Tuesday, October 4, 2016

APA ITU HEPATITIS B?

Apa itu Hepatitis B? Bahaya ke? Ok..mari kita sama2 banyak membaca yer. Mungkin tak terjadi pada kita tapi mungkin juga terjadi pada ahli keluarga atau sahabat kita. Minta dijauhkan...

Biasa dengar kan..bila baby lahir je terus kena inject Hepatitis B dos 1. Masuk bulan sebulan Dos 2. Sebab apa tu? Nanti kita story kemudian. Jom berkenalan dulu dengan Hepatitis B ni.



Apakah itu Hepatitis B (penyakit hati/kuning)?

Hepatitis B ni adalah penyakit wabak (epidemik) yang 'senyap' dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama. 


Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus Hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. 

Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. 

Virus Hepatitis B




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia didapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.


Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak?

1. Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus.

Penyakit ini boleh merebak melalui:

  • Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
  • berkongsi jarum (seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur, berus gigi
  • kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
  • Mencacah tatu, akupunktur, elektrolisis dan menindik telinga
  • Perinatal (sekitar kehamilan)- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran
  • Hubungan seks dengan seseorang yang membawa virus ini.
Kumpulan Berisiko Tinggi
  1. Penagih dadah yang menggunakan suntikan
  2. Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
  3. Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (homoseksual, biseksual atau heteroseksual).
  4. Pesakit Hemodialisis
  5. Penerima hasil atau produk darah seperti pesakit hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah (yang tidak dijangkiti Hepatitis B).
  6. hli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV
  7. Mereka yang mengidap penyakit kelamin
  8. Mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara, negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.
  9. Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara-negara di mana HBV tersangat endemik.
Macam mana? Dah tahu serba sedikit tentang Hepatitis B kan. Next entry inshaAllah kita tengok pula punca berlakunya Hepatitis B ini.


🌹 Your Trusted SID 🌹
Tel/wsap: 012 451 3311
Instagram: afriza_abuhasan

INFO KEAHLIAN ➡ AHLI

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...