Hepatitis B sememangnya penyakit yang mampu menjangkiti orang lain secara senyap tanpa kita sedari. Biasanya tanda-tanda hepatitis B akan muncul selepas 25-180 hari setelah dijangkiti. Setelah mengetahui punca terjadinya Hepatitis B, berikut antara tanda amaran Hepatitis B:
Tanda-tanda amaran Hepatitis.
- Mudah rasa letih dan kadang-kadang berasa letih yang teramat sangat walaupun tidak melakukan aktiviti yang berat.
- Kurang selera makan dan sering berasa loya.
- Kerap muntah-muntah.
- Demam.
- Sakit perut, terutamanya bahagian atas abdomen, dan mungkin mengalami gejala cirit-birit.
- Jaundis (kekuningan pada mata dan kulit).
- Apabila penyakit hepatitis sudah semakin melarat, mungkin akan terdapat halangan pada saluran hempedu dan menyebabkan gejala berikut:
- Air kencing berubah menjadi warna gelap (teh pekat)
- Najis berubah menjadi warna putih seperti tanah liat.
Sekiranya anda merupakan penghidap Hepatitis jenis akut (peringkat awal), anda mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom dijangkiti dan anda boleh menjangkiti orang lain dalam masa yang terhad dan boleh sembuh sepenuhnya.
Berbeza dengan penghidap yang kronik, sesetengahnya tidak menunjukkan tanda dengan jelas. Ianya dapat dikesan melalui ujian darah yang dilakukan sebanyak 2 kali dengan jarak antara kedua ujian ialah 6 bulan. Dan mereka boleh menjangkiti orang lain tanpa mengira masa.
Kesan Hepatitis B
- Sirossis hati
- Kanser hati yang biasanya terjadi di kalangan kaum lelaki
Mereka yang dijangkiti hepatitis B boleh mengambil masa dari beberapa bulan hingga setahun untuk sembuh daripada simptom-simptomnya. Hepatitis B juga boleh membawa kepada jangkitan hati kronik yang kemudiannya boleh menjadi sirosis hati atau kanser hati. Ramai individu yang telah dijangkiti kekal bebas daripada simptom selama 20 hingga 30 tahun. Namun, sepanjang tempoh ini, hati mereka mungkin akan rosak akibat jangkitan hepatitis B.
Bagaimana pula rawatan yang sesuai untuk penyakit ini? InsyaAllah saya akan kongsikan pada lain entry. Semoga bermanfaat untuk semua.
🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
FB: Afriza Abu Hasan
Page: Qisya E-Shoppe
Instagram: afriza_abuhasan
INFO KEAHLIAN ➡ AHLI
No comments:
Post a Comment