Thursday, July 2, 2015

6 TIPS MENJAGA ANAK DEMAM

Anak tak sihat? wahhh..susah hati tau..Alhamdulillah..anak2 saya jarang sangat nak demam..kalau pun suhu badan panas..kejap jer dah baik. Kadang faktor cuaca sama kan. Yang pasti kita mesti nak yang terbaik buat mereka.

Jom kita tengok tips yang biasa diamalkan oleh kebanyakkn ibu-ibu diluar sana..mudah dan InshaAllah..



1.  Sukat suhu badan anak

Pastikan setiap rumah ada termometer...haa..yang ada anak kecik mmg wajib beli tau..keadaan cuaca malaysia ni tak menentu..memang tahap kesihatan mereka pun tak menentu..Check’ suhu selalu
Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan termometer yang boleh didapati di kedai-kedai farmasi. Sebaiknya, setiap famili ada termometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau di telinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan. Alat ini penting dan perlu ada di rumah untuk kecemasan. Semasa anak demam, menjadi tugas anda untuk sentiasa cek suhu badan dia. Kawal suhu badan anak anda, jika terlalu panas dan melebihi 38 darjah celcius, ambil inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda.


2.Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu badan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan dalam air paip, kemudian tuam seluruh badan anak anda, di bahagian kepala terutamanya. kemudian tuamnya juga di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya.

Jika masih juga panas, segera mandikan dia dengan air paip, pastikan kepala dia sejuk sedikit dan tidak terlalu panas. Mudah petua anak demam ini bukan? Namun, berapa ramai yang melakukannya zaman ini?


3. Daun bunga raya
Petua anak demam dari orang tua-tua harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu badannya masih belum turun, pagi-pagi anda petik beberapa helai daun bunga raya, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit.

Kemudian daun tersebut anda potong kecil-kecil. Kemudian tapis dan ambil lendir daun tersebut. Lendir daun bunga raya boleh menurunkan suhu panas badan. Celupkan tuala dalam lendir daun itu, kemudian lumurkan lendir di kepala dan seluruh badan anak anda, buat selama 20-30 minit, insyaAllah, demam anak akan kebah.


4. Masakkan Bubur Untuk Anak
Pastikan perut anak tidak kosong. Jangan abaikan petua anak demam ini. Anak yang demam tiada selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang terlalu panas. Jangan sampai terjadi tonsillitis. Masakkan bubur kosong dan hanya bubur sedikit garam sahaja. Pastikan dia masih mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.

Aiskrim Vanila juga boleh diberikan kepada si kecil jika tekaknya sakit. Atas nasihat doktor, aiskrim vanilla dapat melegakan rasa panas dan sakit tekak. Boleh cuba beri anak makan sayur jika anak suka.


5. Minum banyak air dan susu
Berikan anak air masak yang secukupnya. Ramai sudah tahu petua anak demam yang ini, tetapi selalu mengabaikannya. Air masak perlu diberikan secukupnya, kerana ketika demam, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air. Badan yang kekeringan air lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan dan kalau kekeringan air ini dibiarkan melarat, boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum. Jika anak masih menyusu badan, berilah sekerap mungkin dia susu supaya panas badannya berkurang. Susu ibu juga penawar dan antibodi melawan penyakit.

Jika tekaknya sakit untuk minum, tampalkan ‘Kool Fever’ ditekaknya untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.


6. Sentiasa berada di sisi anak
Dalam keadaan sihat pun mereka perlukan kita..inikan pula tengah2 demam kan..belaian seorang ibu itu penting.

Anak anugerah tak ternilai bagi kita semua..hargai mereka..berikan sepenuh perhatian untuk mereka..

lagi tips menarik utk dikongsikan:



3 comments:

OKje said...

Masa anak anak okje kecik dulu FS, termometer mmg ada, taulah budak kecik....kan selalu demam. Seingat okje semua tips tu dah buat kecuali jelum kepala ngan daun bunga Raya tu.

Unknown said...

kalau anak demam memang risau sangat..

Fiza Hasan said...

Yer Diana..bab plg risau kalau diaorg sakit

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...