Saturday, February 19, 2011

RESEPI MAKANAN BAYI

Pagi ni ibu sibuk je godek2 tenet ni nak cari resepi terbaru...anak ibu dah kurang makan..so nak cari kelainan ckit, dpt la cari beberapa resepi kat blog ni..Thanksss


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kentang, Brokoli, Keju Berkrim
Sesuai untuk bayi umur 10 bulan ke atas...
Bahan-bahan
  • Kentang saiz kecil 1 biji
  • Keju cedar 1 keping
  • Brokoli 2 'pokok' kecil
  • 2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
  • Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
  • Rebus brokoli sehingga masak.
  • Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
  • Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

********************************************

Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
  • 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
  • 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
  • 1 helai daun sedari
  • secawan air
Cara membuatnya
  • Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
  • Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
  • Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
  • Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
  • Hidangkan.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Resipi untuk bayi 6 bulan ke atas...
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku
1/2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis.
Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Sebenarnya bahan ni nak masak untuk orang dewasa... alang-alang, buat la untuk baby Amal... masakan ni sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
  • 1 sudu nasi
  • 1/4 keping tauhu
  • 1/4 keping dada ayam - potong dadu
  • 3 hiris lobak merah
  • 3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
  • Kukus semua bahan.. *
  • Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.. ops.. yang baby mahu....

*Saya kukus senang aje... masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, saya letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la...


******************************************
Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
  • 3 sudu nasi yang telah dimasak
  • 1/4 cawan air suam
  • 2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
  • Masukkan semua bahan dalam pengisar
  • Kisar halus
  • Hidangkan
#################################

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
  • 3 sudu nasi yang baru dimasak
  • Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu lobak merah yang telah didadu
  • 1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
  • 1 cawan air

Masuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.

###################################


Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas. 1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus
2.5 cawan air

Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus. Hidangkan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Brokoli Bakar

Brokoli dibasuh dan dipotong kecil
Panaskan oven 190 C
Kupas dan cincang bawang
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan
Tumis bawang dengan sedikit minyak
Masukkan tomato
Masak selama 10 minit
Masukkan brokoli
Tutup api
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi
Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Monday, February 14, 2011

Dinner yg menyelerakan

dah 2bln lebih tak lalu ( xde selera) makan..smlm ibu makan sgt byk...tu pun selepas ptgnya En.Suami bw balik burger (prosperity burger la)....yang dah sebulan lamanya di idamkan..tq sayang.. mengidam okkk......:)

so..malam tadi baru dapat mkn nasi dengan penuh berselera wpun juadah yang dimasak xde la best mana pun...

sbb dah lama tak update blog...layan je menu mlm tadi...hihi



masak lemak cili api udang

kangkung grg belacan

ikan grg jer...

sambal belacan

Monday, February 7, 2011

Giveaway dari Kuching Sarawak

sesiapa nak join giveaway ni leh klik SINI


Giveaway berupa fridge magnet dari Kuching Sarawak



apa tunggu lagi...JOM...


thanks nieda...

Saturday, February 5, 2011

Hepi Bdey My Dear....

05 Febuari...dah bertambah usia Mr hubby ibu utk thn ni...
apa2 pun SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...






****************************

semoga apa yang kita kecapi hari ini....
akan dapat kita kecapi utk hari esok...
malah lebih baik dari hari ini...





***************************

nak bagi hadiah apa ye???
rahsia.......wink2..





*****************

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...