Showing posts with label KEAHLIAN. Show all posts
Showing posts with label KEAHLIAN. Show all posts

Wednesday, August 2, 2017

JOIN AHLI DAPAT VITAMIN C MURAH

Assalamualaikum...

Lamanya blog Kak fiza bersawang..hihi. Ada kesempatan hari ni, jadi nak update promosi shaklee untuk bulan ni pada sahabat semua.

Bulan ni ada promosi best sangat dari shaklee untuk mereka yang minat nak join ahli tu.


Tengok poster pun dah macam best kan.? Memang best la korang. Kak fiza yang dah ahli pun tak dapat beli dengan harga RM63.60. Murah sungguh dari harga ahli ni...😂😂😂

Aoa yang korang perlu buat?
1. Sign up ahli rm69.50
2. Buat belian produk shaklee 100uv (kira-kira RM500+)

Jadi, korang dapat beli sebotol Vitamin C (180tabs) hanya dengan harga RM63.60.

Atau korang nak shaker je pun boleh. Cantik tau shaker pink tu..gojes sangat color dia dengan harga RM19.06 sahaja.

Tapi, kak fiza suggest..korang beli la kedua2nya. Tak rugi pun sebab masih jimat tau..

Apa istimewanya join ahli shaklee ni? Haa korang leh tengok dekat entry Keahlian Kak fiza yang lepas2.

Teruja tak dengan promosi keahluan bulan ni? Best sangat kan. Jadi, cepat-cepat hubungi Kak Fiza 012 4513311 untuk keterangan lanjut.

Monday, March 27, 2017

MLM SHAKLEE PATUH SYARIAH. KETAHUI 9 ASAS MLM PATUH SYARIAH

Assalamualaikum..

Tergerak hati nak kongsikan mengenai MLM yang patuh Shariah ni. Semua sedia maklum Shaklee merupakan syarikat suplimen yang berkonsepkan MLM juga. Jadi shaklee ni patuh Shariah ke tidak?

Perkongsian Ustaz Zaharuddin mengenai Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM ada penjelasan lanjut.

Seriously, memula join shaklee dulu Kak Fiza tak tau pun Shaklee adalah MLM. Apa yang akak nampak cuma jenama Shaklee. Means produk Shaklee itu sendiri.


9 Asas di Yakini Bahawa Shaklee Patuh Shariah:

1. PRODUK
Mana-mana syarikat MLM yang patuh shariah perlu ada produk yang nyata. Kita nampak produk yang dihasilkan dan produk tersebut mestilah berkualiti, bermanfaat, membawa kebsikan kepada pengguna akhir dan juga HALAL.

Shaklee ada semua tu dan terbukti produk shaklee HALAL.

Produk yang dihasilkan juga dibangunkan bersungguh-sungguh. Terbukti juga shaklee bukannya produk belakang rumah je tau. Pengeluaran produk shaklee terkawal, bermutu tinggi, selamat digunakan dengan ujian yang dijalankan berkali-kali.

Shaklee juga melaburkan berbillion untuk mengawal dan mengkaji setiap pengeluaran produknya dan dihasilkan melalui kajian santifik oleh barisan Saintis terkemuka.

Kekuatan Shaklee adalah pada PRODUK nya.

2. PRODUK BUKAN EMAS DAN PERAK
MLM yang patuh shariah TIDAK BOLEH menjual produk berasaskan EMAS dan PERAK.

Jadi tentunya Shaklee MLM yang patuh shariah.


3. KOMISEN DIBERI MESTI JELAS
Pasti komisen yang kita terima jelas dan kita tahu berapa nilai yang patut kita dapat. Syarikat bertanggungjawab menjelaskan kepada Ahlinya.

Setiap pengedar Shaklee jelas berapa Komisen yang patut kami dapat. Setiap produk mempunyai nilai keuntungan sehingga 25%. Peratus komisen daripada jualan juga sangat jelas peratusnya dari 5 -21%.

4. KOMISEN BUKAN BERDASARKAN BILANGAN TAJAAN / KEPALA
Bila ada ahli baru register, kami tak dapat apa pun. Tiada KOMISEN tajaan dan sebagainya. Just tolong registerkan. Kadang2 tu kena keluar duit minyak lagi kot bila pi COD barang dekat ahli baru..tapi memang best la sebab makin ramai sukakan shaklee.

5. TIADA SYARAT MINIMA UNTUK AHLI
Tiada paksaan untuk menjadi ahli dan tiada syarat pembelian minima untuk jadi ahli. Bayar rm68.90 + pos rm10.60 untuk keahlian..DONE. Nak bayar untuk keahlian sahaja pun boleh. Nak sekalikan beli barang pun boleh.

