Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Prudential BSN Takaful. Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini hanyalah penerangan ringkas berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi saya dan bukannya sebahagian daripada polisi. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my untuk penerangan lanjut"
Wednesday, March 30, 2011
Penyusuan Ketika Hamil Tidak Mudaratkan Kandungan
Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?
Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor
Jawapan:
American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.
Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.
Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.
Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.
Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.
sumber: FB
## Alhamdulillah...masih diberikan rezeki utk ibu terus menyusu HI..cuma skrg ibu dah terpaksa top up FM (3bln dah)...insyaAllah lepas ni kita tandem nursing plak ye...semoga rezeki masih berpihak pd HI..AMIN
Tuesday, March 29, 2011
Modu Breast Pump
Mari, saya ceritakan serba sedikit mengenai MODU.
* Pam berganda 2 – double pumping – didatangkan dengan 2 set utk kegunaan pam berganda di dalam satu kotak – tak perlu beli aksesori tambahan. Semuanya 2.
* Mempunyai 6 level digital, level 1 dan 2 utk fasa stimulasi, dan seterusnya level 3 utk fasa vakum
* Pam penyusuan yang menyerupai nada hisapan bayi (mimic baby’s suction)
* Pam penyusuan yang tidak akan sekali-kali backflow
* Pam penyusuan yang mempunyai side function – nasal suction (utk bayi) dan cleaning function (akan di demo semasa pelancaran)
* 2 corong silikon – selesa dan tidak menyakitkan
* Pam elektrik yang mempunyai jangka hayat sehingga 2000 jam.
* Tekanan 500 – 1060 hPa
* Berat: 700 gram sahaja
* Warna: PINK
* Warranty: 1 tahun
* Sparepart dijual berasingan
Harga asal: RM599
Harga promosi: RM 559
Anda sudah boleh buat Pre-Order Pam Penyusuan MODU bermula hari ini – terhad kepada 30 ibu yang terawal sahaja dengan harga RM 499 sahaja!
* Pembayaran melalui kad kredit online (paypal), kad kredit di semua cawangan sarakids, m2u, ibg transfer dan tunai diterima*
** Pam akan mula di hantar kepada pelanggan pre-order pada 20 April 2011 **
BOLEH BELI KAT SINI: ONLINE
sumber: SARA KIDS
Tuesday, July 27, 2010
Hadif vs Susu Botol
hari ni ibu dah mula berjinak2 nak hantar resume..nak cari kerja la...abah sorang keja mmg xcukup..so ibu kena la berkorban..lagipun hutang PTPTN ibu sape nak bayar kan??dah lama tertunggak..huhu
ibu kalau boleh nak start keja lepas raya so skrg ni mula2 la survey & nak tempat yang dekat je gn rumah..memilih plak tu' hihi..ibu tak risau sbb byk je lubang keja area damansara/TTDI nie..yang penting xnak memilih keja..hopefullly ibu dpt keja yang bagus & rezeki utk anak ibu ye..setiap anak kan ada rezeki masing2..
Friday, July 16, 2010
SUSU..
2-3hari nie kuantiti susu ibu makin kurang la..adakah:
1) sbb ibu tgh 'gigih' dok gantikan puasa?? (maklum la masa pregg thn lepas byk sgt tinggalkan puasa)
2) sbb ibu dah xpernah pump susu?? (Hadif Irsyad tak nak isap dgn botol dah..dah banyak kuantiti susu ibu bazirkan/buang sbb bila dah panaskan dia xnak isap botol..nak direct je)
3) sbb lain??
semoga ibu dapat susukan Hadif Irsyad sehingga 2thn+..Amin
KAWASAKI DESEASE MENYERANG KANAK-KANAK
Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...
-
Fiza ada pengalaman sendiri lakukan prosedur HSG sekitar awal tahun 2008. Masa tu memang sanggup berhabis duit jumpa pakar O&G ut...
-
entry lepas geram lepas 2kali naik turun pejabat pemaju.. Google punya Google, jumpa macam2 blog, website pasal tuntutan pampasan ni..i...
-
Pengalaman Ibu dengan Penyakit Kawasaki – Qaisara Nama penyakit nampak lawak, tapi hakikatnya Kawasaki Disease ni sangat bahaya. Ia radang...