Tuesday, November 1, 2016

KENALI APA ITU SLIPPED DISC

Pernah dengar Slipped disc? 
Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).





Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah. Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan. 

Sebelum itu,mari kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang. 

Keadaan Disc yang terbonjol Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. 

Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’, Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc). 

InsyaAllah entry akan datang, kita akan ketahui pula punca berlakunya Slipped Disc ni..stay tune..

2 comments:

Aina said...

Adik ipar dulu pernah kena slip disc. Doctor operate potong buang sikit tulang yang menekan bahagian saraf. Lepas tu alhamdulillah ok dah lepas dh pergi physio semua.

Fiza Hasan said...

Alhamdulillah dah ok..

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...