Tapi yang bestnya, bila dah minat nak join ahli dan tiba-tiba terbeli lebih 200uv (RM700 +-), dapat lah keahlian percuma.

Bulan2 berikutnya tak nak beli pun tak jadi masalah. Dan berkuatkuasa hujung tahun lepas shaklee letak syarat 'renew keahlian' untuk membendung ahli tak aktif.

Tak aktif..means langsung tak membeli dalam setahun. Dah kenapa join ahli kalau tak nak beli. Kan dah rugi.

Renew keahlian pun still dapat kelebihan pada ahli sendiri. Contoh tahun ni boleh renew dengan RM30 diberi dalam bentuk voucher yang boleh diguna semula. Untung kan..

6. UPLINE (ORANG ATAS) MESTI MENARUH USAHA ATAS JUALAN DOWNLINE (ORANG BAWAH)
Point ni sangat penting dari sudut syariah.

Upline mestilah menyumbang khidmat, tenaga, motivasi, pembelajaran dan bimbingan kepada Downline.

Jika tiada bimbingan diberikan kepada Downline bermakna Upline tersebut yang tak bertanggungjawab pada orang bawahnya dan bimbang hasil yang dapat nanti adalah hasil yang syubhah.

Konsep di Shaklee sangat mudah. TIADA HASIL TANPA USAHA dan KOMISEN diberikan sehingga level ke 6 sahaja. Jadi, leader mesti dan wajib bimbing Downline hingga level 6.

7. TIDAK GUNA SKIM PIRAMID
Tiada istilah SIAPA JOIN DULU, DIA UNTUNG BERGANDA!.

Shaklee bagi peluang sama rata pada semua ahlinya. Siapa usaha lebih, dia yang dapat lebih. Downline boleh terus atasi Upline.

Ada yang pangkat Downline lebih tinggi dari Upline nya. Tiada yang mustahil sebab bila kita usaha..kita yang dapat.

Sememangnya tiada penindasan berlaku.

8. KOMISEN DAN BONUS YANG TELUS
Semua ahli tahu setiap sen yang bakal diterima dan bila jadi ahli memang wajib tahu cara kira bonus sendiri. Sebab kita sendiri tahu berapa % kita patut dapat hasil usaha kita.

9. MENSTRUKTUR PLAN PEMASARAN ANTARA AHLI DAN ORANG BAWAHAN SECARA MUSYAKARAH
Perkongsian untung rugi berdasarkan jualan masing-masing dengan nisbah keuntungan yang telah ditetapkan dari awal.

Shaklee dah tetapkan berapa bonus yang kita dapat. 150uv ada % yang tetap. 300uv pun ada % dan % tersebut tetap tidak berubah. Nak dapat 21% kena usaha dapatkannya.

Jadi, ahli shaklee memang merujuk pada % ni untuk dapatkan bonus. Macam mana nak dapat?
Kena lah usaha kan.

Sangat jelas kan bahawa Shaklee memang patuh shariah. Masih lagi ragu dengan shaklee, boleh terus hubungi Kak Fiza untuk keterangan lanjut.

https://www.wasap.my/60124513311

Saturday, December 17, 2016

MISI MENCARI RAKAN NIAGA

MISI MENCARI RAKAN NIAGA/MENTEE..

Assalamualaikum semua..dan selamat berhujung minggu.


Masih mencari-cari bisnes apa nak buat? Nak dok rumah jer tak nak tapi nak duit? Kak fiza membuka peluang untuk adik-adik yang ingin mencari extra income.

Kenapa? 
1. Bisnes sangat mudah, modal rendah sangat..RM79 sahaja untuk keahlian
2. Tak perlu keluar modal beribu untuk buat stok bertimbun. Ada orang order baru gi beli barang atau terus online sahaja.
3. Syarikat kukuh..dah berpuluh tahun bertapak di Malaysia
4. Ada barisan SAINTIS hebat 
5. Produk yang memang terbukti berkesan dan ada LANDMARK STUDY
6. Produk yang sentiasa ada sambutan dan terbukti selamat.

Tak tahu berniaga? Malu nak jual?
Kami ada GROUP dan leader hebat yang mampu guide anda semua menjadi hebat.

Yang penting!!
1. Nak belajar dan belajar
2. Komited dan No Alasan
3. Nak berjaya dan terus berjaya
4. Ada smartphone dan internet
Anda berminat dan ada ciri-ciri di atas...terus roger akak..

