Monday, December 15, 2014

Ketikselesaan Sendi Dan Cara Mengatasinya


SAKIT SENDI memang menyeksakan! Ingin ketahui RAHSIA mengubati sakit sendi hanya dengan TIGA CARA MUDAH? Yang pasti, cara ini SELAMAT, MURAH, dan HALAL. Jika anda memang mencari UBAT UNTUK SAKIT SENDI, mari teruskan pembacaan.

Kenali Sendi Yang Sihat
Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.

Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.

Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.

Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.


Sendi Yang Sihat


3. Jenis-jenis Sakit Sendi
Terdapat banyak jenis sakit sendi, tetapi yang akan disentuh di sini adalah rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis (OA), tendinitis, dan seliuh.

Rheumatoid arthritis merupakan keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, dan menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir sinovia (Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA).

Osteoarthritis pula merujuk kepada kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain (Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan).

Tendinitis pula adalah keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon. Ianya juga mungkin disebabkan oleh tendon yang hilang keanjalan, berpunca daripada kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Seliuh pula merujuk kepada kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. Ianya berlaku apabila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau ligamen terkoyak, dan menyebabkan sendi  menjadi sakit dan bengkak.

4. Cara Melegakan Sakit Sendi
Cara yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi adalah dengan menggunakan ubatan dan suntikan. Tetapi ubatan dan suntikan ini hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara  waktu sahaja. Dan pengambilan secara banyak dan berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ badan.

Selain itu, kaedah pembedahan juga turut digunakan bagi merawat penyakit ini. Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu melakukakannya disebabkan kos yang mahal, dan juga akan menyebabkan pergerakan menjadi terhad selepas pembedahan.

Jika anda ingin mengelakkan cara-cara ini dan inginkan cara yang lebih selamat, jom sambung pembacaan!

5. Set Shaklee Untuk Sakit Sendi
Penggunaan ubat untuk sakit sendi secara berterusan boleh menjejaskan organ dalaman anda. Jika anda ingin mengelakkan penggunaan ubat sakit sendi, anda bolehlah mencuba tiga suplemen semulajadi Shaklee ini yang digabungkan khas bagi merawat sakit sendi, iaitu; Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard, OsteMatrix.

6. Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat
Anda boleh merujuk kepada gambar di bawah untuk mengetahui nutrien-nutrien yang diperlukan oleh sendi yang sihat. Dan sudah semestinya, nutrien-nutrien ini boleh didapatkan melalui gabungan suplemen Shaklee untuk sendi yang sihat.


Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat


7. Tiga Langkah Mudah Untuk Sendi Yang Sihat


(a) Langkah 1: Membantu Mengekalkan Tulang Rawan Yang Sihat (AJHT)
AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara, iaitu;

i- menyokong keselesaan sendi (melalui kesan daripada ekstrak Boswellia),

ii- meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina),

iii- memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).


Cara Tindakan AJHT
Ekstrak Boswellia yang terdapat dalam AJHT ini telah diguna secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Di dalam ekstrak Boswellia in

Wednesday, December 10, 2014

Cara Hilangkan Blackhead Dengan Mudah


Ramai dikalangan kita memang mengalami masalah bintik hitam kan terutama sekali kat area hidung.  So jom tengok cara tuk hilangkan / kecilkan bintik hitam ni.

Minum air mineral dengan banyak. Ya ya saya tau minum air memang tak best. BUT, did you know drink plenty of water can make your skin hydrated? Kulit akan produce less oil tau. Bila less oily, jerawat dan blackhead pun akan berkurangan.

Elakkan makan makanan yang berminyak, dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Seriously, ini part yang saya tak suka. Kena makan banyak sayur. Tapi ini fakta tau, buah-buahan boleh melembut dan melicinkan kulit anda. Sebab makanan yang berminyak bukan sahaja boleh menggemukkan, tapi boleh membuatkan kulit anda produce more oil. (terasa diri ini gemuk sangat).
Elakkan kerap menyentuh muka dengan tangan yang kotor. Sebab kuman kat tangan boleh transfer ke muka dan boleh menyebabkan muka berjerawat, blackheads, dan skin diseases.

Elakkan guna oil based cosmetics. You all pun tau kan minyak yang berlebihan boleh menyebabkan blackheads. So used water-based instead.

Guna pencuci muka yang sesuai. Kalau boleh, guna pencuci muka yang ada tulis 'Removing blackheads'. Most imortant, jangan picit jerawat / blackhead sesuka hati. It will make them worse.

