Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki . Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.
Bila tidur anda mula terganggu ini
menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.
Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.
Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara
untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Setiap orang dewasa
memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri. Apa
yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita
aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.
Apa Simptom-simptom INSOMNIA?
- Kesukaran tidur di waktu malam
- Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali
- Bangun terlalu awal di waktu pagi
- Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.
- denyutan nadi yang tidak teratur
- pening kepala
- Lesu & mudah marah
Kenapa terjadinya INSOMNIA?
- tekanan kerja
- pengambilan kafien yang berlebihan
- kekurangan mineral
- kekurangan asid amino yang penting untuk meredakan aktiviti saraf dalam tubuh badan, menghilangkan stress & meningkatkan kualiti tidur
mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.
2 Jenis INSOMNIA yang perlu anda tahu:
Acute Insomnia (jangka masa pendek)
- jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.
Chronic Insomnia (Insomnia kronik)
- Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih. Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini. Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.
Apa yang perlu bagi mendapatkan tidur yang sempurna?
- Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik. Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
- Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
- Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur, jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
- Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.
- Biasakan diri dengan aktiviti sihat seperti olahraga
- Pastikan mengambil makanan yang mengandungi B Komplek seperti B1, B6, B12
Cadangan Shaklee untuk mereka yang mempunyai simptom Insomnia:
No comments:
Post a Comment