0124513311


Friday, December 9, 2016

JANA PENDAPATAN ONLINE UNTUK LEPASAN UNIVERSITI

Assalamualaikum semua..
Ada tak dikalangan kawan-kawan atau ada adik beradik yang baru je habis belajar? Tak kisah la baru lepas grad dari Universiti Awam ke atau swasta ke ataupun lepasan SPM pun ok..dan nak cuba berjinak-jinak dengan bisnes? Sekarang susah nak dapat kerja tau. Peratus nak dapat kerja dengan kelulusan kita ada pun berapa la sangat kan.



Lepas grad mesti korang nak cari kerja kan? Nak bayar PTPTN, nak bagi wang saku kat mak ayah, nak pakai motor/kereta macam orang lain dan bla bla lagi. Perlukan duit kan? Sebelum nak dapat kerja yang sesuai, apa kata korang join team shaklee akak. Lepas dah dapat incentif dari shaklee mesti dah tak ingat nak cari kerja nanti..percaya lah..hehe


Akak dulu grad dari UM tahun 2008 dan Alhamdulillah terus je dapat kerja dalam skop yang sama la. Tapi akak kerja tak lama dalam 2tahun lebih je. Lepas suami dapat transfer ke Utara terus berhenti dan fokus bisnes online 24jam. Ada jugak cari kerja tapi banyak company reject sebab masa tu akak pregnant. Sedeh kan?. So memang tekad beronline bisnes je lah.

Jadi..disini, akak ada tawaran hebat untuk adik-adik yang sedang mencari kerja. Dan akak juga memerlukan bisnes partner yang komited dan bersungguh-sungguh untuk bisnes online shaklee.

Kenapa Shaklee?
1. Modal serendah RM80 sahaja untuk daftar Keahlian. Ada juga tawaran keahlian percuma mengikut terma dan syarat.

2. Tak perlu susah payah simpan stok dan tak perlu keluarkan modal banyak beribu-ribu utk buat stok kat rumah. Sistem online shaklee sangat mudah.

3. Produk yang terbukti berkesan dan selamat berdasarkan kajian saintifik dan landmark study yang ada.

InsyaAllah..akan ada GROUP SUPPORT untuk bimbing kita semua mencapai 5 angka sebulan. 
Apa yang akak perlukan dari korang adalah:
  • Komited dan bersungguh-sungguh
  • Perlukan duit/suka sangat dengan duit tapi bukan nak jadi hamba duit tau.
  • Sanggup belajar dan tidak mudah give up
  • Berfikiran terbuka dan positif
  • Berani sahut cabaran
Ada ciri-ciri di atas? Hubungi akak sekarang. Bermula dengan 2 angka..3 angka dan mampu melonjak ke 5 angka dan seterusnya.


Sekiranya berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi Kak Fiza 012 4513311. Pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei amat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Fiza Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani


Thursday, December 8, 2016

CARA TAMBAH PENDAPATAN DENGAN BISNES ONLINE

Assalamualaikum..

Entry pembuka tirai hari ni. Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes online pada tahun 2008. Waktu tu saya masih bekerja di salah sebuah syarikat swasta di TTDI KL. Produk utama saya masa tu shawls. Biasa ambil stok kat Jalan TAR je.




Ye lah, mugkin waktu tu tiada perancangan, tiada target, jadi lah mcm sekarang. Tapi tak pe kan..masih ada waktu untuk merebut kejayaan.

Sekarang pun produk shawls, baju dan lain-lain masih seperti biasa. Boleh la buat extra income setiap bulan. Dan shaklee pun penyumbang tetap income saya setiap bulan.

Penting tau untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes online ni. Sebab sekarang semua urusan dah banyak yang dalam talian. Macam saya sendiri, semua bil, utiliti dan transfer duit dan lain-lain..semuanya secara online. Dah tak pernah beratur kat pejabat pos tu nak bayar bil. Mudah kan.

Disamping ada pendapatan tetap setiap bulan, dengan bisnes online juga boleh bagi kita pendapatan sampingan. Dengan keadaan ekonomi sekarang, semua barang makin mahal. Semuanya perlukan duit dan inilah platform terbaik untuk kita kan. Orang yang bekerja pun perlukan extra..lagi la saya yang dok rumah je. Nak jugak rasa pegang duit sendiri kan. Sambil berbisnes dapat uruskan anak-anak sendiri. 

Sebelum berjinak-jinak dengan Shaklee, pernah juga berhasrat nak kerja semula tapi bila fikir balik kenapa tidak buat bisnes sungguh-sungguh. Berikan komitment 100%. Alhamdulillah dengan bisnes sedia ada mampu dapat balik sebulan gaji terus tak fikir kerja dah. Kenal pulak Shaklee terus jatuh cinta dan nak jadikan Shaklee sumber pendapatan tetap saya. 

Ada rakan-rakan yang berminat untuk berbisnes online? Tak tahu nak bisnes apa? Nak tak join Shaklee?
Sekiranya ada yang berminat menjadi Pengedar Shaklee terus hubungi saya Fiza 012 4513311. Saya memerlukan pengedar di Seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kehadiran anda sangat diperlukan.

Pengedar Sah Shaklee Sungai Petani, Kuala Ketil dan 
Padang Serai 
Afriza Abu Hasan (Shaklee ID 949698)
012 4513311 (whatsapp /sms)
COD : Bandar Puteri Jaya, Econsave BPJ, Giant Sungai Petani

Tuesday, December 6, 2016

CARA SAYA MENJANA PENDAPATAN

Bonus bulanan buat apa?
Biasanya duit bonus menampung keperluan harian yang tak cukup. Biasa zaman sekarang ni semuanya duit. Keluar rumah mesti kena ada duit.


Alhamdulillah..walaupun tak banyak, boleha menampung keperluan bulanan kami. Kadang-kadang duit bonus saya buat modal beli barang. So ada lah barang kat rumah kalau kebetulan nanti customer cari kan. Dengan bonus jugak saya beli flyers dan semua keperluan untuk bisnes ni.

Banyaknya memang untuk keperluan keluarga lah. Dah memang bekerja untuk keluarga. Kawan-kawan yang lain mcm mana? Saya tengok kat newsfeed saya ni ramai yang berbisnes kan..

Kalau ada yang minat nak join saya untuk menampung keperluan keluaga..boleh hubungi saya 012 4513311

Wednesday, November 23, 2016

CARA MUDAH NAK DAFTAR AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum semua..selamat petang. Petang ni rasa nak menulis pasal benda alah ni. Alahai..asyik share pasal produk je kan. 

Ada ke yang berminat nak jadi ahli shaklee? Mesti la ada kan. Mungkin ada yang belum tahu cara yang mudah. Meh akak nak story. Banyak Kelebihan jadi ahli ni tau.


Gunakan telefon pintar anda - SMS/WHATSAPP "DAFTAR AHLI" dan hantarkan ke 0124513311. InsyaAllah sepantas kilat anda dilayan nanti.

Modal serendah RM69 sahaja dan hanya RM10 sahaja dikena

Keahlian PERCUMA sekiranya anda membuat pembelian produk shaklee berjumlah RM700 harga ahli (anggaran RM900+ harga retail). Nampak tak? Anda jimat RM200 disitu.

Inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi akak yer. 012 4513311

Sunday, October 2, 2016

DAFTAR AHLI SHAKLEE! DAPATKAN HADIAH PERCUMA

Oktober bulan yang sangat2 best. Eh bkn bln lepas dah best ke?haha..tiap2 bulan best la bg kami..

Apa yg best bulan ni?





HAPPY HOUR!!! 



Dari 1-15hb setiap ahli baru yang register layak dapat hadiah sebotol Lecithin dengan hanya membuat pembelian 100uv..


TAPI...ada lagi..

Sign up & pembelian 200uv dapat sebotol Vitamin C. Alahai...akak jeles ok. Senangnya korang dapat free. Akak dulu masa register dapat beg shaklee tu je tau..😂😂

Tau tak berapa harga sebotol Lecithin tu? RM52.50 dan Vitamin C RM92.50. Untungnya la siapa yang dapat tu.

LAGI2...

Macam biasa..semestinya ada BUY 6 FREE 1..Bulan ni Promo OMEGA GUARD. Bestnya minyak ikan ni. Yang bestnya dah la free 1 botol..dapat plak FREE MEMBER..bln depannya dpt plak BONUS!



PROMO OMEGA:

BUY 6 FREE 1 + FREE MEMBERSHIP + CASH BONUS



BUY 2 = 5% discount

Ada lagi yang best. Ini antaranya:




Inginkan maklumat lanjut boleh terus hubungi fiza yer..😃

🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

Thursday, August 27, 2015

GANJARAN TUNAI MELALUI PROGRAM Y.E.S


GANJARAN TUNAI MELALUI PROGRAM Y.E.S

Y.E.S adalah singkatan kepada Young Entreprenuer System. Program ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang menyertainya iaitu dengan membeli pack Y.E.S dan berpeluang menjadi Jutawan dalam masa 13 bulan sahaja sekiranya anda benar-benar FOLLOW dan DUPLICATE system YES ini.