Putih Telur
Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian kacau / gaul putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih-buih kecil. *mengambil masa yang lama juga tuk gaul putih telur ni.

Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam kedalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. ELAKKAN BAHAGIAN MATA!
Biarkan kering. Bila kering, muka anda seperti memaikai botox sebab keras haha!
Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.

Perahan limau
Ni extra, selepas apply putih telur dan dah dibasuh tu, perah limau ke dalam mangkuk pula k. Buang biji limau tu.

Menggunaka tisu, rendam kat dlm mangkuk tu kemudian perah, Jangan perah sampai kering pula. Just perah slowly tuk hilangkan lebihan limau kat tisu tu.
Dan letak tisu tu menutupi seluruh muka. Macam pakai mask lah konon.

Selepas beberapa minit, basuh muka seperti biasa.
p/s: pastikan muka anda tidak mempunyai sebarang luka, atau jerawat yang masih mempunyai kesan luka sebelum menggunakan perahan limau. Sebab perahan limau sangat sakit bila terkena luka kat kulit.

Buang angin dalam badan selepas bersalin

Hari ini saya ingin berkongsi khasiat bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin dan sedang berpantang. Memang amalan orang dulu-dulu, mengamalkan bawang putih untuk ibu-ibu yang baru sahaja bersalin.

Khasiat Bawang Putih untuk Ibu Berpantang

Apakah khasiat tertentu yang disediakan oleh bawang putih bagi membantu proses pemulihan ibu yang sedang berpantang?

Jangkitan yis atau kulat pada anggota sulit wanita

Candidiasis, juga dikenali sebagai seriawan, adalah jangkitan yis yang berlaku disebabkan oleh penumbuhan kulat yang terlalu cepat yang dikenali sebagai candida albicans. Walaupun jangkitan yis boleh berlaku pada pelbagai anggota badan, wanita biasanya mengalami jangkitan yis pada faraj.

Wanita lebih mudah mendapat jangkitan yeast atau kulat pada anggota sulit kerana faktor fizikal dan kebersihan. Bawang putih mempunyai kesan anti-mikrob dan anti-kulat. Para penyelidik melaporkan bahawa bawang putih ada “aktiviti anti-candidal” membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh yis.


Tingkat imun sistem
Bawang putih menguatkan sistem imun dan membantu untuk melawan jangkitan termasuk demam, batuk, dan selsema. Ini kerana bawang putih mempunyai komponen aktif yang dikenali sebagai Allicin. Pada musim sejuk  dan hujan, bawang putih adalah makanan terbaik untuk meningkatkan sistem imun anda dan menangkis selsema dan batuk. Ibu yang baru bersalin, kebiasaannya rendah imun sistem dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit termasuk selsema dan batuk.

Bawang putih juga kaya dengan vitamin C, seterusnya menyokong imun sistem tubuh.


Kaya Vitamin B6
Bawang putih merupakan sumber vitamin B6 yang baik yang diperlukan tubuh untuk sistem imun yang sihat dan pertumbuhan sel-sel baru. Vitamin B6 juga boleh membantu dengan mengawal perubahan mood termasuk depresi dan meroyan.

Kawal gula dalam darah
Bawang putih mengawal gula dalam darah kerana ia meningkatkan tahap insulin dalam darah. Ini boleh membantu dalam kawalan diabetes.

Buang angin dalam badan
Bahan aktif dalam bawang putih, carminative, membantu mengeluarkan angin dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Maka, badan rasa lebih sihat dan ringan. Ibu yang sedang berpantang mudah masuk angin.

Hangatkan badan
Bahan aktif dalam bawang putih, diaphoretic, membantu menghangatkan badan seterusnya membantu proses perpeluhan. Ibu yang sedang berpantang mudah rasa sejuk, terutama semasa cuaca sejuk/hujan atau terkena angin daripada kipas angin.
Mungkin banyak lagi khasiat bawang putih yang tidak tersenarai dalam huraian di atas, tetapi yang pasti, khasiat bawang putih sememangnya sangat banyak buat ibu yang berpantang.


Sebab itu, Garlic Complex daripada Shaklee disertakan bersama dalam Set Bersalin Shaklee. Pengguna boleh memilih untuk membeli Garlic Complex atau tidak, yang pasti saya memang mengamalkan pengambilan bawang putih semasa saya berpantang.

