Monday, August 22, 2016

TIPS MEMPERKENALKAN MAKANAN PERTAMA BAYI

Bila ada newborn baby ni seronok dan teruja sangat nak tunggu diaorg masuk 6bulan. Nak masak bagi baby comel ni makan la..hihi  

Anak pertama dan kedua dulu pun sama. Macam2 ibu explore. Macam2 ibu masak..๐Ÿ˜ƒ 
Mari kita lihat tips/panduan untuk2 ibu2 menyediakan makanan bayi. 

Persediaan Makanan Pejal Bayi 6 Bulan 

1.  Jangan mendesak anak makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal. 

2. MINGGU PERTAMA Makanan pejal bayi yang disyorkan pada minggu pertama adalah puri buah-buahan @ fruits puree. 


Jenis buah-buahan yang boleh diberikan pada masa ini ialah epal, pisang, betik, pear dan aprikot. Lecek buah tersebut dengan sudu dan campurkan dengan susu ibu. Nak guna blender khas untuk buat puri pun boleh. 

Tips Penyediaan Puri Buah Untuk Bayi 
✅ pastikan tekstur puri buah adalah sedikit cair @ runny. Untuk uji kecairan puri ambik sudu dan cedok puri. Puri yang jatuh mengalir menunjukkan ia mempunyai kecairan yang betul. 

✅ elakkan buah-buahan citrus yang masam seperti buah oren dan lemon 
๐ŸŒน puri epal – guna epal merah yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar 
๐ŸŒน puri pisang – guna pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu 
๐ŸŒน puri betik – betik adalah semulajadi manis hanya perlu dilecek tak perlu campur susu 
๐ŸŒน boleh campurkan buah seperti pisang + pear, epal + pear dan sebagainya untuk beri kelainan rasa makanan Pejal Bayi 

3.  Semasa umur bayi 6-7 bulan TIDAK boleh beri: Kekacang, keju, daging merah & makanan laut kerana risiko alergi terlalu awal Garam, gula dan perasa kerana buah pinggang bayi masih belum matang untuk memproses garam @ natrium 

4.  MINGGU KEDUA 
Pada minggu kedua korang boleh cuba bagi sayur-sayuran pula. Jenis sayur-sayuran yang boleh diberi kepada bayi pada masa ini ialah sayur seperti labu, kentang dan lobak. 

Tips Penyediaan Puri Sayur Untuk Bayi

๐Ÿฅ Pastikan pilih sayur yang tidak pahit dan tidak menyebabkan perut berangin. 
๐Ÿฅ elakkan peria &  petola (pahit) manakala kobis & timun (berangin). 
๐ŸŒนpuree kentang – rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan campur susu ibu (jangan guna blender sebab kentang sifatnya berkanji dan boleh menjadi melekit jika di kisar) 
๐ŸŒนpuree labu – stim atau rebus labu sehingga empuk dan lecekkan labu sehingga lumat & campur susu ibu 
๐ŸŒนpuree lobak – beri pada kadar sedikit sebab lobak boleh menyebabkan poop @ najis baby menjadi keras. 

Makanan Pejal Bayi
5.  Pastikan bayi mencuba setiap resepi yang korang buat. So boleh lah tahu samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika baby tak nak makan jangan paksa2 pulak. Cuba try test resepi lain pula. 

6.  Bubur nasi boleh mula diberi semasa bayi sudah boleh menerima makanan. Pastikan bubur nasi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam boleh diberi apabila umur bayi sudah 7-10 bulan,

7.  4 Day Rule boleh digunakan untuk memastikan bayi tiada reaksi alergi terhadap jenis2 makanan yang diberi. Rule ini sangat berguna semasa mula memperkenalkan makanan pejal kepada bayi berumur 6 bulan. 4 Day Rule bermaksud memberi anak makanan pejal yang sama selama 4 hari beturut2. Contoh: Jika bagi puri epal, teruskan bagi puri epal selama 4 hari untuk melihat samada bayi ada masalah pencernaan atau reaksi alahan. 

Reaksi alahan kepada makanan biasa akan muncul paling cepat dalam masa 1/2 jam atau paling lambat dalam masa 2-3 hari selepas makanan pejal diberi pada bayi. Selama 4 hari ini perhatikan juga najis bayi samada keras (sembelit) atau berlaku cirit birit. Perhatikan juga samada bayi sakit perut akibat gas/colic selepas makan. Jika berlaku korang mesti stop dulu bagi makanan pejal bayi tersebut dan tunggu hingga bayi besar sedikit sebelum mencuba lagi. 

Tips Tambahan Makanan Pejal Bayi

Makanan yang mesti dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi berumur 6-7 bulan. 
✅ telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella 
✅ Susu lembu/dairy products – risiko alahan Makanan laut – risiko alahan 
✅ Kekacang – risiko alahan 
✅ Buah2an citrus (oren, lemon, grapefruit, limau) – masam berasid 
✅ Yeast, cheese (keju) – risiko alahan 
✅ madu mentah asli – mengandungi spora botulism (clostridium botulinum) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. 

Jadi..ibu2 dah boleh get ready yer..sama jugak mcm akak ni. Tak sabar nak dak qisya 6bln..๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment