Cara merawat Fibroid
Fibroid ni macam sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim
(myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA
dan ia BUKAN KANSER. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa
disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat
umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid
Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul-ketul. Takut kan?
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding
rahim, khususnya pada lapisan otot. Rahim wanita mempunyai tiga
lapisan.
1. Lapisan paling luar lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.
2. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh
mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika
kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan
menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan
kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh
berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi
tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
3. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering
berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak
hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia
akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran
antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium,
lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini
dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor'
sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan
tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang
tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan
dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui,
dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya
tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus
daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid
pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan
daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang
tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa
ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK
BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR
MENGANDUNG dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan
wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping
ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu
sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim
menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur
dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid
ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa
yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan
fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak
terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan
wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan
setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat
atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak
lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah
serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami
ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat
daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di
sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan
progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan
paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua
minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu,
keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan
tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan
berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa,
ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau
kemandulan.
Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-meraka
yang menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX dan vitamin ACE iaitu
CAROTOMAX(VIT A), VIT C, VIT E.
No comments:
Post a Comment