Alhamdullillah, saya dapat merasa perbezaan yang ketara terutama bab jangkitan yis, buang angin dan hangatkan badan. Yang best, bayi juga tiada lagi masalah kembung

Senggugut Dan Cara Mengatasinya

Entry sebelum ini ada saya bercerita mengenai Senggugut & Cara Merawatnya. Saya pasti ramai dikalangan wanita yang mengalami masalah ini. Jadi Pasti setiap wanita akan mengalami masalah senggugut...ada yang mengabaikan masalah ini...jangan abaikan kaum wanita..boleh menjadi teruk..sekarang tidak nampak kesannye tapi akan datang kita tidak tahu...baca info pasal sunggugut ini dulu..pada kaum wanita Maharani salah satu petua mujarab hilangkan sengugut

Ramai diantara kita yang menghadapi senggut ketika haid.Kadar kesakitan berbeza-beza diantara satu orang dengan orang lain.  Ada yang sampai tahap berguling2 atau sakit biasa sahaja.  Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja.  
Ada 2 jenis senggut yang perlu kita tahu:


Senggugut jenis Pertama
Dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan olih kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.  

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut bolih menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut bolih mengambil ubat penawar sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.


Senggugut jenis kedua
‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. SENGGUGUT yang biasanya menyerang anak-anak gadis. Biasanya senggugut akan hilang bila seseorang gadis itu telah berkahwin dan beranak pinak. Dan senggugut tidak akan datang lagi. Namun ada pengecualiannya di mana terdapat juga kaum wanita yang masih mengalami penyakit senggugut walaupun sudah beranak pinak dan juga pada wanita post menopaus; yakni wanita yang sudah melalui zaman menopaus tetapi darah haid datang semula. Senggugut atau dismenorea (Dysmenorrhoea) ialah rasa sakit atau tidak selesa ketika datang haid. Senggugut biasanya bermula sejak seseorang gadis berumur belasan tahun dan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit.

Petua Merawat Senggugut Tanpa Ubat
Utamakan gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE  

  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar 
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yangmana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen 
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang 
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang 
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin 
  • Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E 
  • Merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Bonus!! GLA juga membuatkan wajah anda berseri (glowing2 gitu). HILANGKAN JERAWAT N JERAGAT JUGA!


B COMPLEX
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 





untuk ORDER Klik sini!


ORDER NOW!!


 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee

Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) 

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com


Tuesday, December 2, 2014

Rawatan Untuk Penyakit Resdung

Resdung' melalui istilah kedoktoran: penahanan mukus yang disebabkan oleh pembengkakkan membran (sel lapisan kulit). Bengkak ini terjadi kerana saluran tersekat. Mukus adalah bahasa saintifik kepada cecair berupa lendir (hingus) yang ada di dalam tubuh manusia. Petanda paling ketara mukus berlebihan adalah kulit wajah berminyak. Minyak yang boleh mengakibatkan wajah kusam dan lebih teruk lagi; jerawat dalam bentuk bisul atau bernanah.


Gambar menunjukkan tempat utama yang selalu menjadi pembiakan kuman resdung. Terjadi begitu kerana saluran di situ adalah deria pernafasan di mana udara keluar - masuk. Di kala sedutan udara berlangsung, sedikit-sebanyak akan membawa kuman / bakteria masuk. Setiap manusia mengalami proses ini - tak dapat nak dielakkan. Jadi; adalah tanggungjawab kita memastikan saluran ini dijaga serta dibersihkan dengan baik.



Apa Punca Resdung?

Biasanya, pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.


Antara komplikasi penyakit resdung:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis) 
  • Sakit tekak yang kronik 
  • Jangkitan tulang muka 
  • Memburukkan keadaan lelah 
  • Berdengkur yang kronik 
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak 
  • Alahan hidung atau hidung sensitif 
  • Selesema biasa yang melarat. 
  • Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

Penawar Shaklee untuk Pesakit Resdung

  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis). 
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). 
  • Mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. 
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. 
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. 
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. 
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah. Jangan berlengah lagi. Segera dapatkan rawatan untuk penyakit resdung. Jika dibiarkan, akan melarat sekaligus menyebabkan komplikasi kepada otak dan boleh membawa maut!


Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium. sms/wsapp 012 4513311

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


TEMPAH SEKARANG PRODUK SHAKLEE ANDA! 







untuk ORDER Klik sini!

ORDER NOW!!



 ORDER Anda akan DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:

Afriza (Fiza) 

Shaklee ID: 949698

sms/whatsapp: 012 4513311  


email: eija_2004@yahoo.com

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...