengan air suam atau air masak sahaja tau. Nanti masak plak tepung tu kalau air panas.

Bila nak bancuh susu tu, korang kurangkan la satu sudu susu dan tambah satu sudu tepung ni tadi. Sehari sekali pun dah cukup tapi kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Jangan lebih2 sebab nanti cirit plak baby tu sebab tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis.

Insha Allah, masalah sembelit akan selesai.  
Mummy ada cara lain? Jom kita share. Mana tau berguna nanti kan...

Kak Fiza
SungaiPetani

Tuesday, November 7, 2017

8 CARA TAMBAH SELERA MAKAN ANAK-ANAK

Cara tambah selera makan anak.

Ada tak mommy2 yang berhadapan anak 2 tahun yang kurang selera makan? Awalnya makan memang tak memilih tapi masuk satu ketika dah kurang selera makan.


Pengalaman anak dah 3 ni, Kak Fiza dapat kenalpasti anak2 yang usia begini sememangnya selera makan mereka tak menentu. Bagaimana nak buat yer?

1. Jangan Paksa
Jangan paksa anak2 ni makan. Cari waktu yang sesuai dan pujuk la dengan kasih sayang.

2. Makan ketika lapar
Kalau anak yang dah besar, mesti diaorang akan cari makan. Contohnya, lepas pulang dari sekolah atau selepas bermain. Bagi yang masih menyusu, elakkan bagi minum susu dulu selepas bangun tidur tu. Kalau dah diberi susu, potensi mereka nak makan tu makin kurang.

3. Makan bersama
Anak2 akan lebih excited nak makan bila dah ramai dan makanan terhidang depan mata ni. Biasanya kita ni mesti nak suap anak makan dulu kan. So, apa kata ubah aktiviti makan2 ni...hihi

4. Hidangan makanan yang menarik
Bila makanan menarik dan pelbagai warna, mereka akan lebih excited nak makan kan...



5. Elakkan Jajan/Snek
Ada cara terbaik untuk elakkan anak makan Jajan ni. Yang ni memang tak elok la kan untuk tumbesaran mereka. Tapi kadang2 bila kat sekolah memang kita tak boleh larang mereka nak beli. Area rumah kak fiza ni pun ada orang jual jajan depan rumah. Alhamdulillah, anak2 Kak Fiza memang tak gemar sebab dari awal dah diajar tapi kadang2 teringin bagi jelah...huhu

6. Elakkan makan sambil bersulam air
Dah habis makan baru lah minum air. Sebab kalau minum air ketika makan nanti perut cepat kenyang. Nanti dah makanan tak habis...

7. Ajar anak2 makan sendiri
Umur setahun setengah Kak fiza dah ajar anakakan sendiri. Biarlah bersepah pun..nanti boleh kemas kan.

8. Tanya pendapat anak2 menu yang mereka suka
Haaa...ni memang anak2 Kak Fiza la. Yang Along agak cerewet bab makan..jadi, setiap kali nak masak kena tanya dia dulu. Angah plak senang..tak kisah pun apa ibu masak.

Kann senang tu. Tapi pada anak2 yang memang tak jalan semua cara ni, InshaAllah Kak Fiza ada cara yang lagi best untuk membantu anak2 ni lagi berselera nak makan. Makanan tambahan Meal Shakes ni sangat sesuai untuk mereka.

Pada anak2 yang bermasalah nak makan, apakata praktikkan cara ni. Ataupun kalau korang ada cara lain meh la kita kongsi..

KakFiza
SungaiPetani

Wednesday, June 1, 2016

MEAL SHAKE TINGKATKAN KESIHATAN DAN PRESTASI ANAK

Lamanya pn fiza tak update blog yer...hehe..mood kelaut sungguh la sejak preggy ni..


Ok..bulan ni cuma nak bagitau la..ada promosi best untuk anak2 kita semua iaitu meal shake. Nak ulas lanjut pasal meal shake dah ada kot entry pasal ni sebelum ni..apa kata kita up testimoni je..


TESTIMONI dari puan ZAINAH MUKHTAR menggunakan set kanak2 termasuk meal shake





[ VITAMIN SHAKLEE TINGKATKAN KESIHATAN & PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK ]

Anak-anak adalah permata hati ayah dan ibu. Bila anak berjauhan hati tak tenang rasanya. Anak saya 2 orang tinggal di asrama. Seorang tingkatan 1 dan seorang lagi tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi.

Saya selalu risau akan kesihatan dan makan minum mereka ketika di asrama. Saya risau jika mereka terpengaruh dengan kawan-kawan untuk makan mi segera dan makanan yang kurang berkhasiat. Maklum sahaja kat asrama makan nasi sekali sehari sahaja. Malam-malam lapar, mula mencari makanan segera.Serius itu la kerisauan saya setiap kali nak hantar mereka balik asrama selepas cuti.

Makanan di asrama juga saya tak tahu akan tahap kebersihannya. Berdoa sahaja agar ia tidak memudaratkan anak-anak yang makan. Takut juga bila dengar banyak cerita keracunan makanan di asrama.Saya ambil inisiatif untuk memberi anak-anak saya extra perlindungan dengan memberi mereka suplemen yang di jamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI iaitu vitamin jenama SHAKLEE.