Menarik kan?

Program Y.E.S ini sebenarnya dah bermula pads MAY yg lepas dan hanya terbuka kepada ahli baru yg menyertainya pada bulan tersebut sehingga akhir OCTOBER ini...haaa masih ada peluang untuk rakan2 diluar sana menyertainya.

Sangat banyak peluang, faedah/manfaat dan kelebihan ahli dari program Y.E.S ni..sangat2 jelesss tau..kita yang lama2 ni xde pun macam tu..haaa..memang ini peluang untuk anda yg berminat menambah pendapatan.



5 insentif hebat ditawarkan dalam program Y.E.S ni..
  1. Vitalea free
  2. 4 pakej set Shaklee dengan HARGA TANPA GST..wow jelezzz
  3. Hadiah Wang Tunai BERGANDA (gandaan 100%)
  4. Pendapatan EXTRA 10% - 60%
  5. Hadiah TUNAI sehingga RM18,000.00
Fuhhhh semangat...korang yang join melalui program YES ni memang bertuah sangat2.



Kenapa free Vitalea?
Bermula May lepas setiap kahlian baru beserta pembelian min 1 produk melayakkan anda menerima sebotol Vitalea secara percuma. Sempena 100 tahun usia Vitalea Shaklee. Vitalea Shaklee multivitamin terbaik dunia tau..pertama wujud kat dunia ni..:)



Pakej SET YES SHAKLEE yang paling gempak ditawarkan dengan harga Super jimat..Harga BEBAS GST..aduhhhh..nk nangis dengar GST...bestnya..

Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Sebagai contoh melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM1000 tapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM1000  +100%  iaitu bersamaan RM2000.

Pendapatan tunai extra 10% sehingga 50% setiap bulan selama 13 bulan. Contohnya bulan May anda layak menerima pendapatan tunai sebanyak RM1000, tetapi melalui program YES ini Shaklee akan membayar anda RM1500 pada bulan ini.

Hadiah tunai sehingga RM18,000 untuk peserta  program YES yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system ini dengan cemerlang.

Oktober dah dekat..pastikan anda mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini...hubungi fiza, 0124513311 utk keterangan lanjut..sama2 kita berjaya..Amin

Sunday, May 18, 2014

Sedut Ilmu lagi ~ Coaching by Mami & Dedi

Syukur Alhamdulillah..dapat juga bertemu dengan Mami Mia (upline shaklee).  Kenapa saya gelarkan dia Mami? 

Dalam Shaklee kami ibarat seperti keluarga dan tiada istilah upline atau downline. Kami anak-anaknya diberi perhatian lebih untuk berjaya bersama-sama mereka. Kami tidak dipaksa untuk menjual tetapi kami dipaksa untuk berkongsi. Berkongsi apa yang kami dapat selama ini. YES..betul..Shaklee juga adalah MLM tetapi dalam banyak-banyak MLM yang saya join, Shaklee mengajar saya sesuatu. Sesuatu yang saya inginkan selama ini. 

Bersama Shaklee, saya mula mendekatkan diri dengan Pencipta. Bukan bermaksud selama ini saya lupa tetapi kadangkala kita sebagai insan seringkali alpa akan tanggungjawab kita sebagai muslim. Kita lupa di mana kita berada dan kita seringkali lalai.

Shaklee cukup mudah. Kenapa saya kata mudah?. Shaklee memberi peluang kepada saya untuk meraih sedikit kejayaan setakat hari ini & saya inginkan lebih kejayaan pada hari esok.

Hari ini Mami & Dedi sanggup turun dari Melaka semata-mata untuk memberi kami sesuatu. Ilmu yang mereka dapat & praktikkan selama ini, dicurahkan sepenuhnya kepada kami 'face to face'. Selama ini hanya ber'coaching online sahaja kan, so hari ini Alhamdulillah dapat bertemu muka.

Banyak yang saya & rakan-rakan pelajari hari ini. InsyaAllah akan saya praktikkan untuk terus berjaya dalam Shaklee.
 


dapat gift lagi

Ingin bersama saya memeriahkan lagi GROUP GMF kami?. boleh hubungi saya fiza 012 4513311. InsyaAllah bimbingan ekslusif akan kami berikan.

KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK

  Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...