Wednesday, May 21, 2014

Sayangi Jantung Anda dengan CoQHealth Plus Shaklee

Penyakit Jantung / kardiovaskular adalah punca utama kematian di Malaysia menurut kenyataan dari National Heart Association Malaysia. Statistik dari World Health Organization pula menunjukkan 37% kematian adalah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Penyakit-penyakit ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.  Jadi, kita harus mengambil CoQHealth Plus untuk membantu jantung kita lebih sihat dan bertenaga. CoQHealth Plus adalah produk terbaru Shaklee untuk kesihatan jantung. CoQHealth Plus penting untuk memastikan jantung kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Supplemen terbaru ini diformulasi istimewa secara semulajadi dan terdiri daripada campuran 28mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.  CoQHealth Plus adalah dalam bentuk kapsul bioketersediaan, yang direka khas agar memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.


Kenapa CoQ10 (Coenzime Q10) penting  untuk tubuh kita? 
  •  CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam setiap sel badan kita dan terutamanya di dalam organ-organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.
  • CoQ10 amat penting sebab tanpanya jutaan sel tubuh dan terutamanya jantung tidak akan berfungsi dengan sempurna. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan (sementara CoQ10 hadir sebagai pencetus tenaga) dan tenaga dihasilkan. 
  • Proses penghasilan tenaga ini berlalu beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungsi sempurna bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.   
  • CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL). Secara keseluruhannya CoQ10 menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.


Keistimewaan CoQHealth Plus Shaklee berbanding jenama-jenama lain di pasaran

  • Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli untuk mendapatkan jumlah 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam CoQHealth Plus mengukuhkan keupayaan antioksidan Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar semula vitamin E, dan memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang membantu kekuatan tisu kapilari darah dan jantung
  • CoQ10 semulajadi daripada yis melalui kaedah penapaian.
  • Tanpa gluten   



Konsultasi percuma boleh hubungi fiza:
 
Afriza Abu Hasan (Fiza) ** Shaklee ID: 949698 ** sms/whatsapp: 012 4513311 /
011 10833115 ** FB Page: Qisya E Shoppe ** email: eija_2004@yahoo.com

Monday, May 19, 2014

INSOMNIA

Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki . Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.

Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.  Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.

Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.  Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.  Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.


 Apa Simptom-simptom INSOMNIA?
  • Kesukaran tidur di waktu malam 
  • Sering terjaga waktu tidur dan sukar untuk tidur kembali
  • Bangun terlalu awal di waktu pagi 
  • Tidak mendapatkan tidur yang berkualiti yang membolehkan anda berasa segar pada keesokkan harinya.
  • denyutan nadi yang tidak teratur
  • pening kepala
  • Lesu & mudah marah
Kenapa terjadinya INSOMNIA?
  • tekanan kerja
  • pengambilan kafien yang berlebihan
  • kekurangan mineral
  • kekurangan asid amino yang penting untuk meredakan aktiviti saraf dalam tubuh badan, menghilangkan stress & meningkatkan kualiti tidur
mereka ini perlu mendapatkan nasihat dari doktor.Tanpa rawatan ia akan bertambah kronik dan akan berulang-ulang terjadi.


2 Jenis INSOMNIA yang perlu anda tahu: 

Acute Insomnia (jangka masa pendek)
  • jenis ini hanya berlaku pada waktu yang pendek dalam beberapa malam sahaja dan kurang dari empat minggu.Keadaan ini berlaku mungkin tekanan di tempat kerja atau keadaan fizikal yang tidak sihat.
Chronic Insomnia (Insomnia kronik)
  • Berlarutan sehingga tiga atau empat minggu dan berkhir sehingga sebulan atau lebih. Kira kira 10 hingga 15 peratus orang dewasa menghidap penyakit ini. Mereka memerlukan perhatian dan ini juga menunjukkan mereka mempunyai depresi yang teruk.

Apa yang perlu bagi mendapatkan tidur yang sempurna?
  • Jadikan bilik tidur anda sebagai tempat yang selesa untuk tidur tidak melakukan aktiviti seperti makan dan menonton tv di dalam bilik. Pastikan dalam 15 atau 20 minit anda sudah boleh melelapkan mata jika tidak tukar ke bilik lain dan cuba untuk tidur.
  • Tetapkan masa tidur dan jaga anda, pastikan anda bangun pada waktu yang sama setiap hari dapat membantu anda menjangka waktu tidur anda.
  • Awasi pemakanan anda dan elakkan minum kopi empat hingga enam jam sebelum tidur, jangan juga makan makanan berat dan jika lapar makan snek yang ringan dan jangan merokok kerana ia akan membuatkan tubuh sentiasa berjaga.
  • Elakkan tidur waktu petang kalau perlu juga tidur selama 30 minit sahaja.
  • Biasakan diri dengan aktiviti sihat seperti olahraga
  • Pastikan mengambil makanan yang mengandungi B Komplek seperti B1, B6, B12
  
 Cadangan Shaklee untuk mereka yang mempunyai simptom Insomnia:

TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

  TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...