Monday, August 18, 2025

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

 TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu, ia takkan dilindungi melainkan sudah declare pada sykt Takaful dan Sykt approved untuk tanggung risiko tersebut seperti kos pembedahan akan datang etc..





KEMALANGAN

Jaminan perlindungan bermula dari tarikh polisi diluluskan. Walaupun baru sehari mohon, namun polisi sudah diluluskan, tuntutan rawatan kemalangan boleh dilakukan, baik di klinik (pesakit luar) mahupun di hospital (warded). 


Penyakit Biasa (Normal illness)

Jaminan perlindungan untuk sakit biasa seperti demam panas, denggi, cirit birit akibat viral fever, keracunan makanan, appendiks etc, bermula selepas 30 hari dari tarikh lulus polisi. Perlu diwadkan minima 12 jam


Penyakit Tertentu (Specified Illnesses)

Jaminan perlindungan untuk kes penyakit tertentu yang telah disenaraikan bermula selepas 120 hari dari tarikh polisi takaful diluluskan. Penyakit tersebut mestilah baru wujud selepas tempoh 120 hari.  


Antaranya :-

1. Hipertensi, Diabetis Mellitus atau Penyakit Kardiovaskular 

2. Semua tumor, kanser, cysts, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari 

3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak 

4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

6. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut 


Keadaan Meragukan (Case Under Investigation)

Bagi tuntutan perubatan yang menimbulkan keraguan dalam tempoh 2 tahun pertama dari tarikh kelulusan (tempoh boleh pertikai), syarikat takaful berhak menangguh jaminan perlindungan dan meminta anda membuat bayaran terlebih dahulu, sehingga hasil siasatan diketahui dari laporan doktor yang pernah merawat anda. Ini bagi mengelakkan berlakunya penipuan dalam tuntutan takaful (biasanya dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang tidak diisytiharkan semasa membeli kad perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit dada, sesak nafas, jantung tersumbat, ketumbuhan, tonsil, batu karang dan sebagainya).


Sekian...harap maklum untuk pengetahuan kita semua👌👍


FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL


#hibahtakaful #medicalcard #mgbc

Tuesday, August 1, 2023

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA..


Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. Tidak kira anda sihat ataupun sakit. Ada yang sihat tiba² ditimpa kemalangan yang tak diduga. Ada yang sakit kronik terpaksa hadap beban kewangan yang meruncing. Itulah risiko kehidupan..



Andai anda bekerja, suatu hari nanti ditakdirkan anda kemalangan atau sakit terlantar dan sudah tak mampu lagi mencari nafkah, apa nasib keluarga tersayang?


Jika belum berkahwin, adakah anda mengharap ibu, ayah, kakak, abang untuk sara hidup anda hingga akhir hayat? Jika berkahwin bagaimana nasib isteri dan anak².


Jika meninggal sebelum anda sempat beri kesenangan pada mereka bagaimana? Bersedialah.."Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta". Hadith Riwayat Bukhari


Apa penyelesaian yang ada? Hibah takaful adalah #instantcash untuk mereka sementara menanti proses faraid selesai. Tahukah anda proses faraid perlukan masa yang lama untuk diselesaikan? Jika tiada kerjasama waris bagaimana? Terbaru lebih 90juta harta tidak dituntut dan 90% daripadanya adalah harta orang islam!


Rancang kewangan anda!


Antara faedah pakej pelan HIBAH Warisan Plus:

  • Kematian Semulajadi/sakit RM350,000
  • Lumpuh & Cacat Kekal RM350,000
  • Kematian Kemalangan : RM700,000
  • Kematian Kemalangan Kenderaan Awam : RM1,050,000
  • Kematian Kemalangan Di Luar Negara : RM1,4,000,000
  • Sumbangan PERCUMA sekira mengalami Cacat Kekal Menyeluruh & Penyakit Kritikal
  • Campak, Demam Chikungunya , Penyakit Tangan Kaki & Mulut, Demam Kepialu, Penyakit Anjing Gila : RM5,000
  • Zika Virus, Ebola, MERS-CoV, SARS, Malaria, Creutzfeldt- Jacob Disease, Influenza A- Avian Influenza, AH7N9 & AH5N1, Nipah Virus Enchepalitis, Japanese Enchepalitis : RM10,000.

Jangan tunggu lama untuk berikan #hadiah untuk yang tersayang.

FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL






Monday, July 31, 2023

CARUMAN TAKAFUL TAK PERLU BAYAR

 [ CARUMAN TAK PERLU BAYAR??? BIAR BETUL!!!!!]

Ada satu rider benefit dalam takaful, rider ni nampak simple je...dan kekadang tak ramai client yang. nak add on, dan ada juga agent yang tak recommend kepada client...

Bagi saya pulak, kalau saya boleh adjust saya akan adjust untuk letakkan jugak rider tu.





Sebagai contoh:

Katakan la caruman RM 200 ( client opt tak nak ambil rider Contributor Protect ni) sebab kata tak berapa penting...

Tapi, cuba kita. buat sedikit kira2...

Memang la nampak caruman RM 200 sebulan (contoh) tu....boleh bayar sendiri kalau dah kena sakit kritikal. Tapi kena ingat...kalau umur panjang, term pulak sampai umur 70 tahun, diagnose umur 30 tahun...so, 40 tahun caruman percuma...

200 x 12 x 40 = 96,000.
Belum lagi kalau claim medical bill lagi....kalau Medical Benefit RM 100,000 setahun...dan tiada lifetime limit...berapa banyak backup FUND ada tu utk dapatkan rawatan kat hospital swasta?

Dan free kat ini bukan setakat tak perlu bayar, bahagian simpanan pun masih berjalan macam biasa dan client akan dapat nilai tunai...

Dan ini la dinamakan DISCOUNTED money...carum sikit, tapi, kalau dapat ujian, sekurangnya, penyakit tak boleh nak elak, kalau kena tetap kena, ada benda yang kita. boleh control...kita control.

Ok lah, it sahaja. Bantu saya untuk share posting nie, supaya lebih ramai lagi warga FB dapat manfaat.

Kepada sesiapa yang nak tahu details pasal rider nie, boleh tengok kat gambar di bawah, sesiapa yang tak sure coverage dia ada benefit ni ke tidak, boleh contact agent masing2. Mana2 yang takaful agent dia pun MIA (Missing In Action)....boleh click link di bawah ini untuk dapatkan info lanjut.


FIZA HASAN
WEALTH PLANNER MUQMEEN GROUP
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...