Punca Gout Menyerang Anda
Sambungan dari entry sebelum ini berkaitan Gout..kita nak lihat apakah punca gout ni. Sebelum ini pun dah ditekankan penyebab gout berpunca daripada kandungan Asid Urik (Uric Acid) yang Tinggi! Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout.
Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.
Jadi, sebagai pesakit gout, sangatlah penting untuk anda menjaga pemakanan dan ketahui dengan jelas makanan yang tidak boleh diambil.
- Asid urik berlebihan dalam badan
- Asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan
Komplikasi Gout
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Di dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering berhadapan dengan masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
- Penyakit batu karang
Faktor lain menjadi punca Gout ialah:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
- Mereka yang banyak mengambil minuman keras terutamanya bir dikatakan lebih berisiko mendapat sakit gout
2. Obesiti / kegemukan
5. Genetik
6. Pemakanan
Di atas adalah senarai punca penyakit gout secara umum. Jika ada antara factor-faktor tersebut ada dalam diri kita, pastikan sentiasa berwaspada. Jika mempunyai tanda tanda gout , segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor untuk membuat pengesahan. Pengesanan pada peringkat awal tentunya dapat mengelakkan keadaan lebih buruk.
- Merutama bagi mereka yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
- Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) boleh juga menyebabkan sakit gout.
- Mereka yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama boleh juga mengalami peningkatan dalam paras asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
5. Genetik
- Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
6. Pemakanan
- Sakit gaut juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Pastikan makan mengikut keperluan pyramid makanan
Di atas adalah senarai punca penyakit gout secara umum. Jika ada antara factor-faktor tersebut ada dalam diri kita, pastikan sentiasa berwaspada. Jika mempunyai tanda tanda gout , segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor untuk membuat pengesahan. Pengesanan pada peringkat awal tentunya dapat mengelakkan keadaan lebih buruk.
🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
FB: Afriza Abu Hasan
Page: Qisya E-Shoppe
Instagram: afriza_abuhasan
INFO KEAHLIAN ➡ AHLI
No comments:
Post a Comment