Monday, June 16, 2014

Vitamin untuk Kulit Cantik & Sihat

B complex:
  • penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan vitamin ini dalam badan boleh membuatkan badan cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.




Vitamin C:
  • sangat penting dalam pembentukan kolagen. Hanya dengan amalkan makanan yang tinggi kandungan Vitamin C, dah tak perlu nak habiskan beratus-ratus untuk beli collagen sebab Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E:
  • Vitamin awek muda! juga membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien:
  • sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Paling penting adalah Air!
  • Sangat penting untuk penyerapan semua nutrien dari sumber makanan diserap oleh tubuh. Kekurangan air akan menyebabkan terhasilnya jerawat dengan mudah & menyebabkan kulit menjadi kering serta bermasalah. Juga penting untuk pengaliran darah

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...