Senggugut ni ada dua beradik iaitu sengugut primari dan secondary. Sengugut primari adalah disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya ia sering menyerang pada usia muda sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid.
Manakala senggugut secondary pula disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.
Cara Mengurangkan Sakit Kerana Sengugut
Dalam beberapa kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Adalah dicadangkan agar remaja ini dapat melakukan senaman, mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan mengurangkan stres atau tekanan ketika berhadapan dengan sebarang masalah. Secara tidak langsung, masalah senggugut yang dialaminya mungkin akan berkurangan.
Memakan ubat seperti ubat penahan sakit dan panadol menstrual sangat tidak digalakkan kerana ia akan meninggalkan kesan jangka panjang kepada badan anda.
Ada beberapa cara nak hilangkan penyakit sengugut ni. Tapi ini petua orang tua2 dulu la.
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
Petua 6
Minum madu segelas sebab madu melancarkan pendarahan kita.
Dapatkan rawatan segera tau sebab kita tak pasti masalah yang bakal berlaku dikemudian hari.
Your Trusted SID
FIZA
012 4513311
No comments:
Post a Comment