Showing posts with label KANSER SERVIK. Show all posts
Showing posts with label KANSER SERVIK. Show all posts

Friday, June 12, 2015

TESTIMONI: SEMBUH DARI KANSER SERVIK

Panjang lebar dengan 2/3 entry saya ceritakan mengenai pap smear dan kanser servik sebelum ini..jom kita lihat antara testimoni kanser servik yang berjaya pulih dengan Set Kanser Shaklee.



"Our daugther Terri was diagnosed with stage 5 cervical cancer. Her annual pap test was abnormal. Three weeks later the biopsy showed two areas with pre-cancerous cells and one with cancer. The doctor recommended surgery. We established an aggressive cancer nutrition regime for her including Shaklee's weight loss program. Her physician noted an improvement but still wanted Terry to go through surgery as soon as possible. We felt we were making progress and sought a second opinion. The second doctor read the results from the first and made the same conclusion. Neither doctor felt proper nutrition could help. Not satisfied, we continued the aggressive nutririon regime and sought a third opinion and a new pap test. Five months after the initial diagnosis Terri was nottified her latest pap test came back to NORMAL!
Marty & Lynn Frederick
Sumber - Life Changing Cancer Short Stories


Customer ni hampir nak operation tetapi tak jadi..miracle kan?..kuasa Tuhan..Alhamdulillah

RAWATAN UNTUK KANSER SERVIK

Jika pangkal rahim wanita disahkan menghidapi dysplasia, wanita tersebut mungkin perlu rawatan untuk pembuangan sel yang tidak normal dari pangkal rahim. Dalam kes yang ringan, hanya ujian pap berkala diperlukan. Manakala dalam kes yang teruk, sel yang tidak normal mungkin dibuang menggunakan kaedah cryosurgery (pembekuan), cauterization (pembakaran) atau laser.



Rawatan untuk barah pangkal rahim.



Rawatan barah pangkal rahim bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan, tahap rebakan barah dan tahap kesihatan wanita tersebut. Rawatan utama untuk barah adalah pembedahan, terapi radiasi dan kemoterapi.



1.  Pembedahan - Dalam pembedahan, doktor membuang barah tisu. Untuk barah pangkal rahim yang tidak merebak melepasi pangkal rahim, prosedur ini kerap digunakan:

  • Conization menggunakan teknik yang serupa seperti cone biopsy untuk membuang tisu yang luar biasa. Ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim
  • LEEP menggunakan elektrik melalui cangkuk dawai yang halus. Tisu dang menggunakan cangkuk, ia boleh digunakan untuk membuang microinvasive barah pangkal rahim.
  • Hysterectomy - pembedahan untuk membuang rahim dan pangkal rahim. Hysterectomy boleh jadi simple hysterectomy, di mana pembuangan rahim dan pangkal rahim atau radical hysterectomy yang mana pembedahan melibatkan pembuangan rahim, pangkal rahim, bahagian atas faraj dan tisu di sekeliling pangkal rahim. Radical hysterectomy turut termasuk pembuangan kelenjar di pelvis. Jika perlu, bilateral salpingo-oophorectomy (pembuangan kedua-dua salor falopian dan kedua-dua ovari) dilakukan pada masa yang sama.

2.  Radioterapi - Menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel barah. Radioterapi mungkin disarankan sekiranya pesakit tidak sesuai untuk pembedahan. Ia mungkin juga untuk ketumbuhan yang telah merebak ke dalam tisu sekeliling pangkal rahim yang menyukarkannya untuk dibedah. Radioterapi mungkin juga digunakan selepas pembedahan atau digabung dengan kemoterapi. 

Kesan sampingan daripada terapi radiasi bergantung kepada dos dan bahagian badan yang dirawat. Kesan sampingan yang kerap terjadi termasuk letih dan lesu, reaksi pada kulit (kering atau kemerahan pada kawasan rawatan radiasi), hilang selera makan, loya, muntah, ketidakselesaan semasa buang air kecil dan cirit birit. Antara kesan sampingan radiasi terapi dalaman (internal radiation therapy) adalah termasuk sakit perut dan usus tersumbat. Kebanyakan kesan sampingan akan hilang selepas rawatan tamat.


3.  Kimoterapi - Rawatan barah menggunakan ubat anti-barah. Tujuannya adalah untuk membunuh sel barah dengan menghalang sel barah daripada bertambah. Kesan sampingan yang kerap berlaku loya dan muntah, hilang selera makan, cirit birit, letih lesu, bilangan sel darah rendah, perdarahan atau lebam selepas luka kecil atau cedera, kebas dan rasa mencucuk-cucuk di tangan atau kaki, sakit kepala, rambut gugur dan kehitaman pada kulit dan kuku. Kesan sampingan selalunya hilang selepas rawatan lengkap.

