Thursday, November 9, 2017

RESEPI CUCUR BADAK SEDAP

Assalamualaikum...

Hari ni nak share coq badak sedap ni. Memang sedap dan lembut tau. Boleh cuba kalau tak caya..hehe

Sebenarnya gambar kali ke2 Kak Fiza buat. Yang 1st time tu kulit badaknya agak keras ckit sebab terlebih tepung. Tapi kita cuba lagi sampai berjaya...haha


Bahan-bahan untuk inti.
1/2 biji kelapa di mesin
4 batang serai *
2/3 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
10 - 15 tangkai cili kering (direbus) *
Halia (lebih kurang 1 inci)
2 sudu gula
100gm Udang kering / udang kepal
Garam secukup rasa
Daun kari

Cara2nya:
Blender je semua bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis dengan daun kari kemuadian masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan udang kering dan kelapa tadi dan kacau sehingga kering. Bagi kering tau..baru best.

Udang tadi boleh juga diblend..

Bahan untuk kulit:
Sebiji Ubi Keledek ( anggaran 300 - 400gm
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
Garam

Rebus ubi keledek hingga empuk. Masuk secubit garam semasa merebus. Kemudian toskan dan disejukkan dulu.

Lenyekkan dan digaulkan bersama tepung tadi. Kalau agak lembik boleh tambahkan tepung. Jangan banyak sangat tau. Agak2 boleh bentuk jer..

Senang kan..nanti boleh la cuba.

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...