Wednesday, April 27, 2011

tiada coretan..hanya gambar...










1 yr old...

happy birthday sayang.............

tiada kata2 yg ingin ibu ungkapkan...
kehadirannya amat dinanti...
ya..setelah 4thn lamanya...

kami bersyukur padaMu Ya Tuhan...

semoga anak ibu menjadi insan yang berguna kelak...
semoga anak ibu menjadi anak yg baik & taat pd suruhanNya...
semoga menjadi anak yg soleh dunia & akhirat...
semoga anak ibu berjaya mengharungi dunia yg penuh pancaroba ini...
semoga anak ibu terus membesar & sihat ya...


Monday, April 25, 2011

Sgt2 sakit hati..........arghhhhhhh

spt tajuk entry kali nie...saya dilanda sgt2 sakit hati..pada siapa?
pada Kangaroo Courier Service..

sbb apa??

saya merupa pembeli PRE-ORDER BP MODU...hehe

dan..brg saya telah pun dipos menggunakan khidmat cik Kangaroo pada 21hb spt di sini

dan brg telah sampai pada 22hb (ofis kat sini cuti ikut state...mean jumaat pun diaorg keja..sy dah call)
******** check tracking no kat website pun tertera brg sampai 22hb pukul 2.22pm***********

23hb - Sabtu ~ saya masih sabar menanti..........tup2 dlm kul 10am dpt call dr mat dispatch inform...

Mat: "kak..saya tak boleh hantar la hari ni sbb saya kerja half day..akak boleh dtg ambik kat ofis tak?"

saya:
" apasal plak saya nak kena dtg amik...hantar la..saya bayar utk terima brg..bukan pergi sana amik brg"

Mat:
"saya keja half day kak..mmg xdan nak hantaq"

saya:
"bukan masalah saya u keja half day..u sepatutnya hantar semalam kan tp u x hantar..hari ni u kena la hntar...saya perlukan brg tu urgent."

Mat:
"sorry la kak..mmg saya x boleh hantar"

saya:
" ok".....

saya terus letak phone... (adakah saya terlebih EMO????????)

mmg dia tak hantar pun brg saya................arghhhhhhhhhhhhh


24hb ~ diaorg cuti

25hb ~ saya tunggu dr pagi sampai la pukul 3pm......last2 saya call

saya: bila nak hantar brg saya ye??

kerani:
akak kat mana ye?


saya:
bandar perdana


kerani:
oh..kak afriza ye?


saya:
ye lah
........(tau plak dia..sure xbyk brg kat ofis tu)

kerani:
maaf kak..hari ni lori pi tempat lain..esok baru dia hantar brg akak..


saya:
MOOD membara dah......."aikkkkkk..boleh plak mcm tu??bukan ke u sepatutnya hantar semua brg xkira tempat..brg saya dah delay 3hari tau"


kerani:
hari ni mmg xboleh kak..lori dah kuar...brg tu kecik sj..akak nak dtg amik ke?


saya:
brg kecik ye??so x boleh hantar pakai moto ke?


kerani:
MOOD ..diam seketika..esok akak ada rumah tak?kami hantaq esok ya...


saya:
ok



******dlm pukul 3.30 saya start keta..trus gi amik brg..bukan jauh mana pun..dlm 15minit je...itu pun susah..******

dalam website dah siap tulis penghantaran dalam masa 24 jam.......so saya terus bagi komen kaw2 kat website diaorg tu..wpun saya tau diaorg tak akan pandang.......huhuhu

TERANIAYA...........EMO la plak..

Thursday, April 21, 2011

Ada aku peduli?

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


sumber asal: Realiti Alam Perkahwinan

Saturday, April 16, 2011

Set Bersalin..NR

di saat dah masuk minggu ke 25 ni..mula la mencari set bersalin yang diidamkan..hehe (xde apa nak story)

so terjumpa blog Kak Engku ni...wahh..memang best la harga yg dia tawarkan..member pun rekemen beli gn dia..so apa lagi..mula chit chat gn kak engku..

ibu decide amik SET BERSALIN NONA ROGUY...wahhhhhhhh..best2..RM290 jer..


Set Bersalin Nona Roguy

Set Bersalin Nona Roguy
RM 290.00 Utk Set LengkapTanpa Perlu Menjadi Ahli
Dapatkan Segera, Stok Terhad



*** Beli ckit2..bukan apa..xnak tgk duit mengalir byk sgt...hihi (maklumla saya tidak bekerja)
*** Kak Engku..saya dah promote blog akak ye...:)

How’s your child feeling today? Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy? Learn how they feel today! #NestleChildsMood

How’s your child feeling today? Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy? Learn how they feel today! #NestleChildsMood

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...