4.  Rawatan paliatif - Rawatan mengurangkan sakit dan gejala penyakit yang lain. Penjagaan paliatif boleh diperolehi oleh semua pesakit barah yang mengalami kesakitan dan tekanan tanpa mengira tahap rawatan. Ia amat penting bagi penghidap barah di peringkat akhir yang mengharapkan kehidupan yang selesa tanpa kesakitan dan tekanan.


Vaksin HPV (Human Papillomavirus)

Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan seks. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.


Ingin saya nasihatkan bahawa kita hanya berusaha kerana janji Allah tiada penyakit Allah turunkan tanpa penawar kecuali mati. Kami di Shaklee menawarkan Nutrisi Lengkap untuk pesakit Kanser tetapi Shaklee bukan ubat tetapi nutrisi, maka jangan tinggalkan ubat dan rawatan yang dirasankan pihak doktor.






  • Vivix - Berperanan memperbaiki sel sihat dan merencat sel kanser, mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Alfalfa - Mengalkalikan tubuh supaya sel kanser menjadi pasif
  • Peppermint Ginger Plus -  Mengatasi rasa loya kesan ubat kimo
  • Performance Drink - Terhidrasi atau menghalang kehilangan bendalir dalam badan
  • ESP - Kritikal bagi memastikan paras  kalori dan protein mencukupi. Pesakit perlu tenaga lama dengan paras glukosa yg rendah.
  • Vitalea - Mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • SR Vita-C - Dos vitamin C yang lebih tinggi membantu mempercepatkan proses pemulihan sel baru
  • B-Complex -  Sangat penting untuk penghasilan sel darah merah
  • Omega Guard -  Untuk mengurangkan eicosenoid tak baik yang merangsang perkembangan sel kanser
  • DTX Complex - Detoks hati dari ubat kimo yang beracun dua minggu selepas tamat kimo
  • Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun
  • Caratomax - Previtamin A mengawal pengembangan sel sihat selepas terapi kimo

  • Kesan kepada setiap individu mungkin berbeza kerana setiap dari kita adalah unik dan tahap kanser setiap orang adalah berbeza. Bagaimanapun kami memberi harapan baru terhadap pesakit kanser melalui Set Kanser Shaklee. Lihat juga Testimoni sembuh dari Kanser Servik sebagai rujukan anda.



    Konsultasi percuma boleh hubungi fiza: 
    Shaklee ID: 949698 
    sms/whatsapp: 012 4513311
     FB Page: Qisya E Shoppe
    email: eijamw@gmail.com


    Thursday, June 11, 2015

    7 FAKTOR TERJADINYA KANSER SERVIK

    Apa dia pangkal rahim?
    Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

    Apakah jenis kanser pangkal rahim?
    Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser
    • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
    • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).

    Entry yang lepas ada saya ceritakan mengenai 6 Tanda Kanser Servik. Jom kita tengok apa pula faktor penyebab berlakunya kanser ini.


    Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim: 


    • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi - Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
    • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
    • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
    • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
    • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda. 
    • Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai. 
    • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim 

    Ujian Pap Smear mampu mencegah Kanser Pangkal Rahim..Jom kawan2..kepada yang belum atau tidak pernah menjalani pap smear boleh la berbuat demikian..cegah sebelum terlambat.  Kepentingan Ujian Pap Smear ada saya ceritakan pada entry sebelum ini. InshaAllah, kita akan tengok pula apa kaedah serta rawatan yang sesuai.

    Friday, June 5, 2015

    6 TANDA KANSER SERVIK

    Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.


    Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah.

    Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.



    Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim:

    • Squamous cell carcinoma

    Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

    • Adenocarcinoma.

    Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.

    Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.

    Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:


    1. Pendarahan selepas hubungan intim (“postcoital bleeding“)
    2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
    3. Pendarahan di pertengahan kitaran haid.
    4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
    5. Hilang selera makan
    6. Turun berat badan yang mendadak
    Bahaya jika tidak dicegah segera..pastikan kawan2 telah pun menjalani ujian Pap Smear bagi mencegah terjadinya kanser. Ingat!!!..Kanser Rahim pembunuh utama wanita!

    TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD

      TEMPOH MENUNGGU MEDICAL KAD HANYA PENYAKIT YANG WUJUD SELEPAS TEMPOH MENUNGGU (30-120 hari) YANG BOLEH DILINDUNGI. Kalau penyakit tu dah w...