Saya mula memberikan suplemen kepada anak saya yang sulung sejak hari pertama dia di asrama, saya bekalkan MEALSHAKE, OMEGA GUARD dan VITA-C CHEW. Kesukaan anak saya yang sulung ni adalah Omega Guard, habis ajer mesti dia telefon cakap dah habis, bila nak hantar yang baru. Sabar je la, Omega Guard tu mahal kakak…hihiii. Tapi demimu anak ibu sanggup berhabis untuk kesihatan dan keperluanmu.

Anak sulung saya, Asyha sangat sukakan suplemen Shaklee ni, daripada tak pandai nak menelan yang jenis kapsul tu, pernah tersembur masa mula-mula belajar telan Omega Guard, sekarang dah pandai demand nak try yang lain pulak…hahaa. 

Alhamdulillah, sejak mengamalkan vitamin Shaklee ni, Aysha memang jarang demam ketika di asrama.  Selama hampir 3 tahun di asrama, baru sekali dia kena demam dan sekali kena chicken pox sebab berjangkit dengan adik dia ketika balik cuti. Syukur juga ketika dia demam, demam dia tak lama. Saya siap pesan supaya amik Vita C Chew lebih sikit untuk cepat baik.

Sakit demam atau batuk dan selsema di asrama memang cepat berjangkit. Jadi saya berusaha untuk melindungi dan meningkatkan imun anak saya denga suplemen Shaklee.

Omega Guard dan Mealshakes dia kata best sebab dia rasa lebih cergas dan bertenaga. Bangun pagi seawal jam 4.30 pagi dan tidur selewat jam 11 malam pun dia boleh fokus untuk belajar. 

Alhamdulillah keputusan peperiksaan pun agak baik, dalam ranking 10 teratas dalam tingkatan setiap kali peperiksaan setakat ni.

Itulah ShakleeEffect yang anak-anak saya perolehi. Sampai sekarang masih maintain dan konsisten amalkan vitamin Omega Guard, Mealshakes dan Vita C Chew.

Saya sangat sarankan pada semua ibu bapa untuk memberi juga anak-anak mereka vitamin yang dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ni iaitu vitamin SHAKLEE.

Terima kasih Shaklee!

Panjang lebar testimoni kali ni..inginkan maklumat lanjut hubungi fiza yer. 012 4513311

Monday, April 14, 2014

SET DIET SHAKLEE

Risau dengan berat badan yang bertambah? lemak sana sini? Jangan risau lagi..InsyaAllah Shaklee menawarkan rangkaian produk/suplimen yang dapat membantu anda mengurangkan inci/berat badan anda kembali padaberat yang ideal. Tetapi, perlu fiza ingatkan di sini, bukan hanya dengan mengamalkan suplimen ini sahaja anda terus akan KURUS. NO..NO..NO.. Pada sesiapa yang ingin amalkan produk ini TETAPI tanpa disiplin yang tinggi, tanpa pemakanan yang betul..dinasihatkan untuk TIDAK mencuba produk ini.

Sememangnya, dalam apa juga pengambilan suplimen DIET, anda perlu ada ciri-ciri seperti di bawah:
  • disiplin yang tinggi
  • corak pemakanan yang betul, diet seimbang
  • pengambilan air putih yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3L sehari)
Ini akan dapat membantu anda untuk membakar lemak & sekaligus dapat mengambalikan berat badan ideal anda.




Konsep 3B (BAKAR, BUANG & BINA)

Detox 
  • merupakan proses membersihkan usus yang membuang segala toksin, lemak dan lendir yang melekat didinding usus dan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus kita bersih, badan kita secara automatik dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
  • Herb Lax dan Alfalfa Complex adalah sesuai untuk Detox. Pengambilan air yang cukup adalah sangat-sangat penting semasa proses ini. Namun bagi mereka yang mengalami masalah sembelit boleh mencuba Herb Lax. Manakala bagi yang tidak mempunyai sebarang masalah pembuangan boleh mencuba Alfalfa Complex. Ibu-ibu yang sedang menyusu anak TIDAK digalakkan untuk mengambil Herb Lax kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada anak.

 

Memecahkan Lemak

  • Pengambilan Lecithin & Omega Guard mampu mmemecahkan lemak yang terkumpul didalam badan kita. Lecitin adalah “pengemulsi lemak semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dimana ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.
peringatan: perlu kurangkan pengambilan lemak & minyak dalam diet seharian


 

Membina Otot

  • Pengambilan Protein adalah sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sehingga 35%. Anda boleh memilih samada Cinch Shake atau ESP / Meal Shake (untuk ibu-ibu hamil).  
  • Protein perlu diambil Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan pengambilan protein dalam setiap menu diet anda.

Adalah penting untuk menjaga pemakanan yang sihat & jangan lupa untuk bersenam sekurang-kurangnya seminggu 2x atau sekali seminggu. Jangan mengharapkan hanya semata-mata suplimen untuk menjadikan anda kurus!


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Tuesday, February 18, 2014

Meal Shakes Shaklee

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
 

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Kebiasaanya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak.

Manfaat Utama:
  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis Vitamin Mineral dan zat yang perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut.

  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

  • Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.

  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, D, E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

  • Mengembalikan Seri Wajah - Mengandungi Vitamin B yang lengkap, Zat Besi & Cooper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.

  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut & usus.

  • Rasa yang Sedap/Lazat - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral & juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan

LIHAT TESTIMONI >>>  TESTIMONI MEAL SHAKES SHAKLEE

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...